AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Saturday, December 8, 2012

Hadirnya Cinta Terindah 15


DL's Note - Salam semua. Haiii! Selamat sejahtera. Sorry sebab it took me too long before update this chapter. DL baru ada mood nak menaip and suddenly bila ada mood, adapter untuk wifi ada problem. So, share dengan my sister, gilir gilir guna cable. And yes, this is for you guys, for those yang suka HCT. :) Enjoy! 



BAB 15

CUACA yang mendung pagi itu membuatkan Aqilah hanya ingin duduk di rumah sahaja. Dia malas mahu keluar memandangkan pasti hujan akan turun sebentar lagi. Daripada dia berhujan di luar, lebih baik dia duduk di rumah sahaja. Usai sahaja mandi, Aqilah kembali berbaring di katil. Sudah lama rasanya tidak berada di rumah sendiri.

“Aqilah.”

Aqilah bingkas bersila apabila pintu biliknya terkuak. Ingatkan siapalah tadi.

“Masuklah, Ma,” pelawa Aqilah apabila wajah ibunya sudah pun terjengul di muka pintu.

Puan Aida melangkah masuk ke dalam bilik anak daranya. Seperti biasa, biliknya sentiasa tersusun rapi dan kemas. Aqilah memang suka mengemas. Puan Aida terus duduk di sebelah Aqilah.

“Kenapa tak keluar bilik ni? Hairan Ibu tengok.”

Aqilah tersenyum buat ibu tersayang.

“Entahlah. Qila rasa Qila nak duduk dalam bilik je. Tak ada rasa nak keluar,” balas Aqilah.

Puan Aida mengusap lembut kepala anaknya. Ada berita yang mahu disampaikan olehnya buat si putera tercinta.

“Qila.. Ibu ada benda nak bincang dengan Qila ni. Apa kata kalau Qila turun ke bawah kejap? Papa tengah tunggu,” ujar Puan Aida setelah diam buat beberapa minit.

Aqilah mengerut kening.

“Hal apa, Ibu?” soalnya kehairanan.

Puan Aida tidak menjawab, sebaliknya bangun dari katil Aqilah sebelum menarik selimut yang menutupi sebahagian tubuhnya anaknya itu. Dengan penuh tanda tanya yang menyesakkan dada, Aqilah bangun juga dan mengikut langkah ibunya dari belakang.

“Hal apa, Ibu? Ibu buat Qila cuaklah.”

“Kejap lagi, Qila tahulah.”

Hal apa agaknya, ya?


“APA? Papa dengan Mama bergurau, ya?”

Puan Seri Aisyah mengurut dada. Nampaknya Zarif benar-benar terkejut.

Zarif mengurut belakang lehernya dengan tapak tangan. Perbuatan menggosok leher itu sudah menjadi tabiat Zarif. Jika semangatnya tidak kuat, sah dia sudah terkena serangan sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. Kebisuan ibu bapanya pula semakin menambah rasa tidak percaya di hatinya.

“Kami tak bergurau, Zarif. Papa rasa, tak ada salahnya kalau Papa dan Mama yang tolong carikan jodoh untuk anak kami,” balas Tan Sri Khalid setelah Zarif duduk di sofa bertentangan dengan mereka.

Zarif mengetap bibir.

“Siapa jodoh yang Papa dan Mama carikan tu?” soal Zarif.

Dalam rasa bengang seolah-olah privacy diceroboh oleh ibu bapanya, ada juga rasa ingin tahu siapakah calon menantu yang dicarikan oleh mereka.

“Orang dekat je, Zarif,” balas Puan Seri Aisyah.

Orang dekat tang mana, Mama? Dekat dalam rumah ni ke? Mak Timah pembantu rumah? Ke dekat Australia sana? Kejap! Adakah sepupunya yang sedang belajar di Australia, Shazreen? Begitu banyak soalan yang ingin ditanyakan kepada ibunya. Namun, soalan-soalan itu hanya bermain di fikirannya sahaja.

