BAB 20
“LEPASKAN aku!” jerit Zara apabila tubuhnya ditarik
dua orang lelaki ke tepi jalan.
Kedua-dua lelaki yang bertopeng itu hanya ketawa
berdekah-dekah. Seorang berbadan gempal manakala seorang lagi berbadan sasa.
“Jeritlah lagi! Takkan ada yang dengar!” ujar lelaki
yang berbadan gempal itu.
Ya, dia benar. Pada waktu pagi begini, tidak ramai
orang melalui kawasan ini. Selama ini, Zara menggunakan jalan pintas ini namun
tidak pernah diganggu sesiapa. Zara meronta-ronta ingin melepaskan diri
daripada pegangan kejap dua lelaki tersebut.
Lelaki yang berbadan sasa itu mendekatkan wajahnya
pada Zara sebelum jarinya yang kasar mengelus-ngelus pipi Zara.
“Kau cantik. Betul kata boss aku. Patutlah ramai
orang nak,” ujarnya sambil jari-jemarinya menari di pipi Zara.
Zara menjerit sekali lagi sebelum tubuhnya ditolak
ke tanah. Dia dapat merasakan tubuhnya sedikit sengal apabila belakang badannya
mendarat di permukaan tanah yang tidak rata. Lopak-lopak air di tanah membuatkan
baju putih yang dipakainya basah lencun dan kotor.
“Lepaskan aku! Lepaskan!” jerit Zara sekali lagi.
Air matanya mengalir jua. Rasa takut mula menguasai diri.
Jeritan Zara yang kuat membuatkan lelaki yang
bertubuh sasa itu menekup mulut Zara dengan tangan kirinya.
“Diam!” marahnya.
Lelaki yang berbadan gempal itu pula mengeluarkan
sebilah pisau lipat dari kocek seluarnya. Rakannya melepaskan tangannya
daripada terus menekup mulut Zara. Dia berdiri dengan Zara berada di antara
kedua-dua belah kakinya. Baru sahaja dia ingin membuka tali pinggangnya, Zara
terlebih dahulu menendang bahagian alat sulit lelaki itu. Dia sudah tidak punya
cara lain. Hanya itu sahaja caranya untuk dia melepaskan diri.
“Hoi!” jerit rakan lelaki itu apabila Zara sudah bangun
dari tempat dia ditolak sebelum membuka langkah seribu.
“Kau berdiri dekat sini buat apa? Kejarlah!” jerit
lelaki yang berbadan sasa tersebut, menahan sakit.
Rakannya yang gempal itu mula mengejar Zara. Zara
berlari sepantas mungkin untuk keluar daripada semak itu. Keluar sahaja Zara
dari semak itu, dia segera berlari sepantas mungkin.
“Tolong!” jeritnya dengan air mata yang berlinangan.
Zara berhenti apabila lelaki yang berbadan sasa tadi
sudah berada di hadapannya. Zara mengundur sebelum tubuhnya melanggar rakan
kepada penjenayah tersebut. Zara kaku apabila tangannya seolah-olah ditoreh
sesuatu. Darah merah yang pekat mengalir daripda lengannya. Bau darah
membuatkan Zara mula berasa pening.
“Larilah lagi! Lari!” jerit lelaki gempal itu
sebelum sekali lagi tubuh Zara ditolak.
“Tolong lepaskan saya,” rayu Zara.
Kawasan yang biasanya ramai orang itu begitu sunyi
sepi. Selalunya ramai orang yang lalu-lalang di situ.
“Sayanglah kalau kami lepaskan kau. Kau cantik.
Rugilah kalau tak dapat ‘makan’.”
Kedua-dua mereka datang mendekati Zara. Zara
mengesot ke belakang.
“Tolong! Tolong! Tolong!”
“Zara? Zara! Kenapa ni?”
Zara membuka mata sebelum dapat menangkap bayang
wajah Rasya berada di hadapannya.
“Akak!” jerit Zara sebelum mendakap tubuh kakaknya.
Rasya dapat merasakan Zara menggigil. Peluh sudah
pun merenik di dahi adiknya.
“Kenapa ni?” soal Rasya apabila pelukan sudah
dileraikan.
Zara menggeleng laju.
“Nightmare,” balasnya pendek.
Rasya mengerut dahi.
“Itulah. Next time baca doa sebelum tidur,” ujar
Rasya sebelum bergerak semula ke work stationnya yang berada di salah satu bucu
bilik tidur mereka.
Zara memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang.
Lengan baju diselak ke paras siku. Garisan sepanjang lebih kurang lapan
sentimeter ditenung sebelum disentuh dengan hujung jari. Setitis air mata jatuh
membasahi pipinya.
Lengan bajunya segera diturunkan sebelum dia
bergerak ke bilik air. Dia ingin mengambil wudhu’ dan menunaikan solat sunat
tahajjud. Semoga hatinya tenang semula.
PAGI itu, selesai bersarapan, Zara duduk di taman
mini rumahnya. Fikiran menerawang jauh ke mana. Mengapa mimpi ngeri itu kembali
menerjah? Di saat dia sudah mula melupakan semua itu. Mengapa?
Parut yang berada di lengannya ditenung. Andai dia
mampu membuang parut itu, akankah mimpi ngeri itu hilang serta-merta? Rasa
marah menguasai hatinya. Tapak tangan kirinya menggosok parut itu sekuat
mungkin, seolah-olah dia cuba memadamkannya. Namun dia tahu semua itu tidak
mampu terjadi, melainkan dia melakukan pembedahan. Tetapi.. dia tidak mahu
melakukan apa-apa pembedahan. Dia ingin bayangan itu berlalu dengan sendirinya,
apabila tiba masanya.
Selama ini, langsung tiada siapa yang mengetahui
akan hal itu. Termasuklah keluarganya. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu
mengenainya. Cuma.. ada seseorang sahaja yang mengetahuinya. Zara merenung
permukaan meja yang diperbuat daripada marmar itu. Sihatkah dia?
IMRAN berjalan menuruni anak tangga sebelum duduk di
ruang tamu. Kelihatan ibu bapanya serta Julia berada di luar, sibuk
berbual-bual. Imran menyandarkan kepalanya ke sofa sebelum menekan butan ‘on’
pada badan alat kawalan jauh televisyen. Dia meraup wajah sambil melihat ke
arah jam yang berada di dinding. Jam sebelas setengah pagi. Semalam dia hanya
sampai di rumah dalam jam lima setengah. Setelah menunaikan solat Subuh,
barulah dia dapat melelapkan mata.
Tiada langsung siaran yang menarik minatnya. Dia
menggeliat sebelum merebahkan tubuhnya, berbaring di sofa itu. Hari ini dia
harus datang ke hospital jam sembilan malam nanti. Mujurlah ramai lagi
doktor-doktor yang akan datang. Memandangkan pekerja di bahagian ortopedik
tidak seramai pekerja di bahagian kanser, shif kerja mereka tidak tetap. Namun, dia sukakan kerjanya sebagai salah
seorang doktor pakar dan bedah ortopedik. Dia belum pernah merungut apabila dia
terpaksa berada di hospital dalam jangka masa yang lain.
“Im?”
Imran mengurut dada. Terkejut apabila namanya
dipanggil.
“Terkejut Im, Mama. Bila masa Mama masuk ni?”
soalnya sebelum duduk seperti tadi.
“Baru je kejap ni. Im bukak TV, tapi TV yang tengok
Im,” balas Datin Marlia.
Imran tersengih.
“Im masuk kerja pukul berapa?”
“Pukul sepuluh, Ma. Balik tak tahu lagi pukul
berapa. Takut tak ada orang nak buat round up,” balasnya.
Sebagai seorang bekas pakar bedah neurologi, Datin
Marlia benar-benar memahami akan tugas Imran. Dia dan juga suaminya, Dato’ Musa
sama-sama pakar bedah neurologi. Dan kerjaya itulah yang menemukan mereka
berdua. Menjadi seorang doktor, Imran harus bersedia dengan emergency call
daripada hospital. Jika dia harus datang pada seawal jam dua atau tiga pagi,
dia harus berada di sana. Ramai pesakit yang bertarung nyawa hanya untuk
meneruskan kehidupan. Rasa mengantuk dan penat tidak setanding dengan kesakitan
yang dihadapi pesakit.
