Finally! Siap jugak first chapter Cinta 8 Tingkat ni! Urghhh! HAHA. Anyway.. this is for you guys. Macam biasa.. for DL, intro DL biasanya tak funny neither funky. Sebab DL sengaja jadikan premiere as the pengenalan. Sorry if you guys tak suka ;( Also, DL tukar nama Dania Keisha to Keisha Hanna. Before anda semua scroll ke bawah untuk baca, read this synopsis dulu! :)
Keisha Hanna.. hidupnya terasing, namun tidak pula dia mencari jalan keluar daripada keasingan itu. Dibiarkan dirinya terkurung di dalam sangkar emas ciptaannya sendiri. Saban hari, tugasnya sebagai seorang penulis serta pengarang langsung tidak membosankan. Adanya Izz Rayyan di depan mata membuatkan dia semakin bersemangat. Dia tidak pernah jemu memerhatikan lelaki itu.
Wan Muhammad Hazrill.. si jiran yang sering menggelarkan Keisha Hanna sebagai Rapunzel. Biarpun dia jarang mendapat balasan daripada Rapunzel, dia tetap ingin menjadi putera yang bakal menyelamatkan Rapunzel daripada menara yang memisahkan sang puteri dengan dunia luar. Wan Hazrill dan teman-teman serumahnya Ammar Firdaus, Aizul Adami dan juga Syahmi sentiasa mencuba untuk mewarnai kehidupan Keisha Hanna biarpun seringkali mereka tidak diendahkan.
Kehadiran Faliq Izham, Harith Hakim dan juga Amirul Zaffuan benar-benar menggugat kedudukan Wan Hazrill serta teman-temannya. Apatah lagi apabila tiga sahabat itu tinggal di sebelah kiri rumah yang diduduki Keisha Hanna. Rasa cemburu apabila jiran baru itu sering sahaja mencuri perhatian Keisha Hanna membuatkan Wan Hazrill dan rakan-rakannya sering bertikam lidah dengan mereka bertiga. Dan Keisha Hanna pula yang tersepit di tengah-tengah.
Ibarat teh dengan kopi, kedua-dua rumah itu sering membaling bom ke arah masing-masing demi satu harapan, mendapatkan sekotak krim yang bakal menyempurnakan rasa secawan teh dan kopi. Hanya seorang pemenang sahaja yang akan mendapatkan krim itu.. hanya seorang..
So, how? Please anticipate in this brand new story from me. Haha. Hope you'll like it! :) Enjoy your reading!
BAB 1
‘ADA
kalanya kesepian yang mampu mengajar kita untuk lebih menghargai sesuatu.
Namun, kesepian juga yang memisahkan seseorang itu dengan dunia. Tanpa
mengetahui apa akhirnya, aku memilih untuk hidup dalam kesepian. Kesepian tidak
mungkin mengkhianati seseorang.’ – K.
Komputer ribanya ditutup setelah luahan hatinya sudah disimpan di dalam
folder rahsianya. Permukaan komputer riba itu digosok dengan jemarinya yang
halus. Matanya melekat pada komputer riba yang sudah lama berkhidmat untuknya.
Sejak zaman dia di universiti lagi dia sudah memiliki komputer itu. Itulah
harta yang sangat disayanginya.
Keisha bangun dari duduknya sebelum meletakkan komputer ribanya ke meja.
Dia berpeluk tubuh sambil berjalan mendekati beranda. Bola matanya bergerak-gerak,
melihat ke arah langit biru yang dihiasi kepulan awan yang memutih.
Keisha Hanna.. hidupnya hanya di dalam sebuah apartment itu sahaja. Tiada
rakan untuk diajak berbual, tiada keluarga menjadi tempat mengadu mahupun
tempat meluahkan perasaan. Dia hidup sendiri di dunia ini. Dia lebih selesa
begitu. Rasanya hidup terasing begini lebih selamat dan yang paling penting,
dia tidak mengganggu sesiapa pun. Hidupnya adalah untuk dirinya.