Tan Sri Khalid merenung wajah isterinya apabila Zarif sudah menggaru-garu kepala. Dia tahu, Zarif sedang memikirkan siapakah insan yang telah mencuri hati kedua-dua orang tuanya.

“Aqilah.”

Nama yang baru disebut oleh Puan Seri Aisyah membuatkan biji mata Zarif semakin buntang. Rupanya tidak ubah seperti raksasa yang ingin menelan mangsanya. Bunyi guruh yang berdentum-dentam bagaikan babak dalam filem lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Ibu Mertuaku. Haruskah Zarif berlari ke dapur dan mengambil garfu seperti yang dilakukan oleh Kasim Selamat?

“Janganlah terkejut sangat,” ujar Puan Seri Aisyah apabila melihat wajah Zarif yang sudah tidak keruan itu.

“Papa dan Mama dah jumpa dengan Uncle Jamil dan Auntie Aida. Aqilah tu baik budaknya. Cantik, lemah-lembut, sopan, rajin. Satu dalam seribu,” sampuk Tan Sri Khalid pula.

Zarif terdiam seketika. Ah, sudah! Dia sudah punya seseorang. Namun, adakah ibu dan bapanya bersetuju?

“Memanglah, Pa. Zarif kenal sangat dengan Aqilah tu. Tapi.. tak pernah terlintas dalam hati atau pun otak Zarif untuk jadikan dia isteri. Tak naklah,” balas Zarif selamba.

Tan Sri Khalid bersandar pada sofa. Wajah selamba anak terunanya itu direnung. Lama. Namun tiada reaksi yang ditunjukkan oleh Zarif. Wajahnya kosong. Blank. Plain. Tiada riak.

“Dah tahu dia baik, kenapa tak nak jadikan dia isteri? Zarif.. zaman sekarang ni susah nak cari perempuan yang baik macam Aqilah tu. Cuba beritahu Mama kenapa Zarif tak nak Aqilah. Apa kurangnya Aqilah?”

Zarif mengeluh berat. Sangkanya, rancangan ini sudah lama terkubur. Rupanya tidak. Sehingga hari ini, hasrat itu masih hidup subur. Dia tahu, dia dan Aqilah adalah dua orang insan yang berbeza. Dia bukannya mencari kesempurnaan. Ya, kesempurnaan yang ada pada Aqilah belum pernah dia jumpai pada mana-mana gadis. Namun, dia lebih memilih kesederhanaan.

“Sebab Aqilah terlalu sempurna untuk orang macam Zarif ni. Mama tahu Zarif dengan Aqilah dah jadi best friend sejak kecil lagi. Zarif tak ada perasaan pada Aqilah,” kata Zarif, cuba membela diri.

Tan Sri Khalid menggeleng kepala melihat reaksi anaknya itu. Memang ini yang dijangkanya sejak dia bersua muka dengan ibu bapa Aqilah.

“Kalau Zarif nak bercakap soal perasaan, perasaan ni kita boleh pupuk. Perlahan-lahan. Boleh je orang lain bahagia walaupun kahwin atas pilihan keluarga. Papa kahwin dengan Mama Zarif dulu pun atas pilihan keluarga. Alhamdulillah, bahagia sampai sekarang. Papa dengan Mama nak yang terbaik saja untuk Zarif,” nasihat Tan Sri Khalid panjang lebar.

“Papa, itu zaman dulu. Sekarang ni zaman moden. Zaman demokrasi. Zarif boleh pilih jalan hidup Zarif sendiri. Betul tak?”

Tan Sri Khalid dan Puan Sri Aisyah mati kutu. Selama ini, Zarif hanya mengikut sahaja kehendak mereka berdua, langsung tidak membantah. Tetapi lain pula kali ini. Zarif langsung tidak mendengar kata mereka. Mengapa? Hanya ada satu jawapan sahaja.

“Siapa dia?”

Soalan yang keluar daripada mulut Puan Sri Aisyah membuatkan mulut Zarif separa ternganga.

