AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Friday, July 6, 2012

Tapi Bukan Aku 9


HARI ini adalah hari pertama Rania memulakan kerjayanya sebagai Konsultan Pelaburan di Home Shopping Corporation. Rasa seram sejuk pun ada. Maklum sajalah, dia bakal bekerja dengan si Singa Lapar. Tak boleh salah sikit. Kalau salah, memang nahaslah jawabnya. Mungkin keluarganya terpaksa membuat kenduri tahlil buat dirinya.

Rania berjalan ke arah sebuah meja yang berada dekat dengannya.

“Tumpang tanya, dekat mana bilik Konsultan Pelaburan?” tanya Rania ramah.
Seorang perempuan berbaju kurung biru dan bertudung rona sama berpaling menghadap Rania.

“Err.. Cik?”

“Rania.”

“Haa.. Cik Rania masuk ke bilik Tengku Irfan. Itu biliknya,” balas Linda.

“Oh, okey. Terima kasih,” ucap Rania sambil tersenyum.

Dia melangkah ke arah pintu yang ditunjukkan kepadanya tadi. Ada nama Irfan yang dilekatkan separas dengan mata Rania. Pintu kaca itu diketuk beberapa kali sebelum Irfan mengisyaratkan agar dia masuk. Awalnya singa datang kerja. Dah kenyang makan semalam? Rania berkata-kata dalam hati, mula mencipta imaginasi yang melampau.

“Kenapa? Ada masalah apa?” soal Irfan. Pen di tangan diletakkan ke meja.

“Hmm.. dekat mana ya meja saya?” soalan Irfan dijawab dengan soalan juga.

“Oh, ya! Lupa pulak saya. Sana,” Irfan menunjukkan sebuah bilik berdinding kaca yang berada di bilik itu.

Rania mengangkat kening. Amboi! Melampaunya. Semua kaca ni.

“Kenapa? Tak suka? Nak duduk dekat meja saya ke?” soal Irfan seakan-akan menyindir.

Tengok. Aku dah agak dah. Walaupun dia dah ubah gaya, penampilan dengan kerja dia, dia masih si Singa Lapar. Seram!

“Tak adalah, Encik. Saya masuk dulu ya,” balas gadis itu.

Irfan buat-buat tidak peduli. Dia kembali meneruskan kerjanya.

Rania masuk ke dalam bilik yang agak besar itu. Oh, ada dua pintu. Satu pintu yang menghubungkan antara bilik tersebut dengan bilik Singa Lapar dan satu lagi dengan bahagian pekerja. Di bahagian pintu menghala keluar, ada bidai yang diletakkan. Tapi, tiada pula bidai yang menghalang pemandangannya ke bilik Singa Lapar. Rania menggeleng.

Dangggg! Rania tersentak. Dia yang baru melabuhkan punggung di kerusi berpaling ke kiri. Irfan mengisyaratkan agar dia datang ke biliknya.

“Ambil bola tennis tu sekali,” arah Irfan.

Rania mengetap gigi. Baru sehari dia bekerja, si Singa Lapar ni buat hal pulak. Rania cepat-cepat mengambil bola tenis tersebut lalu diletakkan ke meja jejaka itu. Tak pernah dibuat orang baling bola tenis sebagai isyarat untuk memanggil orang lain. Pelik-pelik je Singa ni.

“Kuat jugak dinding kaca ni. Ingatkan rapuh,” ujarnya setelah bola tenis sampai ke dalam tangannya. 

“Duduklah.”

Rania hanya menurut. Dia duduk di hadapan Irfan yang sedang menilik bola tenis. Bola tenis itu kemudiannya diletakkan ke meja. Matanya yang nampak garang itu menikam wajah Rania. Rania hanya tunduk. Takut juga dia dengan Singa Lapar ini. Tak fasal-fasal nanti dia ditengking.

“Awak tahu tak awak ada buat salah?” soal lelaki itu memulakan bicara.

“Salah?” Rania mengangkat wajah dengan kening yang hampir bertaut. Dia kemudiannya kembali tunduk apabila melihat Irfan yang nampak serius sedang memerhatikannya.

“Tak nak tanya ke apa salah awak?” soal lelaki itu lagi.

“Salah apa?” tanya Rania acuh tak acuh.

Takkanlah? Aku baru je masuk pejabat ni, dia kata aku dah buat salah? Aku tak pernah godam komputer dia. Mengintai dia masuk toilet, lagilah tak. Entah-entah fasal aku terlanggar kotak dekat Harvey Norman tu kot?

“Salah awak..” pen di tangan diketuk-ketuk pada permukaan meja yang beralaskan kaca tebal. “Salah awak.. awak tak tanya saya apa kerja yang awak nak buat. Awak terus masuk bilik awak. Awak tahu ke apa kerja awak?”

