AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Thursday, June 28, 2012

Di Sampingmu [13]


“ASSALAMUALAIKUM, Pak Din. Pak Din dah sampai mana?” tanya Adam Farhan.

“Pak Din dah sampai Gopeng. Adam tunggu kejap. Kejap lagi Pak Din sampai,” balas Pak Din sebelum mematikan talian.

Adam Farhan keluar dari kereta dan membuka pagar. Dia kembali masuk ke dalam kereta putih kesayangannya dan membawa keretanya masuk ke dalam porch di bahagian kanan rumah. Dia keluar dari kereta dan kembali mengunci pagar.

“Assalamualaikum! Mak Nah!” panggilnya. Dia berdiri di hadapan pagar rumah Puan Aminah.

“Waalaikumussalam! Eh, Adam! Ada apa?” tanya wanita yang sudah lama mereka sekeluarga kenali. “Masuklah,” pelawanya, ingin membuka kunci pagar.

“Tak payah, Mak Nah. Adam nak bagi kunci pagar ni, dengan kunci kereta.”

“Kunci ni nak bagi dekat siapa?” soal Mak Nah setelah menyambut kunci dari tangan Adam Farhan.

“Bagi dekat tunang Adam. Yang Adam kenalkan hari tu. Dalam pukul sebelas nanti dia balik ke rumah. Mak Nah tolong bagi, ya?”

“Tapi.. kenapa pulak nak bagi dia?” soal Mak Nah lagi, kehairanan.

“Kesian dia, Mak Nah. Pergi kelas jalan kaki. Dahlah panas,” balas Adam Farhan.

“Baiknya Adam ni. Untunglah dia ada bakal suami macam Adam,” puji Mak Nah. “Ni nak balik ni naik apa?”

 “Pak Din jemput,” jawabnya dalam senyuman.

Tidak berapa lama kemudian, sebuah Toyota Camry berhenti betul-betul di sebelah Adam Farhan.

“Mak Nah, saya balik dulu. Terima kasih, Mak Nah,” ujarnya sebelum berlalu. Dia bersalaman dengan Mak Nah dan masuk ke dalam kereta. Telefon bimbit di keluarkan dari dalam kocek seluar.


ADELIA QAISARA membuka pesanan daripada Adam Farhan.

‘Adelia, I’m on my way back to KL. Please take care of yourself. Kalau ada apa-apa, just tell me. Okay? Call me once you have your leisure time. Take care, my fiancee.

Adelia Qaisara tersenyum. Ada titis-titis kebahagiaan mula menjalar dalam saraf-sarafnya. Ternyata, dia tidak silap memilih. Dia membelek cincin pertunangannya. Ya Allah, andai ini takdirMU, kepadaMU aku berserah, doanya dalam hati.

“Amboi.. bahagianya!” usik Nadhira yang berada di depan meja yang didudukinya. Memandangkan meja dan kerusi di bilik kuliah itu disusun secara berpasangan, maka Nadhira duduk bersebelahan dengan Annur manakala Adelia Qaisara duduk dengan Hannah. Pensyarah masih belum kelihatan.

Adelia Qaisara tersenyum.

“Bahagia ke?” usikan Nadhira dibalas dengan soalan. Senyumnya masih belum mati.

“Bahagialah kot. Tersengih-sengih. Kenapa dengan Mister Korea? Dia ajak visit Korea, eh?” tokok Hannah, di sebelahnya. Kata-katanya disambut dengan tawa mereka bertiga. “Kalau nak pergi visit Korea, tolong kirim salam dekat Eun Hyuk.”

“Ada ke macam tu. Tak adalah. Dia bagitau dia balik KL. On the way. Eh.. tak boleh. Eun Hyuk aku punya!”

Mereka ketawa lagi. Sememangnya Adelia Qaisara peminat tegar Eun Hyuk, penari utama kumpulan nombor satu Korea, Super Junior.

“Aku main-main jelah. Tak sanggup tengok kau hilang Eun Hyuk kau tu. Kalau ya kau pergi, tolong bawak balik Kim Hyun Joong. Nak sangat aku pegang hidung dia,” jawab Hannah.

Di saat ini, tawa mereka bersambung-sambung. Beginilah akrabnya mereka berempat. Di mana sahaja, mereka selalu bergelak ketawa.

