AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Friday, July 6, 2012

Di Sampingmu [16]


“AKU terima nikahnya Adelia Qaisara binti Ahmad Aminuddin dengan mas kahwinnya sembilan puluh satu ringgit, tunai.”

Dengan sekali lafaz sahaja, Adelia Qaisara sudah sah menjadi isteri Adam Farhan. Mereka menadah tangan, memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Di saat Adam Farhan melafazkan qabul, air mata Adelia Qaisara jatuh membasahi pipinya yang mulus. Lafaz suci yang menjadikan dia sebagai seorang isteri. Adam Farhan sangat kacak dengan baju Melayu berwarna emas dengan sampin hitam dan bersongkok.

Dia datang menghampiri Adelia Qaisara. Cincin yang berada di tangan ibunya diambil dan disarungkan pada jari manis Adelia Qaisara. Adelia Qaisara hanya memerhati tangan kanannya dipegang Adam Farhan. Adelia Qaisara menyarung sebentuk cincin perak ke jari Adam Farhan. Adam Farhan tersenyum. Air matanya juga tumpah sewaktu Adelia Qaisara mencium tangannya. Dikucupnya dahi Adelia Qaisara dengan penuh rasa kasih. Kini, dia dan Adelia Qaisara bukan lagi orang asing seperti sebelum ini.


ADELIA QAISARA duduk di birai katil. Bilik yang selalu menjadi tempat dia bersendirian mula terasa asing. Bilik itu dihiasi dengan gabungan emas dan putih. Sudah tidak seperti dulu lagi. Mungkin beberapa hari lagi bilik ini akan kembali seperti biasa. Dia menggosok-gosok cadar dengan tapak tangan. Bagaimana dia mahu melayan Adam Farhan nanti? Digarunya kepala yang tidak gatal. Sungguh dia tidak terfikir akan hal ini. Segannya, rungutnya dalam hati.
Seketika kemudian, Adam Farhan keluar dari bilik air. Dia memakai sepasang seluar pendek separas lutut berwarna hitam dengan sehelai kemeja T lengan pendek berwarna putih.

“Kenapa tengok Abang macam tu?” soal Adam Farhan seraya duduk di sebelah isterinya.

Abang? Berdebar-debar hatinya mendengarkan perkataan itu. Sejak tadi, inilah kali pertama Adam Farhan bercakap dengannya. Dari tadi mereka sibuk dengan tetamu yang datang bertandang. Rambut Adam Farhan yang basah dilap dengan tuala kecil. Ada titis-titis air yang jatuh dari rambutnya mengenai dahi. Cepat-cepat Adelia Qaisara melarikan renungan matanya ke arah lain.

“Tak ada apa-apa,” balas Adelia Qaisara, gugup.

“Cantik bilik ni. Adelia yang kemas sendiri?” tanyanya lagi. Dia tertarik dengan katil moden kontemporari yang terletak di tengah-tengah bilik itu.

“Ha’ah. Saya yang pilih perabot ni semua,” jawab Adelia Qaisara gugup.

Adam Farhan melihat wajah Adelia Qaisara yang sudah kemerah-merahan. Malu barangkali. Dia bangun dan menyidai kembali tuala pada penyangkut yang memang tersedia di penjuru bilik. Jam sudah hampir menunjukkan pukul sepuluh setengah malam. Adam Farhan kembali duduk di sisi isterinya. Terkumat-kamit bibirnya membaca doa yang dipelajarinya. Dia berdoa agar rumah tangganya bersama Adelia Qaisara kekal ke akhir hayat.

“Mesti Adelia penat, kan?” soalnya setelah habis membaca doa-doa tersebut. 

“Kalau macam tu, tidurlah,” katanya lagi setelah soalannya dibalas dengan anggukan Adelia Qaisara.

“Awak.. err.. tak ada apa-apalah,” ujar Adelia Qaisara apabila melihatkan Adam Farhan ingin berbaring.

“Kenapa?” tanya Adam Farhan. Dia tidak jadi merebahkan diri ke katil. “Tak selesa, ya? If so, I’ll sleep on the sofa. Abang faham. Okay?”

Pantas sahaja tangan Adelia Qaisara menarik lengan Adam Farhan sebelum lelaki itu sempat mencapai bantal di belakangnya.

“No. I mean.. Adelia..” dia tidak biasa membahasakan dirinya dengan ‘Adelia’.

“Bukan macam tu. As a wife, Adelia mesti patuh pada husband, kan? Tak kiralah apa pun alasan kita berkahwin, you’re still my husband,” dia memandang wajah Adam Farhan. Mata yang redup itu seolah-olah meminta penjelasan. Keningnya hampir bertaut. Matanya menikam wajah Adelia Qaisara. 

Adelia Qaisara tunduk. Dia sedar, hidupnya bukan seperti dalam filem, drama mahupun novel. Dia seorang isteri sekarang ini. Sebagai seorang isteri, dia mesti patuh pada suaminya. 

Adam Farhan tergelak kecil. Comel Adelia Qaisara ni. Ditatapnya wajah yang masih tunduk menekur lantai itu. Adelia Qaisara nampak berbeza dengan memakai tudung dan semasa tidak bertudung. Rambutnya hitam berkilat dan panjang. Inilah mahkota seorang wanita yang seharusnya dilindung daripada bukan mahram. Ternyata banyak bezanya antara wanita yang menutup auratnya berbanding dengan yang suka menunjukkan perhiasannya.

Mendengarkan tawa Adam Farhan, Adelia Qaisara merasakan seolah-olah sangkar rusuknya ingin pecah. Inilah kali pertama dia duduk bersama dengan seorang lelaki bersendirian. Jantungnya berdegup semakin kencang di saat Adam Farhan menariknya ke dalam dakapan lelaki itu.

“Thanks, sayang,” bisiknya antara dengar dan tidak. Inilah kali pertama rasa bahagia sebegini meresap ke seluruh pelusuk jiwanya. Terasa ingin menangis sewaktu mendakap gadis ini. Adam Farhan melafazkan syukur dalam hati.


SUDAH dua minggu Adelia Qaisara dan Adam Farhan bergelar suami isteri. Adelia Qaisara membantu  Adam Farhan mengikat tali leher. Sejak berkahwin, Adam Farhan mengajarnya mengikat tali leher. Dia menghulurkan vest yang berwarna hitam kepada suaminya.

“Awak balik pukul berapa?” soal Adelia Qaisara.

“It would be better if you change the word awak to ‘Abang’. Hmm.. maybe dalam pukul empat setengah. Abang ada meeting sampai pukul empat. Abang ingat nak balik terus. Maybe dalam pukul empat setengah, Abang sampai rumah. Adelia duduk dekat rumah diam-diam okey?” pesannya sambil mencubit pipi isterinya.

Adelia Qaisara menggosok-gosok pipinya yang terasa pedih.

“Sakit,” rungutnya perlahan.

“Sakit ke? Sorry, sorry. Tak sengaja.”

Satu ciuman hinggap di pipi isterinya.

“Now, sakit lagi tak?” usiknya.

Adelia Qaisara tunduk. Terasa darah merah menyerbu ke wajah mulusnya. Adam  Farhan tersengih. Adelia Qaisara hanya memerhati Audi A5 itu keluar dari pagar rumah keluarganya. Tanpa sedar, bibirnya turut mengukir senyuman.


“HAN, client kita tak jadi datang. Masing-masing ada dekat luar negara,” ujar Saiful.

Adam Farhan mengurut dahi. Sudah hampir setengah jam menunggu, barulah mereka mendapat tahu perjumpaan ini dibatalkan.

“Kau nak makan?” tanyanya, cuba menutup rasa marah yang mula menyerang. 

Ini bukan kali pertama pihak pelanggan berkelakuan sebegini, bahkan berpuluh kali. Demi mendapatkan tender dari pelanggan, terpaksalah mereka bersabar.

“Tak payahlah. Kita minum je,” balas Saiful. Adam Farhan mengangguk. “Dik!” panggil Saiful kepada seorang remaja lelaki yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. “Macam mana? Best tak dah ada bini?” soal Saiful setelah pelayan tadi berlalu.

“Kalau kata tak best, tipulah. Seronoklah bila ada orang tunggu bila balik rumah, orang hantar dekat muka pintu before pergi kerja, ada orang jaga makan minum aku. Dia pun boleh terima aku. Kiranya, dia layan aku ten out of ten,” jawab Adam Farhan tersengih. Saiful mengangguk.

“Kau ada plan nak ada anak?” tanya Saiful lagi.

Adam Farhan tidak terus menjawab pertanyaan Saiful. Dibiarkan pelayan tadi meletakkan air pesanan mereka ke meja.

“Ada tu ada. Tapi kesian dengan Adelialah. Kelas dia jauh. Dah tu, kena naik tangga lagi. Nak bawak beg lagi, nak bawak diri. Tapi nanti kalau ada baby, beratlah nak bawak semua tu. Bahaya. So, aku decide nak ada anak bila Adelia dah habis belajar nanti,” jelas Adam Farhan setelah palayan tersebut meninggalkan mereka.

