Nota kaki beruang DL - ini dia Semua Untukmu! For your information, Emir memang sangat poyo. Haha. Kalau tak poyo, cam bosan pulak cerita ni. So, enjoy! :D
BAB
2
EMIR
melangkah keluar daripada Bentley Continental GTC hitamnya. Pintu kereta
kesayangan ditutup perlahan. Entah mengapa, langkahnya terasa berat pula hari
ini, tidak seperti selalunya. Lemah benar rasanya apabila mendengar perkataan
‘kerja’. Bagasi hitam diambil dari tempat duduk belakang. Tiga bulan dia akan
berada di BaySide Chalet. Semoga hati ini sabar, doa Emir dalam hati.
Bagasinya
ditarik perlahan, seiring dengan langkahnya. Memandangkan dia akan mendalami
selok-belok perniagaan berasaskan pelancongan milik keluarganya ini, dia telah
diarahkan untuk menetap di chalet itu selama tiga bulan. Pada mulanya tiga
bulan itu bagaikan tiga tahun pada fikiran Emir. Tetapi apabila difikir-fikir
semula, tiga bulan hanya sekejap sahaja. Tanpa berfikir panjang, diterima juga
arahan bapanya itu.
Tiba
sahaja di hadapan sebuah bangunan setingkat yang menyerupai gazebo bersaiz
besar, terus dihalakan kakinya ke arah gazebo itu. Gazebo yang menempatkan
bahagian menyambut tetamu. Beberapa orang pekerja lelaki yang lengkap berkemeja
putih dan seluar hitam nampaknya sedang sibuk berbual dengan tiga orang pekerja
perempuan yang sedang menjaga kaunter. Ulat bulu dah naik daun!
Kehadirannya
bagaikan tidak disedari oleh mereka. Mereka hanya sibuk berbual dan asyik
bergelak ketawa sahaja. Dalam hati, Emir mula mengutuk akan tindakan
pekerja-pekerja bapanya. Mungkin begini agaknya keadaan chalet yang jauh dari
pandangan Datuk Jamaluddin dan Irman. Pantang benar Emir melihat
pekerja-pekerjanya bersikap sambil lewa seperti ini. Mereka memang perlu
diajar!
“Ehem!”
Emir berdehem cuba mencuri perhatian para pekerjanya.
Pekerja
yang berenam itu menoleh ke arah Emir tanpa perasaan. Beberapa saat kemudian,
mereka menyambung semula perbualan yang tergendala sebentar tadi.
Emir
mengerut dahi melihat tindakan mereka semua. Beginikah keadaannya apabila
pelanggan datang untuk menginap di sini? Mereka tidak menghiraukan pelanggan
nampaknya. Kalau terus macam ni, lingkuplah business bapak aku, marah Emir
dalam hati.
“Hello!
Ada orang tak?”
Sekali
lagi, Emir mencuba. Kali ini, nada suaranya agak tinggi. Kaca mata hitam yang
dipakainya dibetulkan letaknya.
“Ya?”
Mendengar
sahaja suara pengurus mereka, pekerja-pekerja yang sedang berbual tadi segera
berdiri tegak, berpura-pura sedang bekerja.
Melihatkan
keadaan itu, bibir Emir mula mengukir senyum sinis.
“Ya,
Encik? Apa yang boleh saya bantu?”
Seorang
lelaki memakai tanda nama Nazhan datang mendekati Emir yang sedang berdiri
bercekak pinggang.
Emir melangkah ke arah kaunter tanpa menjawab soalan yang diajukan oleh Nazhan kepadanya. Jari telunjuk kanannya diangkat di hadapan muka seorang pekerja lelaki yang bertanda nama Ahmad.
“Saya
nak awak pecat mereka semua,” ujar Emir bongkak. Satu demi satu wajah
ditunjuknya menggunakan jari telunjuknya. Satu demi satu wajah apabila dia
menyebut satu demi satu perkataan.
Keenam-enam
pekerja itu nyata terkejut. Begitu juga Nazhan. Siapa yang berani memberi
arahan sebegini?
“Encik,
kenapa pulak nak pecat kami?” soal Syazana, tidak puas hati.
Emir
tersenyum sinis. Kelakar betul budak-budak ni! Diaorang belum kenal siapa aku.
