AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Monday, July 9, 2012

Tapi Bukan Aku 10


“TAKKANLAH korang tak perasan? Diorang bertiga tu dah tunjuk belang. Berlagak bukan main. Suka-suka hati je arah kita buat kerja. Diorang tu baru sebulan je kerja dekat sini,” rungut Raffi. Kemarahannya membuak-buak apabila melihat Irfan, Azli dan Shamer selalu mendapat pujian daripada setiap ahli lembaga pengarah Home Shopping Corporation setiap kali mesyuarat diadakan.

Iskandar, Intan dan Linda menggeleng mendengarkan kata-kata Raffi. Entah apalah yang dimarahkan Raffi, mereka langsung tidak tahu. Walhal, mereka bertiga berjawatan jauh lebih tinggi daripada Raffi. Apa yang perlu dihairankan? 

Mungkin benar telahan mereka. Raffi cemburu akan ketiga-tiga jejaka itu. Masakan tidak, semua pekerja wanita di syarikat itu bising bercerita itu dan ini tentang mereka bertiga. Raffi yang dulunya menjadi tumpuan sudah hilang taring.

“Apa yang kau nak pelikkan? Bukannya diorang suruh kita bina piramid dekat Mesir tu. Diorang just suruh kita siapkan kerja on time and discover balik kerja-kerja tahun lepas. Memang salah kita pun. Kita yang ambil mudah kerja-kerja kita. Dua tiga tahun lepas, kita tak ada buat laporan fasal department kita. Memang padanlah dengan muka kita, kena buat balik report tu semua,” sangkal Iskandar.

“Yalah, Raffi. Tak payahlah sampai nak berdendam dengan diorang. Tak baik. Kita ni bekerja bawah diorang. Diorang tak pernah suruh kita stay back. Bila pukul lima, kita boleh balik. Sebenarnya, diorang kena jawab balik bila pemegang-pemegang saham dengan ahli lembaga pengarah lain tanya fasal report tahun-tahun lepas. Kira okeylah diorang tolong jawabkan untuk kita, tolong cover untuk kita. Kita patut berterima kasih, bukan mengata diorang belakang-belakang macam ni,” celah Intan.

Raffi menumbuk meja.

“Calm down, bro. Kau ni kenapa? Apa masalah kau dengan diorang?” tanya Iskandar.

“Aku tak puas hati dengan diorang. Kenapa diorang dapat jawatan tu, padahal diorang tu bukannya sesiapa. Kerja setakat pembantu kedai je. Tiba-tiba naik jadi ketua akauntan, eksekutif. Aku ni dah lama kerja dekat sini. Dah dekat tujuh tahun. Boss tak pernah pulak nak bagi aku jawatan tu.”

Kini, barulah mereka faham. Rupanya Raffi cemburu dengan pangkat yang diterima mereka. Raffi, Raffi.

“Diorang tu berkelayakan. Ada ijazah. Lulus dengan cemerlang. Bukan calang-calang orang tu. Kau tak nampak ke diorang tu semua rendah diri? Tak berlagak pun. Normallah bila pegawai-pegawai mintak orang bawahan diorang tolong siapkan kerja. Kalau kau tak puas hati sangat, pergilah jumpa diorang bertiga, cakap depan-depan. Berani?” Linda menjeling memandang Raffi. Cakap besar.
Jam baru sahaja mencecah angka lapan. Waktu bekerja sepatutnya adalah jam sembilan pagi. Tetapi, mereka berempat sudah terbiasa datang awal ke pejabat. Menyiapkan kerja-kerja tertangguh serta bersarapan bersama-sama.

Raffi merengus kasar. Geram dengan rakan-rakannya yang bertiga itu. Kenapa baik-balik dia yang dipersalahkan? Memang ternyata pegawai yang bertiga itu masuk ke syarikat Home & Shopping secara tidak adil. Sudah bertahun-tahun Raffi mencuba dapatkan jawatan sebagai Ketua Akauntan Home Shopping Corporation, namun gagal.

Perbualan mereka terganggu dengan kedatang Rania. Rania yang baru sampai terus masuk ke biliknya.

“Awalnya dia datang. Kan?” ujar Linda setelah Rania hilang dari pandangan.

“Ha’ah. Biasalah, orang baru mula kerja. Tengoklah nanti macam mana tu,” sahut Intan.

Iskandar dan Raffi saling berpandangan. Ingatkan hanya Raffi bersikap begitu, Linda dan Intan pun sama!


RANIA duduk di kerusinya. Masih awal lagi ni, detik hatinya. Kuih yang ada di atas meja dicapai lalu sebiji karipap disuakan ke mulut. Sengaja dia datang awal. Tiada guna dia berlama-lama di rumah memandangkan tiada siapa untuk diajak berbual. Sempat dia menyusun fail-fail yang berselerakan di atas meja Irfan sebentar tadi. Terlalu berserabut nampaknya.  Hujung minggu ini dia akan pulang dan tidur di rumah keluarganya. Sungguh dia rindu pada datuknya. Begitu juga kepada abang, kakak, Mak Su dan Pak Sunya. Tidak sabar rasanya menghabiskan masa bersama mereka nanti.

Habis sahaja tiga biji karipap, botol air mineral pula dikeluarkan lalu diteguk perlahan. Cukuplah untuk dia mengalas perut sehingga waktu makan tengah hari nanti.

Rania mengerling fail berwarna kelabu di atas mejanya. Bila masa pulak fail ni ada dekat sini? Lalu fail itu diambil. Ada sekeping nota kuning yang dilekatkan pada dalam fail itu.

‘Awak tolong semak fail ni. Petang lusa akan ada appointment dengan pemilik syarikat ni. Baca, then fahamkan sikit-sikit. It will make our meeting easier. - Hariz Irfan.’

Rania membuka fail itu. Sebuah senyuman terukir di bibirnya. Kenapalah Irfan ni baik dengan aku? Dulu bukan main garang lagi. R&B Cosmetics? Lagu ke? Rania tergelak sendirian.

Selesai sahaja meneliti dokumen yang diberikan, Rania membuka komputernya. Tertera laman Home Shopping di skrin komputernya. Google Chrome, Opera, Mozilla Firefox bahkan Internet Explorer juga sudah disetkan laman web rasmi Home Shopping Corporation sebagai ‘default setting’. Jadi, tidak susahlah untuk pekerja menekan-nekan keyboard komputer. Benarlah apa yang diperkatakan oleh Irfan semalam.

Semua bahagian dalam laman web itu dibukanya. Ada bahagian Home & Furnitures, Cosmetics & Body Care, Household Items, Fashions & Jewellery dan juga Markets. Di bahagian Markets, barangan seperti CD-CD dan album-album artis-artis tempatan dan luar negara ada dijual.

Usai meneliti laman web Home Shopping, Rania mengerling jam. Sudah hampir sejam rupanya dia sibuk membelek laman web itu. Lamanya! Fokusnya terganggu apabila kelibat seorang lelaki masuk ke bilik di sebelah bilik miliknya. Lelaki itu nampak kacak mengenakan sut putih dengan kemeja pink di dalamnya. Tanpa tali leher.


IRFAN menanggalkan kotnya lalu disangkut pada tempat menyangkut pakaian di belakang mejanya. Failnya sudah dikemaskan. Mungkin Nabila yang melakukannya, bisik hati Irfan. Dia menoleh ke sebelah kiri. Bilik berdinding kaca yang jaraknya dalam lima meter itu sudah ada penghuni. Di antara biliknya dan bilik Rania, ada sofa dan meja kopi diletakkan. Di bilik Rania, kemudahan itu tidak disediakan. Maka, Irfan dengan senang hati membenarkan Rania mengadakan apa-apa perbincangan di biliknya sahaja.

Rania sedang sibuk meneliti fail-fail di tangan. Sesekali, matanya dilarikan padas skrin komputer. Irfan duduk di kerusinya sambil matanya tidak lepas-lepas memandang ke arah gadis itu. Rania hanya mengenakan sehelai seluar panjang hitam dengan sehelai kemeja merah. Ringkas, tetapi manis.
Ketukan di pintu mematikan lamunan Irfan.

“Ya, Bella. Come in.”

Nabila masuk ke dalam bilik Irfan dengan sebuah fail di tangan. Fail itu kemudiannya diletakkan ke atas meja Irfan.

“Datuk minta Encik Irfan tengok fail ni. Mungkin maklumat dalam tu boleh digunakan untuk meeting dengan pelabur,” ujar Nabila lembut.

“Okay. Just leave it here,” balas Irfan ringkas.

Butang pada badan komputer ribanya ditekan sekali. Walaupun ada desktop, Irfan lebih suka menggunakan komputer riba.

“Encik Irfan nak apa-apa lagi? Coffee?”

Irfan mengangkat wajah.

“Hmm.. Milo panas. Boleh?” pintanya dengan senyuman.

Nabila mengangguk, membalas senyuman majikannya.

“Itu saja? Should I make one for Miss Rania?”

Irfan menoleh sekali lagi. Nampaknya Rania masih tekun dengan kerjanya.

“Okay. Make one for her too. One more thing, thanks sebab kemaskan meja saya.”

Nabila mengerutkan dahi. Bila masa pulak aku kemaskan meja dia ni?

“Encik, saya belum masuk ke bilik Encik lagi hari ni. Saya baru sampai, then Datuk call saya suruh saya beri pada Encik fail ni. Datuk mungkin sampai lambat hari ni,” jawab Nabila tenang.

“Bukan awak? Habis tu, si.. tak apalah Bella. Thanks. Tak payah buatkan air tu tadi, ya,” kata Irfan. Ayatnya tidak dihabiskan apabila dia dapat mengagak siapa yang melakukan kerja itu.

“Awak boleh keluar sekarang,” sambungnya. Senyuman masih mekar di bibir lelaki itu.

Irfan membuka laci mejanya setelah Nabila keluar dari bilik itu. Yang ada kunci bilik ini cuma dia dan Rania. Dia ada menyuruh Rania membuka pintu biliknya sekali memandangkan kunci ketiga-tiga pintu di bilik mereka adalah sama. Irfan tersengih. Ada dekat sini rupanya kau.

Danggg!! Bola tenis itu menghempas dinding. Kelihatan Rania mengurut-urut dadanya. Terkejutlah tu. Irfan ketawa dalam hati melihatkan reaksi gadis itu. Segera jarinya telunjuknya diangkat lalu dia mengisyaratkan agar Rania datang ke biliknya.

Rania akur. Bola tenis itu diambil tanpa perlu diminta. Seperti semalam, bola tenis itu diletakkan di atas meja Irfan.

“Ya, Encik,” sapa Rania. Wajahnya sedikit kelat apabila Irfan masih lagi memanggilnya menggunakan bola tenis. Dari semalam, itulah caranya dia memanggil Rania. Rania menarik kerusi, duduk di hadapan Irfan.

“Siapa suruh duduk? Ada saya suruh duduk?” soal Irfan serius. Sedaya-upaya dia menyembunyikan senyuman daripada dilihat oleh Rania.

Rania menjeling geram.

“Apa jeling-jeling? Ingat saya tak nampak?”

Rania mengetap gigi. Apa bendalah dia ni? Semalam baik, hari ni dah tak baik. Ada sawan emosi ke dia ni?

“Mana ada saya jeling. Saya tengok Encik je,” jawab Rania, cuba berdolak-dalih.

“Kenapa tengok muka saya? Saya handsome macam muka TOP Big Bang ke?” soal Irfan lagi. Nada suaranya berubah sedikit ceria.

“TOP? Alamak Encik. Janganlah buat kelakar. Tak ada langsung. TOP tu maskulin. Encik..” Rania yang ketawa terbahak-bahak terus berhenti ketawa apabila mata Irfan tajam menikam wajahnya. Segera dia tunduk merenung lantai. Alahai.. kenapalah Encik ni kelakar?

“Duduk,” arah Irfan.

Rania menarik kerusi perlahan-lahan lalu duduk di hadapan lelaki yang telah berubah kembali menjadi Singa Lapar.

“Pagi tadi awak ke yang bukakan pintu bilik saya ni?” tanya Irfan sambil tangannya ligat menekan papan kekunci komputer ribanya.

“Ya, Encik. Kan Encik yang suruh saya bukak semalam. Saya bukaklah. Kenapa?” soal Rania pula.

“Tak ada apa-apa. So.. awaklah yang susun fail-fail atas meja saya?” tanyanya pada Rania lagi

Rania mengeluh. Apa yang tak kena lagi ni?

“Yalah, Encik. Saya tengok meja Encik ni dah macam pokok Krismas. 

Macam-macam ada. Bola tenis Encik, fail warna-warni, semualah. Jadi saya tolonglah kemaskan,” balas Rania sambil tersengih.

Pokok Krismas katanya? Irfan cuba mengukir senyum paksa.

“Awak ni rajin, kan? Baguslah. Saya suka pekerja yang rajin,” puji Irfan.

Rania tersenyum, lalu tunduk. Malu apabila dipuji begitu.

“Kalau awak rajin sangat, tolong buatkan saya Milo panas, kurang manis. Buatlah untuk awak sekali. Lepas tu, awak ambil fail ni, bawak masuk bilik awak. Study apa yang patut. Esok ada meeting, kan?”

Rania mengangkat muka. Matanya terbeliak apabila melihat susunan fail yang berada di atas meja itu. Adalah dalam lebih kurang sepuluh buah fail.

“Banyaknya,” rungut Rania.

“Saya dengar ni,” sahut Irfan. Dia kembali menatap komputer ribanya. Itulah, siapa suruh cakap meja aku ni fancy. Kan dah kena.

“Awak tunggu apa lagi? Cepatlah! Saya tunggu ni. Nak Milo saya,” tegur Irfan apabila melihat Rania masih kaku di tempat duduknya.

‘Pembancuh kopi kan ada, kenapa nak suruh aku jugak? Alah!’ Rania mula bermonolog sendirian.

“Jangan suruh orang buatkan. Buat sendiri.”

Hampir terloncat Rania apabila mendengar suara itu menegurnya. Macam tahu-tahu saja apa yang difikirkan Rania. Segera dia berlalu keluar dari bilik itu dan menuju ke pantry.

Irfan yang tadinya sibuk dengan komputernya mengukir senyum nakal. Kasihan dia. Tapi apa nak buat. Nasiblah. Irfan tersenyum kemenangan apabila kelibat Rania menghilang di sebalik pantry.


RANIA berkira-kira sendiri. Inilah kali pertama dalam hidupnya membuat air untuk seseorang. Biasanya, dia hanya melakukan itu semua hanya untuk dirinya. Untuk datuknya pun tidak pernah. Selalunya Mak Su dan Kak Alinlah yang membuat air untuk keluarganya.

Rania menggaru-garu kepala yang tiba-tiba terasa gatal. Maklumlah, pening memikirkan citarasa lelaki pelik itu. Karang dia tak suka, macam mana?

“Cik Rania,” sapa satu suara.

Rania berpaling menghadap dua orang lelaki di belakangnya. Azli dan Shamer berdiri memandangnya.

“Ya,” jawab Rania perlahan.

“Cik Rania nak buat air untuk Irfan ke?” soal Shamer.

Rania tersenyum, lalu mengangguk. Terror betul dia meneka. Macam mana dia tahu?

“Masa mula-mula kami kerja dekat sini dulu, adalah kakak yang kerja bancuh air dekat sini kena berulang-ulang buat Milo untuk si Irfan tu. Semuanya tak kena,” sampuk Azli.

Memang hebatlah mereka bertiga ni. Tiga-tiga ada kuasa psikik ke? Siap boleh baca fikiran orang.

