AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Saturday, November 17, 2012

Di Sampingmu 20


Assalamualaikum, selamat sejahtera. Okay, ini Di Sampingmu untuk semua yang request. Hihik :) Finally! Enjoy! Thanks for dropping by. 




NADHIRA duduk di tangga depan rumahnya, memerhatikan titis-titis hujan yang membasahi bumi. Air hujan yang bercampur dengan tanah di bahagian depan rumahnya bertukar menjadi warna coklat, serupa dengan warna air milo. Pangkin yang berada di bawah pokok jambu di depan rumahnya juga basah. Semalam hujan, hari ni pun hujan lagi. Tapi sejuk-sejuk macam ni barulah seronok kalau dapat tidur.

Satu keluhan berat dilepaskan. Sepanjang hampir dua bulan berada di rumah, hidupnya agak susah. Dia terpaksa menaiki bas menuju ke tempat kerjanya. Mujurlah rumahnya tidak begitu jauh dengan kilang peralatan elektrik tersebut. Akhir-akhir ini, ibu bapanya menghadapi sedikit kesukaran. Wang pinjaman PTPTN yang baru sahaja diterimanya sebulan lepas diberikan kepada ibu bapanya. Dia langsung tidak mengambil wang itu, tetapi ibunya, Mak Esah memaksanya menyimpan sedikit wang untuk perbelanjaannya ke kilang. Ada kalanya dia ingin berhenti belajar, dan ingin bekerja membantu ibu bapanya. 

Nadhira anak sulung, dia ada empat orang adik lagi di bawahnya. Mereka semua baru berada di sekolah menengah dan sekolah rendah. Mujurlah adik kedua dan ketiganya bijak mencari wang. Masing-masing menjual kuih di sekolah secara curi-curi memandangkan sekolah tidak membenarkan murid-murid berbuat demikian.

Bapanya, Pak Samad merupakan seorang pesawah. Ada kalanya dia mengambil upah memasak untuk kenduri dan membantu isterinya membuat kuih untuk dijual. Sekarang musim hujan, susah hendak bergerak. Semua orang kampung lebih suka duduk di rumah dan minum kopi barangkali. Sawah-sawah juga lama tidak dibajak memandangkan Pak Samad.

“Kak Long,” Akmal datang dengan sepinggan karipap. Dia duduk di sebelah kakaknya setelah pinggan yang berisi karipap diletakkan ke lantai.

Akmal merupakan anak kedua dalam keluarga mereka. Tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan SPM.

“Mak mana?” tanya Nadhira setelah menyuap sebiji karipap ke mulut.

“Mak ada dekat dapur. Tengah buat air tadi,” balas Akmal.

Nadhira mengangguk.

“Kak Long.. err.. Akmal nak cakap dengan Kak Long ni, tapi Kak Long jangan cakap dengan Emak, ya?” ujar Akmal sambil matanya melilau-lilau ke arah dapur. Bimbang didengari ibu mereka.

“Apa dia, Mal?” tanya Nadhira.

“Minggu lepas, Cikgu Majid suruh kami semua beli buku rujukan Add Math. Semua orang dah beli, tapi Akmal je yang tak beli. Cikgu suruh Akmal ambil dulu buku tu. Tapi Akmal tak naklah. Tunggu Akmal ada duit, baru Akmal ambil buku tu.”

Nadhira memandang ke arah adiknya. Kasihan Akmal. Dia juga pernah merasakan keperitan yang sama. Jadi, dia akan terus belajar supaya adik-adiknya yang lain akan merasa hidup yang lebih senang.

“Kak Long tak ada duit, dik. Tapi, nanti Kak Long cari duit. Tolong belikan buku Akmal tu,” jawab Nadhira. Terasa pedih hatinya apabila melihat wajah adiknya yang nampak berkerut.

“Akmal ingat nak tolong adik Amin. Jadi cikgu tuisyen sekolah rendah. Dia kata nak bayar tiga puluh ringgit sebulan.”