Rania menarik nafas lega. Nampaknya mood Singa Lapar baik hari ni. Ataupun mungkin dia memang seorang yang baik? Agaknya begitulah. Semasa hari temuduga semalam, dia nampak serius dan tenang. Terpaksalah gelaran Singa Lapar itu dibuang daripada lelaki itu. Ataukah Irfan lupa bahawa dia pernah memarahi Rania? Rania tersenyum sendiri.

“Saya tahu kerja saya. Tapi, saya tak tahu fasal current projects and the upcoming projects,” balas Rania yakin.

“Sebab itulah saya panggil awak datang sini. Right now, we’re having our first online shop di overseas. I mean, masih di Asia. Ini cuma tempoh permulaan. Negara Korea, Jepun dan China. Kita masih mencuba dapatkan para pelabur dari luar negara. Awak tahu syarikat kita memasarkan barang apa?”

Rania cuba mengingat sesuatu.

“Haa.. pakaian, barang-barang rumah, furnitures.”

Irfan bersandar pada kerusinya.

“Barang-barang rumah macam apa?” tanyanya.

“Err.. electrical stuffs, kitchen stuffs.”

Irfan menggeleng-geleng. Apalah budak ni. Takkanlah tu je? Ini syarikat datuk gergasi. Punyalah famous, takkan dia tak tahu?

“Awak ada study ke tak fasal this company before awak memohon kerja ni?”

Rania tersenyum sumbing. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

“Itulah. Next time, cubalah buat research sikit before awak apply sesuatu kerja. Nasib baik saya ni baik. Kalau tak, dah lama awak kena campak ke bawah.”

Rania mencebik. Baik? Yelah tuuuu..

“Baiklah, Encik. Lepas ni saya akan jadi lebih alert. So, apa yang syarikat ni tawarkan?”
Irfan menyembunyikan senyum.

“Samalah macam awak cakap tadi. Just kena tambahkan sikit. Kita ada buat home designing. Kita ada buat site khas untuk design dalam rumah. Interior designing. Dekat website tu ada contoh-contoh susunan bilik-bilik dalam rumah. Termasuklah design ruang tamu, bilik tidur, dapur dan bilik air. Luar-luar tak ada, okay? Kalau customer nak kita designkan rumah mereka, okey, kita buat. But mostly kita buat bedroom or living room decoration and pemasangan kabinet dapur. Even though bukan awak yang kena pasang tu semua, buat grooming, awak kena tahu jugak fasal tu. Faham?”

Penerangan Irfan yang panjang lebar memudahkan Rania untuk memahami apa yang diperkatakan oleh lelaki itu. Rania mengangguk.

“Lagi, kita ada pasarkan jenama-jenama kosmetik kita sendiri. Health cares and produk penjagaan diri. Nama produk tu, Bewitched. Including make up stuffs, hair care and semua produk kecantikan,” lanjut Irfan.

“Bewitched? Kenapa Bewitched? Macam filem Inggerislah.”

Segera mulutnya ditekup dengan tapak tangan apabila Irfan merenungnya. Irfan yang tadinya bersandar menegakkan badannya semula.

“Manalah saya tahu. Awak ingat saya ke yang cipta produk ni?” marah Irfan. Namun, nada suaranya hanya didatarkan, cuma matanya sahaja menunjukkan riak marah.

“Err.. maafkan saya, Encik,” pinta Rania. Garang jugak dia ni. Ingatkan dah tak garang dah. 

“Kedai-kedai Home Shopping yang sedia ada tu menjual apa?”

Good question. Kedai-kedai dan stokis yang dibuka jual barangan yang lebih kurang macam tu. Awak pernah masuk kedai Room?”

Room? Itu adalah kedai kegemarannya untuk barangan rumah. Lantas dia mengangguk.

“Macam tu jugak Home Shopping. Konsep lebih kurang je. Jual peralatan untuk decoration. Macam-macamlah. Cuma bezanya, dekat Home Shopping, semua barang-barang yang ada dalam kedai-kedai tu just displaying item je. Customer kena tempah dulu and mereka boleh minta berapa lama masa yang mereka nak untuk barang tu sampai ke tangan mereka. Sebenarnya, boleh je bagi time tu jugak. Tapi ini polisi Home Shopping Corporation. Tempah, buat bayaran, then baru pesanan sampai,” jelas Irfan lagi. Bersungguh-sungguh dia memberitahu Rania tentang syarikat itu.

“Macam online shoppinglah,” celah Rania.

Irfan memetik jari sambil tersenyum puas.

Exactly! That’s it is! Nasib baik awak faham. And this is why this company was named as Home & Shopping Corporation,” jawab Irfan. Senyum di bibir lelaki itu masih mekar.

Rania mengangguk buat kesekian kalinya. Senyum Irfan yang ikhlas membuatkan Rania berasa kekok. Interkom di meja Irfan berdering. Tangan kiri Irfan pantas menjawab panggilan itu.

“Encik Irfan, Big Boss nak jumpa di biliknya. Now,” suara lembut setiausaha Tengku Azhar, Nabila memenuhi setiap ruang bilik itu.

Irfan mengeluh perlahan. Namun masih mampu ditangkap oleh deria dengar Rania. Wajah lelaki itu ditatapnya. Ada mendung yang bertamu dalam riak wajahnya.

Okay, Bella. Thanks. Beritahu Big Boss, I’ll be there in five minutes. I need to talk with our new Investment Consultan,” balas Irfan.

“Baik, Encik.”

Butang interkom ditekan sekali lagi. Bilik itu sunyi buat seketika. Irfan menarik nafas panjang, lalu dilepaskan perlahan-lahan.

Today, awak kena call senarai nama pelabur-pelabur dan cuba ajak buat appoinment dengan mereka. This is the list. Saya tak ada setiausaha, jadi semua ni saya buat sendiri. Awak kenalah tolong saya. Kita mintak tolong dengan Bella je kalau ada apa-apa hal. But kalau nak tahu fasal appointment or anything yang berkaitan, kita kena buat sendiri. Okey? And one more thing, this is the paper work fasal our overseas shop and delivery. Awak bacalah. Kalau nak bukak Home & Shopping punya website, link ada dekat setiap kertas yang ada dalam fail-fail ni. Lagipun, syarikat dah setkan Home & Shopping pada setiap browsers dalam komputer semua workers.”

Irfan menghulurkan dua buah fail berserta beberapa helai kertas kepada Rania. Rania menyambut huluran itu segera. Bimbang pula kalau-kalau lelaki itu naik angin. Irfan bangun dari kerusinya dan berjalan keluar dari biliknya. Rania ikut bangun dan melangkah masuk ke biliknya.

Today is a long day to go,” bisik Rania sendirian.


“YA, Papa. Ada apa nak jumpa dengan Irfan?” Irfan bertanya dengan gaya bersahaja. Dia berdiri menghadap bapanya.

“Duduklah, Irfan,” pelawa Tengku Azhar.

Irfan mengambil tempah bertentangan dengan sofa yang bertentangan dengan Tengku Azhar.

“Macam mana kerja? Semua okey? Ada masalah?” soal Tengku Azhar, memulakan bicara.

“Macam biasalah. Tak ada masalah pun,” balas Irfan acuh tak acuh.

Bukannya dia mahu menjadi anak derhaka, namun segala keperitan yang dialaminya dahulu menjadikan dia seorang yang keras hati dan degil. Sukar baginya menerima kembali keluarga yang telah mengabaikannya. Di usia empat belas tahun, dia sudah duduk sendiri. Lebih kurang sebulan dia tidur di bawah jambatan dan di pondok perhentian bas semasa dia meninggalkan rumah. Duit yang didapatinya sewaktu menjadi pembantu di kedai telefon bimbit ketika itu digunakan untuk menyewa sebuah bilik kecil. Keperitan dan jerih perih itu masih dirasainya.

“Kalau macam tu, baguslah. Tapi, Papa ada perkara lain yang Papa nak cakapkan.”

Irfan merenung wajah bapanya. Tengku Azhar baru berusia empat puluh enam tahun dan nampak segak, bergaya. Dari dahulu hingga kini, dia masih menjadi kegilaan teman-temannya.

“Apa dia, Pa?”

“Mama Irfan. Dia suruh Papa ajak Irfan balik. Bukanlah nak paksa Irfan tinggal di sana. Cuma, Mama Irfan tu rindukan Irfan. Irfan ajaklah Azli dengan Shamer datang ke rumah. Bukannya ada majlis besar-besaran. Saja nak ajak anak Papa ni balik rumah, rasa masakan Mama dia,” Tengku Azhar menyelitkan ayat pujukan dalam ayatnya.

Irfan tunduk. Mencari ayat untuk tidak menyakiti hati bapanya.

“Baiklah, Pa. Nanti Irfan balik rumah. Hujung minggu ni, hari Ahad,” akhirnya Irfan memberi kata putus.

Sudah hampir sebulan dia bekerja di syarikat bapanya, namun sekalipun dia masih belum berjumpa dengan ibunya, Datin Azyan. Kasihan pula dia dengan mereka.

Mendengarkan jawapan Irfan, akhirnya Tengku Azhar mengukir senyum. Lega rasa hatinya. Pasti isterinya akan berasa gembira. Tengku Azhar berasa gembira dengan kepulangan Irfan. Biarpun Irfan masih tidak banyak bercakap dengannya, dia tetap gembira. Irfan adalah anak yang boleh diharapkan walaupun hidupnya tunggang-langgang dan selalu dihujani masalah beberapa ketika dahulu. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh langsung tidak ada rasa bersyukur dengan segala kesenangan yang ada.

Jauh di sudut hati, Irfan ingin menggembirakan ibu bapanya biarpun dahulu mereka pernah membuatkan dia hilang arah. Biarlah mereka tersenyum bahagia.

1 comment:

Unknown said...

cepat sambung tq