“Buat apa Sara nak suka dekat Eun Hyuk lagi? Betul tak kawan-kawan? Dia dah ada Mister Korea. Nama Korea future husband kau siapa, Sara?” Annur menyampuk. Perkataan ‘future husband’ diperlahankan sedikit. Tidak mahu ada yang tidak berkenaan terdengar akan perbualan mereka.

“Lee Min Ho,” sebutnya sebiji-sebiji.

“Macam nama boyfriend aku je,” ujar Annur kembali. Bintang Boys Before Flower itu mencuri perhatian Annur. “Haa.. kau dah ada Lee Min Ho. Lee Hyuk Jae tu, kau lupakan jelah.”

Adelia Qaisara menjuihkan bibirnya.

“Mana boleh. Di saat aku keseorangan, Lee Hyuk Jae yang menemani aku,” Adelia Qaisara mula bermadah pujangga. “So, biarlah aku bercinta dengan dia. Jangan halang,” tokoknya lagi.

“Macam-macamlah kau, Sara. Suka hatilah. Asalkan kau bahagia, kawanku,” balas Nadhira. “Sara, tu!” mulutnya dimuncungkan ke pintu.

Hadrami tersenyum, memandang ke arah mereka. Tangannya dilambai-lambaikan ke arah mereka.

“Sara! May I speak to you for a while?” panggilnya.

Adelia Qaisara merenung wajah rakan-rakannya.

“Pergilah, Sara,” ujar Annur.

Dalam rasa berat hati, Adelia Qaisara bangun. Dia berjalan ke muka pintu. Dia tersenyum hambar, namun masih tidak dapat ditangkap oleh Hadrami.

“Kenapa awak senyap je sebulan dua ni?” tanya Hadrami sebaik sahaja Adelia Qaisara berdiri di sebelahnya.

Mendengarkan soalan itu, Adelia Qaisara diserang rasa bersalah. Tubuhnya dipusingkan menghadap bangunan bertentangan dengan bangunan yang satu lagi. Kedua-dua bangunan ini bersambungan dan membentuk huruf H.

“Saya.. busy,” itu sahaja yang mampu diucapkannya saat ini.

“Saya hantar banyak mesej, call. Tapi satu pun awak tak reply. Awak sakit ke?” tanyanya. Wajah Adelia Qaisara nampak pucat.

“Tak adalah. Saya baru pindah rumah dua hari lepas. Busy mengemas,” jawab Adelia Qaisara. Walhal, tiada apa yang mahu dikemas. Segalanya sudah berkemas sebelum mereka masuk. Yang tinggal hanya memasang cadar dan mengemas almari pakaian.

“Awak pindah ke mana?” soalnya lagi.

“Ampang,” balasnya pendek.

“Rumah sewa saya pun dekat Ampang. Dekat mana?”

“Dekat dengan sekolah jenis kebangsaan tu. Rumah warna kelabu. Pagar merah. Tiang-tiang warna merah muda. Tahu?”

“Oh, saya tahu rumah tu! Tapi.. sewa berapa? Mahal, kan?”

Adelia Qaisara hanya diam. Perlukah dia memberitahu perkara sebenar kepada jejaka itu? Dia ingin membuka mulut, memberitahu hal sebenar, tetapi kelibat Puan Rosmiza kelihatan semakin hampir.

“Nanti kita sambung balik, okey? Lecturer saya dah sampai.”

Tanpa menunggu jawapan Hadrami, Adelia Qaisara berjalan menuju ke arah pensyarahnya. Buku yang dibawa pensyarahnya bertukar tangan. Mereka melangkah masuk ke dalam kelas bersama-sama sementara Hadrami hanya berdiri, memandang gadis idamannya tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang.


“KENAPA kereta Mister Korea ada dekat sini?” tanya Annur termengah-mengah.
Mereka pulang ke rumah hanya dengan berjalan kaki. Sampai sahaja di rumah, terkejut mereka melihat kereta milik Adam Farhan iaitu Audi A5 keluaran tahun 2009 berwarna putih di tempat letak kereta.

“Entah,” jawab Adelia Qaisara. Begnya dibuka. Baru sahaja dia ingin mendail nombor telefon Adam Farhan, Mak Nah memanggil namanya.

“Sara! Ini.. Adam tinggalkan kunci untuk Sara. Dia dah balik KL. Dia nak Sara pakai kereta ni,” Mak Nah menghulurkan kunci kereta kepada Adelia Qaisara dari dalam pagar rumahnya.