Keisha bergerak ke belakang sedikit apabila terasa kakinya seolah-olah
digeletek sesuatu. Dia tersenyum apabila Snowball kesayangan sedang
menggesel-gesel tubuhnya ke kaki Keisha. Keisha membongkok sebelum mengangkat
Snowball ke dalam dakapannya.
“Snow lapar ke?” soalnya apabila kucingnya itu mula mengiau.
Keisha ketawa kecil apabila Snowball menghidu-hidu baju yang dipakainya.
Segera dia berjalan masuk ke dalam rumah dan meletakkan Snowball ke lantai.
Kemudian, makanan Snowball dituang ke dalam bekas makanan Snowball. Sempat bulu
gebu Snowball diusap perlahan.
“Makan banyak-banyak, tahu?”
Keisha kembali ke beranda. Anak matanya berhenti pada sesusuk tubuh yang
berada di apartment bertentangan dengan miliknya. Lelaki itu sentiasa kemas
dengan kemeja yang dilipat sehingga ke paras siku. Itulah satu-satunya manusia
yang dia ingin kenali, Izz Rayyan. Namun dia sedar, impiannya itu tidak ubah
seperti pungguk rindukan bulan. Dia tidak akan mampu mendekati Izz Rayyan tidak
kira betapa dia ingin mengenali lelaki itu.
Dua tahun. Dua tahun adalah tempoh yang lama bagi Keisha. Dua tahun itu
adalah tempoh dia sudah mengenali Izz Rayyan. Selepas terpandangkan Izz Rayyan
yang tinggal berhadapan dengan rumahnya, Keisha sudah jatuh hati. Tanpa diduga,
Izz adalah doktor haiwan tempat dia selalu menghantar Snowball untuk
mendapatkan vaccination. Dan sejak itu, dia sering memerhatikan Izz Rayyan.
Tetapi dia tahu Izz Rayyan langsung tidak mengenalinya. Walaupun begitu, bagi
Keisha, ini semua merupakan satu kebetulan yang sungguh indah.
Bunyi deringan telefon bimbitnya mematikan lamunan Keisha. Dia masuk ke
dalam rumah untuk mendapatkan telefonnya. Memandangkan Izz Rayyan sudah keluar
ke beranda, Keisha berdiri di tepi tingkap sambil mencuri-curi pandang ke arah
Izz Rayyan. Dia memerhatikan Izz Rayyan dari sebalik langsir.
“Waalaikumussalam. Ya, Nek.”
“Keisha dah lama tak datang rumah Nenek. Keisha tak sihat ke?” soal
seseorang di hujung talian.
Keisha menggaru kepala. Alasan apa lagi yang ingin diberi kepada Dato’
Maryam? Sudah banyak kali dia menolak untuk berjumpa dengan keluarga Dato’
Maryam. Tumpuan Keisha masih lagi terarah pada Izz Rayyan yang sedang berdiri
bercekak pinggang. Kacaknya dia.
“Keisha sihat, Nek. Cuma.. Keisha busy. Err.. Keisha kena siapkan buku
Keisha dulu, Nek. Company dah tanya dah tu. Sebab dah lama Keisha tak publish
apa-apa buku,” balas Keisha, cuba menghindar daripada keluar rumah. Sebenarnya
memang benar syarikat penerbitannya sudah bertanya akan karya terbarunya.
“Oh.. Nenek ingat ada apa-apa jadi pada Keisha tadi. Kalau Keisha ada masa,
datanglah ke rumah Nenek. Dah lama sangat Keisha tak datang sini. Auntie Lina,
Auntie Ima, Sufyan, Uncle Norman semua tanyakan Keisha. Kalau Keisha tak datang
sini lepas buku Keisha siap, Nenek yang datang sana,” ujar Dato’ Maryam.
Keisha menggaru-garu kepalanya.
“Okey, Nek. Kalau Keisha dah siapkan buku tu, Keisha janji Keisha datang
sana,” putus Keisha.
“Keisha jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa, cepat-cepat call Nenek,
ya?”
“Baik, Nek,” balas Keisha.
