AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Saturday, November 24, 2012

Di Sampingmu 21

DL's Note - Assalamualaikum, selamat sejahtera. Hehe. So, ini buah tangan DL untuk semua fans Di Sampingmu. DL admit, chapter ni kurang sikit. InsyaAllah nanti DL try olah, eh? Hehe. Thanks for dropping by and enjoy your reading! *hugs* :D



BAB 21
HADRAMI mengeluh berat. Baru tadi bapanya habis membebel padanya. Semua sudah diberikan, tetapi dia dan rakan-rakannya telah meminta untuk menangguhkan semester. Maknanya mereka akan masuk ke kelas semula setelah semester ini berakhir. Mereka mendapat kebenaran untuk menangguhkan satu semester. Sepatutnya sekarang adalah semester terakhirnya, tetapi, demi seorang Adelia Qaisara, dia memujuk rakan-rakannya untuk menangguhkan pelajaran mereka. Sekiranya mereka menghabiskan semester ini sekarang, sudah tentu tiada lagi peluang untuk dia bertemu dengan Adelia Qaisara. Biarlah rahsia ini hanya diketahui oleh rakan-rakannya.

“Hadif,” sapa ibunya.

Hadrami mengangkat wajah. Ibunya menarik sebuah kerusi yang duduk di sebelah Hadrami.

“Ya, Bu?”

Puan Nafisah tersenyum. Wajah anak bongsunya ditenung lama. Nampak berserabut sahaja pandangan mata  anaknya itu.

“Hadif kenapa? Hadif kecil hati dengan Ayah ya?” tanya Puan Nafisah lembut.

Hadrami berpaling, menatap wajah ibunya. Dia kembali melarikan pandangan pada pasu bunga yang terletak di atas meja makan di dapur itu.

“Tak ada apa-apalah, Ibu. Hadif tak ambil hati pun. Betullah agaknya apa Ayah cakap tu. Hadif memang teruk. Dahlah dapat semua, tapi tiba-tiba je tangguh belajar. Mestilah Ayah marah.”

Puan Nafisah menarik nafas lega. Berbanding dengan adik-beradik yang lain, Hadramilah yang paling bijak dan lebih memahami sikap ibu bapanya. Kakaknya, Hazlina lebih suka keluar dengan rakan-rakannya apabila cuti hujung minggu. Abangnya pula, Harris sibuk dengan kerja. Maklum sajalah, mereka berdua masih bujang. Masing-masing sukar untuk meluangkan masa di rumah. Apabila diminta untuk berada di rumah, barulah nampak batang hidung.

“Kalau Hadif tak ambil hati, baguslah. Ayah Hadif tu kejap aje marahnya. Esok eloklah dia. Ibu pun tak salahkan Hadif. Cuma terkejut je. Tapi, Hadif kena janji dengan Ibu. Mesti habiskan sem akhir ni by next sem. Cubalah jangan repeat sem. Susah Ibu nak jumpa Hadif,” ujar Puan Nafisah. Dia bangun dan berjalan ke ruang tamu.

Hadrami bersandar pada kerusi. Entah mengapa, rasa rindu terhadap Adelia Qaisara terasa membuak-buak. Baru sahaja lima bulan tidak berjumpa dengan gadis itu, terasa kosong hidupnya. Masih diingatinya lagi sewaktu kali pertama terpandangkan wajah Adelia Qaisara.

Waktu itu adalah hari pertama bagi pelajar-pelajar semester satu untuk mendaftar di politeknik itu. Seperti biasa, keadaan di politeknik itu begitu sesak dengan para pelajar dan ibu bapa yang datang menghantar anak-anak. Ketika itu Hadrami berada di semester tiga.

Semasa Hadrami ingin bertemu dengan salah seorang pegawai di pejabat Hal Ehwal Pelajar, denga tidak sengaja dia telah terlanggar seorang gadis.

“Saya minta maaf. Saya tak sengaja,” pohon gadis itu yang baru sahaja selesai mengambil barangan yang dibeli melalui yuran yang dibayar.

Hadrami mengangguk perlahan. Gadis itu terus berlalu meninggalkannya. Sejak hari itu, dia selalu terserempak dengan Adelia Qaisara. Dan perasaannya terhadap Adelia Qaisara bukannya mainan. Namun, sikap acuh tak acuh Adelia Qaisara selalu membuatkan dia keliru. Haruskah dia berterus-terang tentang perasaannya atau dia harus mendiamkan diri? Itu yang membuatkan dia keliru.


“ADELIA!”

Hampir tercampak majalah yang sedang dibaca Adelia Qaisara. Segera dadanya diurut. Adelia Qaisara memuncung apabila kedengaran suaminya sedang mentertawakannya.

“Terkejut?” soal Adam Farhan setelah duduk di sisi isterinya.