Adelia Qaisara mengambil kunci itu. Kunci rumah dikeluarkan dari dalam beg dan disuakan kepada Annur. Annur mencapai kunci itu dan membuka pintu.

“Tadi dia balik naik apa, Mak Nah?” tanya Adelia Qaisara setelah bayang rakan-rakannya menghilang ke dalam rumah.

“Dia telefon pemandu dia, Pak Din. Suruh Pak Din jemput dia. Katanya, Sara pergi kelas jalan kaki. Tu yang dia tinggalkan kunci ni pada Mak Nah,” terang Mak Nah.

Adelia Qaisara tersenyum.

“Dah tak ada kelas ke?” tanya Mak Nah.

“Tak ada. Kelas esok pulak. Kelas petang ni postpone pulak. Terima kasihlah, Mak Nah,” katanya sebelum berlalu masuk.

“Gila, Sara! Pergi kelas naik Audi. Lecturer pun tak ada naik Audi!” sapa Hannah setelah Adelia Qaisara masuk ke dalam rumah. Dia duduk di sofa panjang yang menjadi tempat dia bertapa sejak mereka tinggal di rumah itu.

“Lecturer tak pakai Audi, tapi diorang pakai Mitsubishi, Peugeot, Mercedes,” sahut Adelia Qaisara.

“Okeylah tu. At least, tak adalah orang rasa diri dia terlalu kaya,” sampuk Annur. Dia duduk di sebelah Hannah. Mereka semua mengangkat kening. “Syakilla,” jawabnya sepatah.

Mereka mengangguk serentak. Benar kata Annur. Adelia Qaisara mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg.

‘Kenapa awak bagi saya pakai kereta awak?’

Sent. 

‘Sebab Adelia pergi kelas jalan kaki. I don’t want to see my future bride sakit. Please jangan hampakan saya, Adelia.’

Adelia Qaisara tersenyum. Itulah modalnya setiap kali Adelia Qaisara mempersoalkan kebaikannya.

‘Terima kasih. Really appreciate it. But, awak macam mana? Awak pergi kerja macam mana?’

Mesej itu berjaya dihantar. Seketika kemudian, mesejnya berbalas.

‘Are you worrying me? Hahaha^^ I’ve another car. Just use that one. I’m okay.’

Adelia Qaisara membaca mesej itu berulang kali. Ada kereta lain? Kayanya dia. Padanlah dia tidak kisah mengeluarkan wang buatnya dan rakan-rakan.

“Kau rasakan Sara, apa reaksi Zuhair kalau dia dah tahu kau nak kahwin?” tanya Annur.

“Bukan Zuhair je. Jangan lupa Hadif. Dia sukakan Sara,” celah Nadhira. Matanya ditancapkan pada kaca televisyen, namun telinganya menangkap butir-butir perbualan mereka.

“Entahlah. Zuhair tu, lantaklah dia. Aku tak peduli dah pasal dia. Tapi.. kalau Hadif.. nanti aku sendiri bagitau dia. Dia tak suka akulah. Kitorang kawan je,” balas Adelia Qaisara. Dia mula berasa kurang senang dengan kata-kata Nadhira. Benarkah katanya?

“Itu bagi kau. Dia? Budak tadika pun tahulah Sara. Dia memang suka kau. Kau tak sedar?” tanya Hannah.

“Dahlah. Aku dah nak kahwin dengan orang lain. Kalau betul dia sukakan aku sekalipun, aku tak suka dia. Aku bakal jadi isteri orang lain. And, aku takkan menyesal pilih Mister Korea sebagai suami aku,” jelas Adelia Qaisara.

“Jangan cakap kau dah suka dekat Mister Korea!” laju sahaja Hannah dan Annur duduk di sebelah Adelia Qaisara.

“Hisyy! Taklah! Orang kata, kahwin dulu baru pupuk cinta tu halal. So, biarlah aku bercinta lepas kahwin. Aku cubalah,” balasnya.

Telefon bimbitnya berdering. Adam Farhan. Dia bangun dan mencapai begnya sambil berlari-lari anak masuk ke dalam bilik. Hannah, Annur dan Nadhira ketawa apabila melihat tingkah laku Adelia Qaisara. Sara, Sara..

No comments: