BAB 10
SUDAH sebulan sejak pemergian Imran ke luar negara.
Zara menatap skrin telefon bimbitnya. Sudah sebulan juga Imran langsung tidak
menghubunginya. Lelaki itu diam tanpa sebarang berita. Entah mengapa, ada satu
perasaan yang sukar ditafsirkan menyusup ke dalam hati Zara. Tanpa dipinta,
tanpa dipaksa.
“Hai!”
Zara segera menyimpan telefon bimbitnya ke dalam
begnya. Kenal benar dia dengan pemilik suara itu. Tidak habis-habis lelaki itu
cuba mendekatinya walaupun kehadirannya bagaikan halimunan. Tidakkah dia tahu
apa ertinya jemu?
Zarif meletakkan buku yang dipegangnya ke meja. Dia
tersenyum kecil melihat wajah cemberut Zara.
“Awak ni.. cuba senyum bila sambut saya. Ada ke buat
muka macam tu.”
Zara berpura-pura tidak mendengar, sebaliknya hanya
diam dan merenung permukaan meja yang berwarna putih itu. Seperti biasa,
kewujudan Zarif bagaikan tidak disedari.
Zarif masih lagi tersenyum. Zara, Zara.. takkanlah
lelaki handsome macam aku ni datang dekat sebelah dia pun dia boleh tak sedar?
“Sampai bilalah awak nak buat-buat tak nampak je
dekat saya ni? Kesian saya. Malu tau, awak ignore saya macam ni,” ujar Zarif
lagi.
“Kalau malu, tak payahlah tegur-tegur saya. Saya pun
tak berminat nak layan awak,” balas Zara selamba. Pedas dan berapi.
Tetapi, Zarif bukannya jenis yang suka mengalah. Dia
hanya ingin mendekati Zara. Bukan kerana dia meminati Zara. Cuma.. dia ingin
mengenali Zara. Dan yang
paling penting, dia sukakan sesuatu yang misteri.
“Bercakap jugak awak dengan saya, ya? Saya ingatkan
sampai habis belajar nanti awak ignore saya,” ujar Zarif senang. Sepedas mana
pun tembakan yang keluar daripada mulut Zara, dia tidak akan mengaku kalah.
“Just.. stop disturbing me. Banyak lagi orang yang
awak boleh kacau.”
Zarif ketawa mendengar kata-kata Zara. Zara
membulatkan sedikit biji matanya.
“What are you laughing at? I’m not a clown. And I
think nothing’s funny,” ujar Zara sedikit bengang.
“Okey, okey. Sorry. Awak tahu tak, no one boleh
sekat hak kemanusiaan orang lain. Contohnya, awak. Awak tengah sekat kebebasan
saya and hak kemanusiaan saya untuk cari kawan. Look, saya cuma nak berkawan
dengan awak. Niat saya baik,” balas Zarif tenang.
“Look, I have no interest to be your friend,” balas
Zara sombong. Sengaja dia menggunakan perkataan ‘look’ itu demi menunjukkan dia
juga serius dengan apa yang diperkatakannya.
“Hmm.. I’m guessing.. do you have any friends? How
many of them?”
Zara merengus geram.
“Suka hati sayalah saya ada kawan atau tak. Yang
awak sibuk sangat tu, kenapa?”
Zarif menggelengkan kepalanya.
“Apa salahnya awak jadi kawan saya? Saya jadi kawan
awak. You’re mysterious. Sebab tu saya nak kawan dengan awak.”
Zara hanya diam. Malas dia melayan mamat psiko macam
Zarif. Kalau Zarif rapat dengannya, bukankah potensi untuk rahsianya terbongkar
akan lebih tinggi? Lagi pula dia pernah menipu Zarif. Kerana terlalu terkejut
dengan kehadiran Zarif, dia memperkenalkan dirinya sebagai Feana. Nasib baik
bukan Fiona, keluh Zara dalam hati. Jika dia ditempat Zarif, pasti dia akan
marah. Yalah. Kerana dia sudah ditipu.