“Akmal.. tahun ni Akmal nak exam, kan? Kak Long nak tengok adik-adik Kak Long berjaya. Kak Long nak Akmal tumpukan perhatian pada pelajaran. Fasal duit tu, tahulah Kak Long nak cari. Ya?” Nadhira menepuk-nepuk bahu Akmal.

Akmal tunduk, menekur lantai. Terasa sebak mendengar jawapan kakaknya. Nanti, biar Akmal tolong kakak pula, bisik hatinya.

Kelihatan Mak Esah datang dengan menatang dulang di tangan. Cepat-cepat Akmal meletakkan jari telunjuknya pada bibir. Nadhira tersenyum.


ADELIA QAISARA sudah selesai dengan rambutnya. Begitu juga Adam Farhan. Aduhhh! Sekali dia potong rambut ala-ala Kim Hyun Joong dalam Boys Before Flowerlah pulak. Gaya rambut Kim Hyun Joong selepas watak-watak dalam drama itu pulang bercuti daripada Macau, tetapi rambut Adam Farhan bewarna hitam pekat. Rambut Kim Hyun Joong pula bewarna perang hampir ke warna coklat. Habis semua orang yang berada di salon itu tertoleh-toleh memandang ke arah Adam Farhan. Ini bukan Kim Hyun Joonglah! Adelia Qaisara menjerit dalam hati.

“Abang nampak macam Kim Hyun Joong ke? Kenapa semua pandang-pandang ni?” tanya Adam Farhan. 

Dia dan Adelia Qaisara berjalan beriringan.

“Yalah, kot. Sebab tu diorang tengok. Takkan tak ada sesiapa yang tegur, cakap muka awak macam Kim Hyun Joong?” tanya Adelia Qaisara kembali.

“Ada. Semua orang yang Abang kenal,” seloroh Adam Farhan.

Adelia Qaisara mencebik. Bahagia mula dirasakan pada saat ini. Adam Farhan sekali pun tidak pernah meninggalkannya berjalan sendirian apabila mereka keluar berjalan-jalan. Sudah pasti Adelia Qaisara akan berada dalam pelukannya. Dia ingin semua orang tahu dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri yang sangat cantik. Perlukah dia menyatakan rasa cinta yang sudah mula berputik ini kepada Adam Farhan? Tetapi, dia bimbang Adam Farhan mengetawakannya.

“Laparlah,” gumam Adelia Qaisara sendirian.

“Jom, Abang bawak pergi makan. Abang pun lapar jugak. Nak makan apa?”

“Teringin nak makan nasi ayamlah,” jawab Adelia Qaisara sambil tersengih.

“Teringin? Semacam je ni..” gurau Adam Farhan.

Adelia Qaisara merasakan darah mula menyerbu ke wajahnya.

“Suka mengarut!” marah Adelia Qaisara kepada Adam Farhan yang masih tersenyum.

“Abang gurau jelah. Abang bawak makan dekat gerai area rumah kita. Kat sana nasi ayam dia is the best in the world. But now, jom cari snack untuk makan dalam kereta. Abang lapar.”

Adelia Qaisara mengangguk. Mereka berjalan beriringan ke kedai roti yang berada di deret salon itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Adelia Qaisara mengeluarkan telefon bimbitnya. Ada pesanan daripada Nadhira.

‘Salam. Sara.. aku nak mintak tolong dengan kau, boleh tak?’

Adelia Qaisara menekan butang reply.

‘Waalaikumussalam. Cakaplah, apa dia. Kalau aku boleh tolong, sure aku boleh tolong. Kenapa?’

“Siapa tu, sayang? Boyfriend?” duga Adam Farhan. Dia sibuk memilih roti kegemarannya dengan bantuan Adelia Qaisara.

“Boyfriend? Kalau yang dekat phone ni boyfriend, yang depan saya ni siapa pulak?” tanya Adelia Qaisara.