“Sebenarnya, Irfan tu simple je orangnya. Kalau kena citarasa dia, okey. Kalau tak, memang payahlah,” celah Shamer pula.

Simple ke kalau macam tu? Rania tersenyum memandang ke arah mereka berdua. Azli mengambil tempat di meja makan lalu mencapai sebuku roti dan jem Nutella. Jem itu disapu ke permukaan roti. Lalu selamatlah sekeping roti mendarat dalam mulut lelaki itu.

“Duduklah, Cik Rania. Anggap je kami ni macam kawan Cik Rania,” ujar Azli.

Rania menarik sebuah kerusi lalu duduk berdekatan dengan Azli. Azli 
menghulurkan roti dan jem kepada Rania. Dengan suka hati, dia turut melakukan hal yang sama seperti Azli.

Shamer mengeluarkan empat biji mug dari rak pinggan mangkuk, lalu dia memasukkan satu setengah sudu serbuk Milo ke dalam setiap biji mug. Susu pekat manis turut dituangkan ke dalam mug-mug tersebut. Rania dan Azli hanya menjadi pemerhati.

“Cik Rania jangan risau, Shamer memang terror bab-bab buat air ni. Selera Irfan tu memang kami dah tahu sangat. Kalau ada apa-apa nak tanya, tanya je pada kami.”

Rania mengalihkan pandangan kepada Azli. Seperti pernah dilihat muka mereka berdua. Kawan kepada Irfan?

“Awak berdua kawan Irfan?” tanya Rania, ingin tahu.
 
“Bukan je kawan, Cik Rania. Dah claim sebagai kawan sampai akhirat.” 

Rania tergelak mendengar jawapan Shamer.

“Dah lebih tiga tahun kami berkawan. Kerja sama-sama, tinggal sama-sama, makan sama-sama, tidur pun sama-sama. Tapi kalau masuk bilik air tu tak adalah sama-sama,” sambung Shamer sambil mengacau campuran serbuk Milo, susu pekat manis serta air panas.

“Maknanya, awak berdualah ya yang kerja dengan Encik Irfan dekat Harvey Norman Mid Valley tu, ya?” tanya Rania. Ada nada gembira dalam nada suaranya.

Azli yang sedang leka mengunyah roti terhenti seketika.

“Cik Rania kenal kami ke?”

Rania mengangguk laju.

“Awak ingat tak masa saya terlanggar kotak-kotak radio, lepas tu Encik Irfan tu yang marah saya?”

Soalan Rania itu membuatkan Azli dan Shamer berfikir sejenak. Langgar kotak? Irfan marah? Tiba-tiba Shamer memetik jari.

“Oh, ya! Cik Ranialah yang bagi kad pada kami tu, ya? Saya ingat,” seru Shamer. Dia tergelak.

“Cik Rania cari speaker time tu, eh?” tanya Azli pula.

Rania mengangguk sambil tersenyum. Rania tidak sangka dia bakal bekerja sebumbung dengan mereka bertiga sekaligus. Mereka berdualah yang membantunya tempoh hari sewaktu dia dimarahi oleh Irfan.

“Memandangkan kita pernah jumpah sebelum ni, and jawatan kita lebih kurang sama taraf, tak payah panggil saya cik. Panggil Rania atau Nia aje,” usul Rania.

“Kalau macam tu, panggillah kami Shamer dan Azli,” sambut Shamer ceria.

Mereka bertiga sama-sama ketawa. Rania mengambil dua biji mug yang dihulurkan kepadanya lalu berjalan menuju ke bilik Irfan. Pintu bilik itu ditolak dengan siku, lalu dia meloloskan diri masuk ke bilik Irfan.

“Encik Irfan, Milo panas kurang manis Encik.”

Sebiji mug diletakkan ke meja lelaki itu. Irfan mengangguk lalu Rania berlalu masuk ke bilik. Mintak-mintaklah dia tak buli aku lagi, bisik hati Rania. Dia tersenyum puas apabila terpandangkan Irfan meneguk Milonya tanpa sebarang komen.