“Siapa apa, Ma?” tanyanya hairan.

Puan Seri Aisyah yakin, hanya itu sahaja sebabnya mengapa Zarif menolak Aqilah.

“Buah hati Zarif. Kalau tak, takkanlah Zarif beria-ia menolak cadangan Mama dan Papa,” tambah Puan Seri Aisyah lagi.

Zarif memicit kepalanya dengan jari telunjuk dan ibu jarinya. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, telefon bimbitnya berdering. Tidak jadi dia hendak menjawab soalan ibunya itu. Siapa pula yang menelefonnya? Siapa pun dia, dialah penyelamat Zarif.

Kocek seluar diseluk sebelum telefon bimbitnya dikeluarkan. Bibirnya mengukir senyum. Memang penyelamat!

“Saya dekat rumah,” ujar Zarif setelah salam Zara disambut.

“Saya nak mintak tolong dengan awak. Awak free?”

Zarif terasa hairan. Eh, kenapa pula Zara meminta tolong daripadanya?

“Kenapa ni? Awak ada masalah?” soal Zarif bimbang.

“Awak tolong hantar saya balik. Saya call family saya, tapi tak ada sorang pun yang jawab call saya. Saya cuma terfikir nak mintak tolong awak je,” kedengaran suara Zara sudah bertukar sedikit serak.

Zarif kehairanan. Di mana pula Zara berada? Bukankah hujan lebat di luar?

“Awak dekat mana ni? Hujan lebat sekarang ni. Awak dekat luar? Kereta mana?”

Soalan demi soalan diajukan kepada gadis itu. Semakin bimbang jadinya dia.

“Saya tak bawak kereta hari ni. Saya dekat area pejabat. Awak datang..”

Belum sempat Zara menghabiskan kata-katanya, talian terputus.

“Zara? Zara! Dengar tak?”

Tiada jawapan.

Tanpa menunggu lebih lama, Zarif menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar. Apa sudah jadi dengan Zara? Dia ada di pejabat?

“Mama, Papa.. Zarif nak keluar kejap. Kawan ada masalah.”

Zarif tergesa-gesa berlari ke pintu. Perbuatannya itu menimbulkan tanda tanya pada kedua-dua ibu bapanya. Siapa pula yang ada masalah? Yang pasti Zarif ada menyebut nama seseorang, iaitu Zara. Siapa pula Zara?


“SAYA tak bawak kereta hari ni. Saya dekat area pejabat. Awak datang..”

Bukkk!

Belum sempat Zara memberitahu Zarif tempat dia akan menunggu Zarif, tubuhnya dirempuh seseorang. Dia sudah pun jatuh terjelepuk ke tanah. Zara mengurut buku lalinya yang mula terasa sakit. Keningnya sudah hampir bertaut, menahan kesakitan. Bibirnya tidak henti-henti mengaduh kesakitan. Zara cuba mencapai telefon bimbitnya yang sudah pun tercampak tidak jauh daripadanya. Oh, no! Telefon itu sudah basah terkena air hujan. Skrin telefon bimbitnya sudah gelap. Zara berdecit perlahan.

Dengan berhati-hati, Zara kembali berdiri apabila insan yang melanggarnya membatu di sebelahnya. Zara menanggalkan kaca matanya yang sudah kabur disebabkan air hujan. Sangkanya dia akan sempat ke perhentian teksi, tetapi hujan turun dengan lebatnya. Terpaksalah dia berlari semula ke pejabatnya. Nasiblah. Dia tidak membawa payung bersamanya hari ini.

“Zara?”

Zara berpaling melihat ke arah manusia yang memanggil namanya. Rambut Zara yang basah melekat pada pipi dan bibirnya sewaktu dia berpaling. Mulutnya separa ternganga. Segera kaca matanya dipakai semula. Segera dia membuang pandang ke arah lain.

“Zara.”