IMRAN duduk berteleku si sejadah. Sempat juga dia
membaca Surah Al-Mulk setelah dia selesai menunaikan solat Isyak.
“Im!”
Sapaan daripada Nizam itu membuatkan Imran menoleh.
Kelihatan Nizam baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik. Katanya dia ingin
menunaikan solat Maghrib dan Isyak di masjid. Memandangkan Imran sudah penat
dek kerana kuliah yang panjang, dia hanya bersolat di rumah sahaja.
“Sorry. Aku ingatkan kau dah habis,” ujar Nizam. Dia
duduk di katilnya.
“Memang dah habis pun. Kenapa?” soal Imran.
Imran melipat sejadah yang digunakan sebelum
menyangkut sejadah itu pada tempat yang disediakan. Dia duduk di katilnya yang
menghadap katil Nizam.
“Tu haaa.. senior ajak makan. Diorang dah siap
masak.”
Imran menganggukkan kepalanya. Sejak hari pertama
dia duduk di rumah sewa yang berdekatan dengan universitinya, semua pelajar di
rumah itu suka memasak. Biasalah, mereka semua bukan anak orang berada, seperti
Imran. Demi menjimatkan duit poket dan biasiswa yang diperuntukkan, mereka
lebih suka memasak sendiri.
“Kau ni kenapa asyik termenung je? Sejak hari
pertama lagi dah menung sorang-sorang. Kau fikir apa?”
Imran tersengih mendengar soalan Nizam.
“Tak adalah. Teringat rumah dekat Malaysia,” bohong
Imran. Memang dia merindui keluarganya dan rumahnya di Kuala Lumpur. Namun,
Zara Sofea selalu menemani mimpi malamnya. Adakah Zara juga merinduinya seperti
mana Imran merinduinya?
“Eleh.. umur kita ni dah boleh jadi bapak budak,
tau. Takkanlah rindu rumah. Rindu dekat marka kot?”
Kali ini, Imran ketawa besar. Adakah Nizam punya
kuasa psikik atau dia adalah tukang tilik? Mungkin juga sikap Imran sendiri yang
menjawab persoalan yang disimpan Nizam. Sudah ramai pelajar yang meminatinya.
Tidak kira orang Malaysia, orang Asia, mahupun orang barat. Tetapi, tiada
seorang pun dilayan. Disebabkan itu, Nizam muncul dengan satu kesimpulan. Hati
Imran sudah dimiliki.
“Sudahlah kau. Jangan nak merepek,” ujar Imran
setelah tawanya reda.
Nizam hanya menjungkit kening.
“Dahlah. Jom makan!”
Imran bangun dan mendahului Nizam setelah mengajak
Nizam makan. Lagi lama dia bercakap dengan Nizam, lagi banyak rahsia yang dapat
dibongkar Nizam. Nizam bukan sahaja memiliki baby face, malah perangainya ada
kala menyamai remaja belasan tahun. Tetapi Nizam sahajalah teman rapat Imran
sejak sebulan yang lalu.
Nizam bangun dan berjalan menuju ke pintu. Dalam hati, dia dapat mengagak apa yang tesirat dalam hati Imran. Nak tipu konon!
“ZARA!”
Kaki Zara yang sedang mengatur langkah ke perhentian
bas terhenti apabila namanya dipanggil. Hampir pengsan Zara apabila melihat
siapa gerangan yang memanggil namanya. Hari ini dalam sejarah!
Zara kembali meneruskan langkah sebelum dia
mendengar bunyi hon yang kuat dan berulang-ulang. Memang mencabar kesabaran!
“Hey! Berhentilah!” panggil makhluk yang tidak cukup
seksi itu lagi.
Bunyi hon yang memekakkan telinga membuatkan
pelajar-pelajar di sekitar mereka menoleh-noleh ke arah mereka. Dalam
keterpaksaan, Zara mematikan langkah.