“Ya,
Encik. Kenapa saya kena pecat mereka, ya?” tanya Nazhan pula. Dia perlu
berhati-hati dengan pelanggan seperti ini. Siapa dia untuk memecat
pekerja-pekerjanya? Dia juga tahu mereka datang bekerja kerana ingin mencari
rezeki.
“Awak
tahu berapa lama saya dah berdiri dekat sini? Pekerja-pekerja chalet ni memang
macam ni, ya? Apa agaknya akan jadi kalau Datuk Jamaluddin tahu pekerja-pekerja
dekat sini pemalas?”
Nazhan
merenung muka pekerja bawahannya satu demi satu. Nampaknya memang mereka yang
salah. Apabila mereka melakukan kesalahan, masing-masing tunduk merenung
lantai.
“Saya
mintak maaf bagi pihak anak-anak buah saya,” pohon Nazhan setelah beberapa saat
berlalu.
Terkejut mereka semua apabila mendengar Nazhan meminta maaf kepada lelaki yang berada di hadapan mereka sekarang ni. Sombong!
“Lain
kali, ajar diaorang betul-betul. Jangan lepas tangan. Awak ingat ada ke dalam
dunia ni orang bukak business sebab nak hancur? Tak ada, kan? Jadi, cari
pekerja-pekerja yang berkualiti, yang boleh hormat pelanggan. Customers are
always right, and of course your customer is your king. And one more thing,
saya tak suka kalau ada orang mintak maaf pada saya kalau bukan salah dia,”
kata Emir panjang lebar.
Memang
patut dia berkata begitu. Kalau tidak, sampai bila-bilalah pekerja-pekerja
BaySide Chalet ini tidak akan menghormati pelanggan.
Nazhan
menelan air liur. Belum pernah ada pelanggan sesinis lelaki yang sedang berdiri
tidak jauh daripadanya. Nampak gaya macam angkuh sahaja. Tiada langsung senyum
yang terukir di bibirnya, melainkan senyum sinis. Dasar anak orang kaya yang sombong!
“Baik,
Encik. Err.. apa kata Encik pilih bilik dulu?” ujar Nazhan, cuba menukar topik
perbualan.
Emir
mencapai sebuah buku yang terletak elok di meja kaunter itu. Kaca mata hitamnya
ditanggalkan lalu disangkut pada kolar kemeja yang dipakainya. Satu demi satu
helaian diselak, mencari bilik yang sesuai.
Syazana,
Elly dan juga Maisarah ternganga melihat wajah kacak yang terselindung di balik
kaca mata hitam itu. Matanya redup dan benar-benar menggoda hati mereka. Ulas
bibirnya merah, alisnya lebat manakala bentuk wajahnya agak bersegi. Kacak
sungguh lelaki yang berada di hadapan mereka ini!
Tiba-tiba sahaja tawa Emir meledak. Terkejut mereka dibuatnya. Gila ke apa mamat ni?
“Keli?
Kaloi? Sepat? Pari? Tak ada nama lain ke?”
Emir
memegang perutnya yang sudah terasa sakit akibat terlalu banyak ketawa. Tak
komersial langsung nama!
“Macam
mana bilik Pari ni? Macam ikan pari tak?” soal Emir, masih lagi ketawa.
“Err..
bilik biasa je. Bilik besar. Satu bangunan, tapi ada lima buah bilik. Kalau nak
yang selesa, ada privacy, Keli dah okey dah. Keli tu chalet besar. Terpulang
pada Encik nak bilik mana,” sahut Nazhan. Sebenarnya dia juga ingin ketawa
mendengar soalan lelaki itu. Tetapi ditahan juga tawanya daripada meledak.
Sekeping
brochure dihulurkan kepada Emir. Emir mengesat air yang membasahi matanya.
Brochure itu dibukanya. Chalet yang dinamakan sebagai Keli itu cantik dan
menghadap laut. Dia memang sukakan laut, jadi rasanya Keli itu sesuai. Hiasan
dalamannya juga cantik dan nampak selesa.
“Saya
nak yang ini. Saya tak boleh nak sebut,” ujar Emir sambil jari telunjuknya
mengetuk-ngetuk brochure untuk Keli Room.