“Yang dekat depan mata Adelia ni suami Adelia yang paling kacak, paling baik and paling penyanyang dalam dunia.”

Adelia Qaisara mencebik. Sempat Adam Farhan mencubit bibir Adelia Qaisara. Adelia Qaisara menampar tangan suaminya. Ada balasan daripada Nadhira.

‘Kau tahu jelah, ayah aku asyik sakit-sakit. Mak aku pulak, tak dapat jual kuih. Sekarangkan musim hujan. Aku pergi praktikal, tak dapat elaun. So, aku ingat nak mintak tolong dengan kau. Nanti bila aku dapat duit pinjaman, aku bayar. Ya?’

Adelia Qaisara mengeluh. Kasihan Nadhira. Dia jarang meminjam wang daripada mereka biarpun dia tidak berduit. Adelia Qaisara dan yang lainlah selalu mengeluarkan wang buat Nadhira. Nadhira sentiasa bersyukur kerana dia diberikan rakan-rakan sebaik mereka. Kebetulan, duit pemberian suaminya, duit belanja yang disimpannya campur dengan elaun bulanan yang diterimanya, sudah lebih daripada cukup untuk dirinya. Lagipun, sekarang segalanya ditanggung oleh suaminya, iaitu Adam Farhan.

‘Takde masalah, Dhira. Berapa kau nak pakai?’

Beberapa saat kemudian.
‘Berapa pun tak apa, Sara.’
Butang ‘send’ ditekan lagi.

‘Okey, kejap lagi aku bank in. Bagi aku account number kau.’

“Awak, dekat sini ada bank tak?” tanya Adelia Qaisara setelah dia dan Adam Farhan keluar dari bakery tersebut.

“Ada. Dekat tempat Abang parking kereta. Kenapa?”

“Saya nak bank in duit dekat Nadhira. Kesian dia, family dia ada masalah. Sebab itulah saya nak pinjamkan pada dia. Boleh?”

“Berapa dia nak pakai?”

“Saya tak tahulah. Dia kata, berapa pun boleh,” balas Adelia Qaisara.

“Pakai duit Abang dulu, ya? Duit Adelia tu, Adelia simpan. Cakap dengan Nadhira, bayar bila dia ada duit. Abang bukannya nak cepat pun,” ujar Adam Farhan.

“Alahh.. saya ada duit. Janganlah susahkan diri awak. Nadhira tu kawan saya. Saya rasa bersalahlah kalau tak tolong dia,” jawab Adelia Qaisara lagi.

“Adelia.. kawan Adelia tu pun kiranya kawan Abang. Kawan Abang, kawan Adelia. So do the money. Duit Abang, duit Adelia jugak. Janganlah risau.”

Adelia Qaisara menggigit bibir. Baik benar suaminya ini. Di mana dia ingin mencari lelaki sebaik Adam Farhan? Bab agama pun tak kurang hebatnya. Nampaknya, ibu bapa Adam Farhan berjaya mendidik Adam Farhan dengan sempurna. Adelia Qaisara kembali ke dunia nyata apabila bahunya dicuit oleh Adam Farhan.

“Nadhira pakai akaun apa?” tanya Adam Farhan sebaik sahaja mereka berdiri betul-betul di hadapan mesin deposit tunai beberapa jenis bank.

“CIMB,” balas Adelia Qaisara sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Adam Farhan.

Semakin lama dia mengenali lelaki yang sudah pun bergelar suami kepadanya, terasa hatinya kian mencair dengan sikap lelaki itu. Moga jodoh ini kekal hingga ke akhir hayat. Itu sahaja pintanya.

3 comments:

DNAzzizat said...

Best! Cepat2 update yer.

Dylea Lee said...

InsyaAllah. I'll try my best, okay? :') Thanks for reading! :)

kay_are said...

cite bersiri ke ni? sebab tak bace dari awal so tk bape sangat.. mula mula ingat cite adam farhan tu cite lain, rupenye cite yang same gak.. huu..