Talian sudah dimatikan. Itulah Dato’ Mariam. Seseorang yang sudah
menganggapnya sebagai cucu sendiri biarpun tiada talian darah di antara mereka.
Budi baik Dato’ Mariam sungguh dia tidak akan lupakan sepanjang hayatnya.
Keisha keluar ke beranda apabila menyedari Izz Rayyan sudah tiada. Keluhan
dilepaskan apabila menyedari Izz Rayyan sudah kembali ke klinik. Ya, lampu
rumahnya akan dipadamkan setiap kali dia tiada di rumah. Keisha kembali
merenung langit. Alangkah indahnya cuaca hari ini, getusnya sendirian.
IZZ RAYYAN menolak daun pintu apabila menyedari dia terlupa membawa kunci
keretanya. Salahnya juga apabila meninggalkan kunci itu di atas mejanya tadi.
Setelah mendapatkan kuncinya, Izz Rayyan segera berpaling.
Baru sahaja beberapa langkah diatur, dia menoleh. Anak matanya menyorot
bayangan seorang gadis yang sedang berdiri di beranda, di sebuah rumah yang
betul-betul menghadap rumahnya.
Gadis itu sibuk dengan pokok-pokok bunganya. Daun-daun pokok ditilik
sebelum air disiram ke permukaan tanah dalam pasu.
Izz Rayyan tersenyum sendiri. Tidak disangka ada juga sekuntum bunga yang
mekar berdekatan dengan rumahnya. Tanpa disedari, dia kaku di hadapan kaca
tingkap rumahnya.
KEISHA masuk ke dalam rumah sebelum duduk kembali di meja kerjanya.
Hidupnya adalah untuk kerja, kerja dan kerja. Workaholic? Mungkin juga. Dia
lebih senang begitu. Dengan hanya duduk di rumah dan menaip, itu sudah lebih
daripada memadai bagi Keisha. Dia tidak suka berada di luar rumah. Duduk di
dalam rumahnya sekarang ini lebih seronok baginya. Dia tidak perlu memikirkan
apa-apa mahupun sesiapa.
Tiga helai kertas diambil dari printer. Jurnal yang baru sahaja
disiapkannya. Maldives. Sebuah pulau yang terletak di Lautan Hindi. Pulau yang
dia langsung tidak pernah sampai, namun dia mampu menyiapkan jurnal berkaitan
dengan pulau itu. Tempat-tempat untuk dikunjungi ketika berada di sana juga
turut disertakan. Dek kerana keinginannya yang ingin melancong terlalu kuat,
dia mengambil tahu akan tempat tempat yang ingin dikunjunginya. Namun,
apartment yang didudukinya sekarang ini seolah-olah penjara yang menjarakkan
dia dengan dunia luar. Penjara yang diciptanya sendiri.
Andai saja suatu hari nanti dia mampu menyentuh sendiri pasir pantai di
pulau itu mahupun merasai oksigen di situ. Keisha tersenyum. Mana mungkin dia
akan sampai ke sana. Dirinya ibarat burung yang terkurung di dalam sangkar.
Tidak tahu ke mana dia harus terbang, mencari jalan keluar daripada sangkar
itu.
Jurnal tentang Pulau Maldives itu dimasukkan ke dalam sampul surat bersaiz
A3. Sebatang pen dicapai. Setelah dia selesai menulis alamat sampul surat itu
untuk dihantar, dia bersiap-siap ingin ke pejabat pos.
Keisha bukan sahaja penulis novel, malah dia juga seorang editor dan turut
menulis artikel-artikel untuk media cetak tempatan. Sekiranya dia hanya menulis
novel tanpa melakukan kerja-kerja lain, bagaimana dia ingin meneruskan hidup? Jadi,
dia memilih untuk menerima tawaran menjadi pengarang oleh syarikat-syarikat
penerbitan. Maka, bayaran yang diterimanya saban bulan lebih daripada cukup
untuk menampung perbelanjaan bulanannya.
Keisha mencapai sampul surat sebelum megambil kunci rumahnya.
No comments:
Post a Comment