“Tak apalah. Sekarang pun Mama tengok Im dah boleh
coupe sikit-sikit dengan kerja Im. Sibuk macam mana pun, Im kena jaga solat,”
pesan Datin Marlia.
Imran mengangguk sambil tersenyum kecil.
“Mama nak masak dulu,” ujar Datin Marlia sebelum
bangun dan bergerak ke dapur.
Imran berbaring semula. iPad di atas meja kopi
dicapai sebelum dia meneroka seluruh sudut yang berada di dalamnya.
RYAN termenung di dalam keretanya. Sudah lebih
setengah jam dia duduk di dalam keretanya sambil termenung. Kanak-kanak sedang
sibuk bermain papan gelongsor, buaian dan bermacam lagi permainan yang berada
di taman itu.
Zara.. membayangkan sahaja wajah si pemilik nama
Zara Sofea itu, ada senyuman yang menghiasi bibirnya. Walaupun cara pemakaian
Zara berubah seratus peratus, namun Zara tetap Zara yang dulu. Dingin dan sejuk
seperti ketulan ais di Antartika. Duduk berdekatan dengannya sahaja sudah
terasa aura dingin itu.
Ryan membuka pintu kereta sebelum berjalan ke arah
taman permainan yang berada di seberang jalan. Kelihatan ada tiga orang cikgu
perempuan di tadika itu sedang asyik melayan kanak-kanak. Ryan datang
mendekati.
“Oh, Encik Ryan! Baru sampai?” soal salah seorang
daripada guru tadika yang bertudung hijau.
Ryan tersenyum.
“Baru je sampai. Hakim belum balik lagi, kan?” soal
Ryan sambil memanjangkan leher mencari kelibat anak kecil yang bernama Luqman
Hakim itu.
“Sekejap, ya. Saya cari,” ujar wanita itu.
Ryan hanya berdiri sambil bercekak pinggang.
Kelihatan kanak-kanak di situ sedang ketawa ceria sambil bermain bermacam jenis
permainan. Beginilah keadaan Tadika Ihsan apabila petang menjelma. Kanak-kanak
di tadika itu akan dibawa keluar dari tadika dan bermain di taman permainan
sementara menunggu ibu bapa pulang dari kerja untuk mengambil anak-anak mereka.
Senyum Ryan mekar apabila kelihatan seorang
kanak-kanak berkulit putih kemerahan berlari-lari mendapatkannya. Beg yang
dipegang gurunya bertukar tangan.
“Akim balik dulu, cikgu!” ujar kanak-kanak itu riang
dalam pelatnya sambil bersalam dan mencium tangan gurunya.
“Saya balik dulu, cikgu,” ujar Ryan meminta diri.
Wanita itu hanya tersenyum sambil menganggukkan
kepalanya.
Ryan berjalan sambil memimpin tangan Hakim. Hakim
berjalan dengan gembiranya sambil melompat-lompat kecil. Gembira apabila Ryan
yang menjemputnya pulang dari tadika.
“Jangan lompat, Hakim. Jatuh nanti,” ujar Ryan
apabila beberapa kali Hakim menyepak batu-batu di kakinya. Bimbang pula si
comel terjatuh.
Hakim melepaskan pegangannya sambil meluruskan
kedua-dua belah tangannya kepada Ryan. Ketawa Ryan meletus melihat tingkah laku
Hakim. Pipi Hakim dicubit perlahan.
“Oh.. anak Papa nak Papa dukung, eh?” soal Ryan.
Hakim mengangguk laju.
Sekali lagi tawa Ryan pecah. Dengan berhati-hati,
tubuh kecil Hakim diangkat.
“Papa, jalan macam ultraman! Nak naik ultraman!”
ujar Hakim teruja.
“Takkanlah Papa nak buat dekat sini. Malulah Papa.”