“What do you want?” bentaknya kasar.
“Nak hantar kau balik.”
Zara tersenyum sinis. Boleh percaya ke? Manalah tahu
kalau-kalau dia akan diapa-apakan. Wajah lelaki itu langsung tidak dihiraukan.
“Get in!” arah lelaki itu lagi.
“Zara! Jom balik!”
Kedua-dua mereka berpaling apabila sebuah Mercedes
SLR silver berhenti di belakang BMW Coupe milik Ryan.
Zara berfikir sejenak. Haruskah dia balik dengan
Zarif? Atau dengan Ryan? Atau pun.. balik sendiri? Bunyi hon daripada kereta
Ryan membuatkan Zara tersentak. Tanpa berfikir panjang, Zara mendekati Mercedes
Zarif sebelum membolos masuk ke dalamm kereta.
Melihatkan kereta Zarif yang baru melepasi
keretanya, Ryan menghentak stering keretanya. Zarif sengaja mencari fasal! Ryan
terdiam. Mengapa dia beria-ia mahu menghantar Zara balik? Dan mengapa dia perlu
marah melihat Zara pulang dengan Zarif? Ah, sudah!
Segera Ryan menekal pedal minyak sebelum
menunggalkan kawasan Kolej STAR.
“THANKS, dah hantar saya balik,” ujar Zara setelah
kereta Zarif berhenti betul-betul di hadapan pagar rumahnya.
“No thanks. Saya ikhlas,” ucap Zarif dalam senyuman.
Zara malas mahu berbasa-basi. Segera tali pinggang
keledarnya dibuka.
“Friends?”
Zara tidak menjawab soalan Zarif. Dia keluar
daripada kereta Zarif tanpa pamitan.
Zarif tersenyum sendiri sebelum keretanya meluncur
meninggalkan perkarangan rumah Zara.
PESANAN yang diterima daripada nombor yang tidak dikenali
dibacanya.
‘Even if I’m trying for thousandth times to forget you,
I still can’t. I miss you. Dekat sana dah hari Sabtu right? Here, still Friday.
But the times are also the same. Sleep well.’
Tanpa disedari, ada senyum yang tersungging di bibir
Zara. Ada satu perasaan yang sukar ditafsirkan hadir buat kali pertamanya dalam
hidup Zara. Ingin menangis, ingin menjerit kegembiraan, dan rasa berdebar-debar
mula dirasainya.
Setelah sebulan Imran sunyi tanpa sebarang berita, akhirnya
dia menghubungi Zara. Walaupun ianya cuma satu pesanan ringkas, ia sudah cukup membahagiakan.
Akhirnya Zara terlelap dengan telefon bimbit di tangan.
P/S - sorry sebab tak update chapter baru. InsyaAllah, minggu ni Leeya try update banyak sikit. :) Thank you for waiting. Hope sudi tinggalkan komen. Leeya taktau apa yang kurang, apa yang bagus, sebab takde feedback dari readers. Yang comment tu, thanks banyak banyak ye! I'll kindly waiting for your words. Thanks again. Have a nice weekend!
6 comments:
tq ya nak lagi tau
Suka....hope im ngn zara...kamon im ayat zara abes2an ;")
Xsuka zara ngn imran. Please make zara n zarif together.
Xsuka imran. Mcm dah permainankan hati kak zara. Tlg buat zara ngn zarif@ryan same2. Anyway nice story.
Yes...susah nak cari lelaki yg setia gila pd cinta pertama ni mcm Imran ...Zara pun punya rasa yg sama gan Imran...bestnya
Nurizwoo, Anons & Musliasya - InsyaAllah. Hehe. I'll try my best. :)
Leeya taktau lagi ending dia. So, nanti Leeya tengok between 3 heroes tu, which one is the best. xD I'll try not to let you guys down. Much loves! Thank you! :D
Post a Comment