Sekali lagi namanya dipanggil. Namun Zara berpura-pura tidak mendengar. Di saat begini, kemana pula perginya Zarif? Terasa lama benar masa yang diambil Zarif untuk menjemputnya.

“Zara.. tak ingat Abang.. ke?”

Akhirnya, terkeluar juga soalan yang sudah lama tersekat di kerongkong Azeem. Bagaikan sebuah mimpi, Zara sedang berdiri di hadapannya.

Zara akhirnya berpaling memandang Azeem. Sudah tiada lagi perasaan yang bertakhta di hatinya seperti dulu. Malas benar dia mahu berdepan dengan Azeem.

“Ingat,” balas Zara sepatah.

Secara perlahan-lahan, terukir juga senyum di bibir Azeem. Zara sudah dewasa sekarang. Biarpun hanya tiga tahun dia tidak mendengar apa-apa cerita tentang Zara, namun ada perubahan yang dapat dilihat dengan mata kasar Azeem.

“Zara.. buat apa dekat sini?”

“Kerja.”

Sepatah-sepatah sahaja jawapan yang keluar daripada mulut Zara. Buat beberapa minit, masing-masing melayan perasaan. Mata Zara hanya terarah pada titis-titis hujan yang membasahi bumi. Azeem yang berada di sebelah langsung tidak dihiraukan.

“Zara still suka hujan?”

Zara terdiam sebentar. Azeem masih ingat? Dia memang sukakan hujan. Sejak kecil lagi dia sukakan hujan. Namun, dia tidak berani untuk membiarkan dirinya dibasahi hujan. Badannya tidak terlalu kuat. Setiap kali dia terkena hujan, pasti dia akan demam.

“Zara! Sorry, saya lambat!”

Tumpuan Zara dan Azeem terarah pada Zarif yang berlari-lari dengan payung di tangan. Tumpuan Zarif juga turut terganggu. Azeem? Masing-masing terdiam buat beberapa minit.

“Jom balik.”

Zarif mengangguk perlahan apabila suara lembut Zara menyentuh gegendang telinganya. Tanpa pamitan, Zara segera mendekati Zarif dan berkongsi payung dengan lelaki itu. Payung itu tidaklah terlalu kecil. Masih ada ruang yang memisahkan Zara dengan Zarif.

Dalam diam, Azeem hanya menjadi pemerhati. Sebuah senyuman tawar terukir di bibirnya. Terasa bodoh benar dirinya saat ini. Dia berjalan masuk ke dalam Electro Holdings setelah bayang Zara sudah menghilang. Walaupun Zara dingin dengannya, sekurang-kurangnya dia tahu di mana Zara bekerja. Azeem mengangguk sendirian. Senyumnya semakin mekar.


“KENAPA Azeem boleh ada dengan awak?” soal Zarif, cuba memecahkan kesunyian yang sudah pun lama tercipta. Dari tadi dia tertanya-tanya bagaimana Azeem boleh ada bersama Zara.

“Entahlah. Dia ada kerja agaknya,” balas Zara. Tekaknya mula terasa perit.

Zarif mengangguk perlahan. Suasana di dalam kereta itu kembali sunyi sepi. Zara memejamkan matanya apabila kepalanya mula terasa pening.

“Awak okey tak?”

Suara Zarif terasa semakin menjauh, bergema-gema. Ada rintik-rintik jernih membasahi dahi Zara. Dahinya berkerut-kerut menahan rasa pening yang menyerang.

Melihatkan keadaan Zara yang hanya berdiam diri, Zarif memberhentikan Mercedes Benz SLRnya di tepi jalan.

“Zara! Zara!”

Panggilannya langsung tidak disahut Zara. Zarif melekapkan tapak tangan kirinya ke dahi Zara. Jelas wajah itu berkerut-kerut apabila dahinya disentuh. Darurat, keluh Zarif dalam hati. Zarif kembali menghidupkan enjin keretanya sebelum keretanya menyusuri kembali jalan raya yang sesak. Nampaknya Zara demam. Terpaksalah dia mencari hospital atau klinik terdekat.