“Planning? Bagus jugak tu. Kau cakap hari tu, bukan semua orang tahu Adelia dah kahwin. Nanti, orang salah faham pulak.”

Adam Farhan mengangguk. Masing-masing menyedut minuman. Jam baru sahaja menunjukkan jam tiga suku petang. Keluar sahaja dari restoran, Adam Farhan ingin terus balik ke rumah. Tidak sabar mahu berjumpa isteri tercinta. Lagipun dia tidak mahu kembali ke pejabat semula. Sedang mereka asyik berbual, terdengar ada suara wanita menyapa mereka.

“Saiful! Han!”

Adam Farhan dan Saiful mmendongak. Kelihatan Diana berdiri di sebelah Adam Farhan. Wajahnya melakarkan sebuah senyuman gembira.

“Diana!” sahut mereka serentak.

Diana tersenyum. Ternyata mereka berdua masih mengingatinya.

“May I sit here?” tanyanya.

Saiful mengangguk. Diana menarik kerusi di antara Adam Farhan dan Saiful.

“Buat apa dekat sini?” tanya Saiful setelah Diana melabuhkan punggung di kerusinya.

“I ada discussion dengan clients. You guys?” soal Diana sambil memandang ke wajah Adam Farhan.

“Kitorang pun sama. Tapi, clients kitorang tak datang,” jawab Adam Farhan. Dia nampak tenang. Walhal selama ini naik gila dibuatnya dia mencari Diana.

Diana tersenyum. Dia semakin cantik. Juga nampak semakin matang.

“I thought you berdua dah tak kenal I,” tokok Diana lagi.

“Takkanlah tak kenal. Kawan lama,” jawab Saiful.

Mereka berbual-bual. Deringan telefon daripada Adelia Qaisara mengganggu tumpuan mereka. Adam Farhan tersenyum.

“Sekejap,” katanya sebelum berlalu ke tempat yang tidak berapa jauh daripada mereka. “Ya, sayang,” ujarnya setelah menekan butang ‘answer’.

“Pukul berapa nak balik? Mak tanya,” balas Adelia Qaisara dari hujung talian.

Adam Farhan mengerling jam di tangan kirinya. Sudah pukul lima petang. Jam hantaran Adelia Qaisara kepadanya sewaktu hari perkahwinan mereka melekat di pergelangan tangan kirinya.

“Yeke? Mak tanya? Or Adelia rindukan Abang?” usiknya.

“Taklah. Mak nak ajak pergi rumah Mama. Kan awak cakap nak dinner dengan parents awak?”

Adam Farhan menepuk dahi.

“Sampai hati kan, tak rindukan Abang? Sorry. Lupa betullah. Abang terserempak dengan kawan Abang dari Sabah. I’ll be home in half an hour. Wait for me,” ujarnya. Talian dimatikan.

“Siapa?” tanya Saiful setelah Adam Farhan kembali duduk di kerusinya kembali.

Adam Farhan senyum tanpa kata. Dia menyedut air dengan straw. Cincin di jari manis Adam Farhan menarik perhatian Diana. Yang paling penting, inai di tiga jarinya di kedua-dua belah tangannya jelas kelihatan melebihi separuh kukunya.

“Saiful, Diana, I’ve to go. Got an important event tonight,” Adam Farhan meminta diri. Sempat dia menepuk bahu Saiful.

“Saiful.. Han dah kahwin ke?” tanya Diana setelah Adam Farhan melangkah keluar dari restoran itu.

Saiful tersenyum.

“It is that obvious?”

“Hmm.. I think so. Inai dekat jari dia pun belum habis lagi. Ada cincin pulak tu. Dia dah kahwin, kan?” tanya Diana lagi.

“Yup. Dia dah kahwin. Dengan anak kawan baik papa dia. Dia jumpa isteri dia masa dia ikut family dia pergi ke rumah kebajikan yang family wife dia bina. Sejak hari tu, dia dah berkenan dengan wife dia tu. Tu yang dia tak nak tunggu lama-lama. Disuruhnya Dato’ Hisyam dengan Datin Hafizah hantar rombongan.”
Diana mengangguk. Begitu rupanya. Patutlah Adam Farhan tidak banyak bercakap dengannya. Rupanya sudah ada isteri di rumah yang menunggu kepulangannya. Diana mengeluh.

1 comment:

Yusnida Tajudin said...

Wah.. bagus garapan Leeya ni.. nanti k.yus nak lepak lelama sikit kat sini.. boleh layan semua yg ada .. gud job dear.. mmg best!