Hakim sudah menarik muncung itik. Ryan ketawa besar
sebelum meluruskan tangan kanannya ke hadapan sambil berlari mendekati kereta.
Hakim ketawa suka apabila dapat menaiki ‘ultraman’ yang dimahukan. Segan pula
Ryan apabila kelihatan dua orang gadis yang berada di dalam tadika sedang
ketawa melihatnya. Demi anaknya yang seorang itu, dia sanggup melakukan apa
sahaja! Asalkan anaknya gembira.
Adakalanya sukar menjadi seorang bapa bagi Ryan. Dia
harus menguruskan keperluan anaknya sebelum ke tempat kerja. Mujurlah dia
tinggal bersama keluarga. Ringanlah sedikit bebannya. Namun, ada kelebihannya
menjadi seorang bapa di usia muda begini. Lebih senang untuk dia meluangkan
masa dengan Hakim memandangkan dia juga masih muda. Dia boleh bermain dan
bergurau dengan Hakim. Anaknya itu baru sahaja berusia empat tahun, namun Hakim
sungguh bijak.
Akhirnya, BMW X8nya mula bergerak meninggalkan
kawasan tadika dengan Hakim yang asyik bergerak ke tempat duduk depan dan
belakang.
“BAIK Zara kerja dengan Uncle Zain. Bukannya apa.
Since Uncle Zain tu uncle kita, lagi senang Zara nak dapat cuti. Tengoklah last
year. Zara cuti dua hari je,” ujar Rasya, memberikan pendapatnya.
Zara menggaru kepala yang tidak gatal.
“Takkanlah Zara nak berhenti? Zara baru kerja dua tahun.
Nak jugak cari pengalaman,” balas Zara.
“Betullah cakap Sya tu, Zara. Cubalah dulu. Who knows
lagi best kerja dengan Uncle Zain?” sampuk Durrani.
Berat hati rasanya untuk Zara meninggalkan Electro Holdings.
Rasanya seperti baru semalam dia menjejakkan kaki di syarikat itu.
“Biar Zara fikir dulu, ya?” putus Zara.
Memang hatinya berbelah bahagi saat ini. Dia ingin meneruskan
kerjayanya di Electro Holdings, namun mungkin lebih senang untuk dia bekerja dengan
Uncle Zain. Uncle Zain kenal keluarganya dengan rapat memandangkan dia merupakan
abang kepada bapa mereka.
“Dah, dah. Sekarang jom makan dulu,” ajak Encik Jamaluddin
apabila anak-anak gadisnya sudah selesai menghidang makan malam untuk mereka sekeluarga.
Masa tengah taip pasal Dania Marissa, DL bayang dak comel ni Icha. Heheh. Nama dia Yoon Da Young, featuring dalam MBLAQ Hello Baby, 2012. Comel, kan? Mixed. Korean - Vietnamese :D
And automatically Leo Recipon DL bayangkan as Luqman Hakim. Haha. Just, poof! Terus bayangkan. Leo pun dari MBLAQ Hello Baby. Best sangat! :) French - Korean :D
Nota tapak kaki beruang DL - Ta-dahhh! HAHA. So, ini chapter last HCT dekat blog ni. Doakan DL dapat teruskan cerita ni dalam bentuk cetakan. DL tak nak jadi spoiler. Just.. chapter ni banyak buat orang tertanya-tanya. Apa jadi kat Zara sebenarnya? Siapa Luqman Hakim? Agak-agak, Zara nak kerja tak dengan Uncle Zain? Kahwin ke Zarif dengan Aqilah? Ending HCT, Zara dengan siapa? Untuk tahu semua tu, DL akan buat yang terbaik so that HCT ni akan ada sebaris dengan novel novel lain dekat rak buku, in every book stores. InsyaAllah. DL akan share sikit sikit teaser aa akan jadi pada Zara, Imran, Zarif, Aqilah and Ryan pada anda semua from time to time. InsyaAllah. I'm waiting for yo comments, everyone!
1 comment:
Best sangat hct ni,, harap saya takkan tertinggal utk mendpt membaca yg seterusnya... Dpt kiranya beritahu bila akan dikeluarkan...
Post a Comment