ZARA membuka matanya. Pandangannya masih lagi berpinar-pinar. Tekaknya pula seolah-olah kering dan kesat. Zara meletakkan belakang tapak tangan ke dahi. Memang sah, dia demam.

Kawasan di dalam bilik itu begitu asing di penglihatannya. Di mana dia? Dinding bilik itu dicat dengan warna putih. Setelah diamati, rupanya dia berada di hospital.

“Macam mana boleh..”

Zara memicit dahinya. Terlupa pula dia. Pastilah Zarif yang membawanya ke hospital ini. Eh, tetapi ke mana pula perginya Zarif? Menyedari pintu wadnya dibuka dari luar, segera Zara mencapai kaca mata tebalnya. Kelihatan Zarif datang dengan plastik di tangan.

“Zarif.. thanks,” ucap Zara perlahan. Tekaknya mula terasa perit. Suaranya sudah bertukar serak.

No need to say anything,” balas Zarif tenang.

Zara tersenyum. Zarif memang seorang lelaki yang baik. Terasa bertuah dirinya apabila dia dapat mengenali Zarif dan menjadi sahabat kepada Zarif.

Zarif pula langsung tidak memandang ke wajah Zara. Dia hanya tunduk merenung lantai. Dia lebih selesa berdiri seperti ini daripada mendekati Zara.

“Awak tak nak duduk?” soal Zara apabila mendapati Zarif hanya membatu di tempat dia berdiri.

Baru sahaja Zarif ingin melangkah mendekati Zara, pintu wad itu terbuka. Kelihatan seorang lelaki berkemeja biru lembut sedang berdiri memerhatikan mereka. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek. Ada steteskop yang tergantung pada lehernya. Dia juga nampaknya memakai kad pengenalan staf. Doktor agaknya, bisik Zarif dalam hati.

“Saya mengganggu ke?” soal Imran sambil tersenyum. Dia berjalan mendekati Zara yang sedang bersandar pada kepala katil.

“Tak adalah,” balas Zarif laju.

Zara hanya mendiamkan diri.

“Zara, saya balik dulu. Awak jaga diri, ya?” sempat Zarif berpesan kepada Zara sebelum dia bergerak ke pintu. Tanpa menoleh ke belakang, dia keluar dari bilik itu.

“Sakit lagi tak?” soal Imran dalam senyuman. Kerusi yang berada di sisi katil ditarik sebelum dia duduk di situ.

Zara menggeleng perlahan. Dia hanya merenung jari jemarinya sahaja. Tidak betah rasanya dia berdepan dengan Imran dalam keadaan begini. Dan perasaan yang baru saja hadir terasa mendamaikan. Imran masih Imran yang dulu. Imran yang mengambil berat akan dirinya. Mungkin juga Imran yang mengambil berat terhadap pesakit-pesakit lain, sama seperti Imran mengambil berat akan dirinya. Ya, itulah tugasnya sebagai seorang doktor.

“Abang baru habis buat surgery. Accident. Kereta dengan kereta. Ada fractures dekat dua-dua belah kaki patient,” ujar Imran, menceritakan pengalaman yang baru sahaja dirasainya. Setelah dia menamatkan pelajaran di Pennsylvania School Of Medicine, inilah kali pertama dia melakukan permbedahan. Terasa lega apabila pembedahan itu berjaya.

“Tak payahlah story dekat Zara,” balas Zara perlahan, namun masih dapat didengari Imran.

Ada tawa kecil yang meletus dari bibir Imran. Zara masih takut mendengar cerita mengenai pembedahan, kemalangan dan semua yang berkaitan dengan darah. Ngilu katanya. Terasa seolah-olah dia yang mengalami kesakitan-kesakitan itu.

“Kejap lagi Papa dan Mama Zara datang. Itulah.. lain kali jangan biar perut tu kosong. Jangan mandi hujan kalau dah tahu Zara tu lemah. Kan dah sakit. Nasib baik kawan Zara tu ada. Kalau tak.. tak ada siapa nak tolong,” bebel Imran sambil tangannya memeriksa tiub yang digunakan untuk memasukkan air ke dalam badan Zara.