“Tak pun!” balas Adelia Qaisara selamba.

Adam Farhan ketawa lagi. Memang jelas Adelia Qaisara terkejut.

“Awak nak minum?” soal Adelia Qaisara pula.

Majalah yang sudah separuh dibaca ditutup sebelum diletakkan ke meja kopi. Tugasnya sebagai seorang isteri tidak harus diabaikan. Memikirkan kurang lagi dua bulan dia akan kembali ke Ipoh dan menyambung kehidupan sebagai seorang pelajar, terasa kurang enak pula. Walaupun dia tidak pernah menyatakan sayang kepada si suami, dia pasti akan merindui Adam Farhan. Lagi pula pasti dia akan asyik memikirkan tentang makan pakai Adam Farhan. Kalaulah Adam Farhan tinggal bersamanya..

“Tak naklah. I just wanna sit here with you.”

Alahai.. semakin cair jadinya hati Adelia Qaisara apabila mendengar ayat yang keluar dari bibir Adam Farhan.

“Dah ready nak balik Ipoh?” tanya Adam Farhan lagi.

Adelia Qaisara mencebik apabila suaminya bertanya tanpa melihat ke arahnya. Dia asyik dengan alat kawalan jauh televisyen, menukar satu demi satu siaran.

“Belum,” balas Adelia Qaisara sepatah.

Setelah menukar siaran yang diinginkan, alat kawalan jauh yang berada di tangan diletakkan ke meja. Kini, tumpuannya terarah pula pada Adelia Qaisara.

“Kenapa belum ready? Tak sampai dua bulan je lagi ni,” ujar Adam Farhan sebelum mengusap kepala Adelia Qaisara.

“Kalau saya balik nanti, awak okey ke? Tinggal sorang-sorang. Tak apa ke?” akhirnya, terlepas juga soalan itu.

Bibir Adam Farhan kian merekah dengan senyuman. Jadi, Adelia Qaisara mula risau tentang dirinya? Nampaknya ada perubahan positif dalam hubungan mereka berdua.

“Kan Abang dah cakap, Abang ada kerja dekat Ipoh. Lama jugak Abang kat sana nanti. Bolehlah Adelia tengokkan Abang selalu,” ujar Adam Farhan. Tangannya masih melekat di kepala sang isteri tercinta.

Adelia Qaisara mengangguk perlahan. Sebenarnya, dia takut dia yang akan merindui Adam Farhan. Sudah lima bulan dia menjadi isteri kepada Adam Farhan dan tinggal bersama. Bagaimana agaknya rasa jika dia terpaksa berjauhan dengan suaminya? Semoga hatinya tabah.

“Awak!” jerit Adelia Qaisara.

Adam Farhan ketawa besar melihat reaksi Adelia Qaisara. Marah benar Adelia Qaisara apabila rambutnya yang dilepaskan bebas diusik Adam Farhan. Rambutnya yang tadinya dalam keadaan kemas kini sudah kusut-masai. Semuanya kerana Adam Farhan!


DIANA duduk sendirian di restoran The Little Penang itu. Sudah lama rasanya dia tidak makan Char Kway Teow. Jadi, dia mengambil keputusan untuk singgah sebentar setelah selesai membeli-belah.

Suasana di dalam kompleks membeli-belah Mid Valley itu nampak sesak dengan ramai orang. Disebabkan dia tidak suka berada di tempat sesak, dia memilih untuk duduk di bahagian dalam sedikit. Jadi, bolehlah dia makan sambil melihat telatah orang yang lalu-lalang tanpa diganggu sesiapa mahu pun dilihat oleh orang lain. Ada juga kerusi dan meja yang diletakkan di bahagian luar. Kekok pula rasanya apabila duduk di bahagian luar sementara ramai orang yang lalu-lalang. Terasa dirinya diperhatikan pula.

Baru sahaja Diana ingin menyuap kway teow ke mulut, chopstick yang dipegangnya terlepas dari tangan. Matanya membulat dan dia dapat merasakan tubuhnya menggeletar. Jika wajahnya ditoreh saat ini, pasti tiada darah yang keluar. Ada keringat yang mula membasahi dahinya.

Kepalanya ditundukkan apabila lelaki yang berada lebih sepuluh meter di hadapannya berpaling ke arahnya. Adakah lelaki itu perasan bahawa dia ada di sini? Dengan perlahan-lahan, mukanya diangkat, mencari lelaki itu. Diana menarik nafas lega setelah bayang lelaki itu sudah menghilang di celahan orang ramai. Segera telefon bimbit dikeluarkan sebelum dia mendail nombor seseorang.

“Stella! Dia ada dekat sini!”

1 comment:

DNAzzizat said...

Best! Sambung lagi ek. Terima kasih Cik DL !