“Zara banyak kerja. Bila dah siap, barulah lega,” balas Zara perlahan.

“Kerja tu kerja jugak. Tapi kena jaga diri. Makan ikut time, jangan main hujan, main panas. Tak elok.”

Zara menyembunyikan senyum. Lagak Imran tidak ubah seperi mak nenek yang membebel pada cucunya. Ada sesuatu yang menghairankan Zara. Sejak bila pula Imran mula bekerja di sini?

“Dah lama ke kerja dekat sini?”

Bagaikan sebuah mimpi, Zara banyak bercakap dengannya. Tetapi Zara tidak menggelarnya ‘abang’. Tak apa, lambat laun pasti Zara akan memanggilnya ‘abang’ semula.

“Tak adalah lama sangat. Baru je dua minggu. So far, hospital ni bagus.”

Zara mengangguk. Baru lagi rupanya.

“Doktor! Doktor Fauzi cari.”

Zara dan Imran sama-sama merenung ke arah jururawat yang cantik berpakaian seragam biru sedang berdiri di muka pintu.

“Kejap lagi saya datang.”

Jururawat itu mengangguk sebelum keluar dari wad yang menempatkan Zara.

“Zara.. Abang nak jumpa doktor senior Abang. Zara kena tahan dekat wad sampai lusa. Nanti lepas waktu kerja Abang habis, Abang datang balik, ya? Have a good rest,” ujar Imran seraya bangun dari kerusi.
Zara tersenyum dan mengangguk lemah.

Imran membantu Zara menanggalkan cermin mata besar Zara sebelum diletakkan ke meja sisi. Kepala katil Zara yang tadinya ditinggikan diturunkan semula.

“Abang keluar dulu, ya?”

Zara mengangguk lagi. Dua pasang matanya hanya merenung belakang badan Imran yang sudah pun keluar dari bilik itu. Rambutnya disisir ke belakang menggunakan jari. Terasa kusut rambutnya apabila sudah lama dia berbaring. Maknanya tadi Imran melihat keadaannya kusut-masai. Oh, tidak!


ZARIF duduk di dalam keretanya sambil fikirannya menerawang jauh, memikirkan Zara.

“Abang?” soalnya kepada diri sendiri.

Sebenarnya, dia tidak terus pulang setelah melihat keadaan Zara yang sudah sedarkan diri. Pada mulanya dia ingin pulang sahaja, namun ada sesuatu yang membuatkan dia ingin terus berada dekat dengan Zara. Baru sahaja dia ingin masuk semula ke dalam wad itu, kedengaran doktor yang memakai tanda nama Doktor Imran membahasakan dirinya sebagai ‘abang’. Hairan juga Zarif dibuatnya. Setahu dia, Zara hanya mempunyai dua orang kakak sahaja. Dan tidak mungkin doktor yang baru sahaja dikenalinya itu sengaja membasahakan dirinya sebagai ‘abang’? Itu semua tidak mungkin. Banyak perbualan di antara Zara dan Doktor Imran. Dari gaya percakapan mereka, jelas sekali mereka memang sudah kenal lama.

Apabila Doktor Imran ingin keluar daripada wad yang menempatkan Zara, Zarif segera menyorok di wad sebelah. Tetapi yang membuatkan Zarif begitu curiga adalah Nur Zara Sofea di sebalik kaca matanya. Ya, dia pasti dia bukan bermimpi!

4 comments:

Musliasya said...

siapa pilihan zara ni...imran ye....pls

fromfrirsttoFB said...

Nakk lagiii!!!

fromfrirsttoFB said...

Nak lagiiiii!!!!!

Anonymous said...

seronoknye ade n3 baru ni..terubat rindu..nak lagiii :)
best sangat..10/10..
harap zara ngn imran la ye...