Pekerja-pekerja
itu mengangguk sebelum memeriksa mana satu bilik Keli yang masih kosong.
“AWAK
tolong pasangkan cadar dekat bilik tu boleh tak? Saya dah call budak-budak
saya, masing-masing busy. Saya memang tak boleh tinggalkan bilik ni.”
Athirah
menggaru kepalanya.
“Macam
mana ni, Encik Khalish? Saya kena tunggu Cik Mardiana ni. Katanya dia ada kerja
nak suruh saya buat,” balas Athirah.
Rasa
bersalah pula apabila melihatkan Khalish yang nampak seperti ada masalah besar
itu. Tetapi dia sudah berjanji dengan Mardiana untuk menanda bilangan bilangan
cadar, sarung bantal, selimut dan juga tuala yang masih ada di dalam bilik
servis itu. Jika dia membantu Khalish, nanti pasti dia akan dimarahi oleh
Mardiana.
“Tak
apa, biar saya buat.”
Athirah
dan Khalish segera berpaling. Kelihatan Azzalea sedang berdiri di belakang
mereka. Bibirnya mengukir senyum manis.
“Eh,
tak apa. Saya cari budak-budak lain,” tahan Khalish apabila Azzalea ingin
mengambil keperluan yang perlu diletakkan ke dalam bilik seperti yang diminta
oleh Nazhan. Dia tidak mahu menyusahkan Azzalea.
“Tak
apa. Saya boleh buat. Saya memang pakar bab-bab nak pasang cadar ni,” ujar
Azzalea. Fabrik-fabrik putih dan kelabu itu segera bertukar tangan.
“I
owe you,” kata Khalish dalam senyuman.
Azzalea
hanya tersenyum kecil. Dia kemudiannya berlalu dan mencari bilik yang disebut
oleh Khalish sebentar tadi.
“PETANG
esok awak mintak semua workers berkumpul dekat dewan sayap barat.”
Nazhan
mengerut dahi.
“Datuk
tak beritahu ke saya nak ke sini? Tak cakap ke saya kena tinggal dekat sini,
pantau awak semua selama tiga bulan? Tak ada?” satu demi satu soalan ditanya
kepada pengurus yang mempunyai tinggi kurang dua inci daripadanya itu.
Datuk?
Pantau? Tiga bulan? Siapa pula lelaki ini? Bukankah dia hanya pelanggan biasa?
“Err..
tak ada. Encik ni siapa?” tanya Nazhan.
Emir
mengeluh. Nampak sangat tiada seorang pun pekerja yang mengenalinya, berbeza
dengan Irman. Kemana sahaja abangnya itu pergi, semua orang mengenalinya.
Nampaknya dia kena berusaha dengan lebih keras lagi.
Sampai
sahaja di hadapan sebuah chalet yang bersaiz agak besar, Emir dan Nazhan
berhenti.
“Saya
anak Datuk Jamaluddin, Emir Dani.”
Hampir
gugur jantung Nazhan apabila mendengar nama Datuk Jamaluddin disebut. Rasanya
tidak pernah pula Datuk Jamaluddin memaklumkan bahawa anaknya akan menginap di
chalet itu selama tiga bulan. Dia hanya mengenali Irman sahaja.
“Ayah
saya tu memang. Dia bukannya nak cerita fasal saya dekat awak semua.
Asyik-asyik Irman, asyik Irman. Saya ni lagi handsome daripada Irman tu, tahu?
Sabar jelah,” rungut Emir Dani. Cemburu benar dia dengan abangnya.
Emir
Dani naik dan memanjat anak tangga dan berhenti di depan pintu suite yang
dipilihnya. Dia kemudiannya memandang Nazhan.
“Apa
lagi? Bukaklah pintu. Awak nampak saya ada pegang kunci ke? Tak ada, kan? So?”
Nazhan
terkocoh-kocoh memijak anak tangga dan membukakan pintu untuk Emir Dani.
“Enjoy
your time while you’re here,” ujar Nazhan setelah bagasi Emir Dani diletakkan
di tepi pintu. Dia kemudiannya berlalu dan meninggalkkan Emir Dani yang sedang
asyik menilik ruang dalaman bilik itu.
AZZALEA
memanjat anak tangga satu-persatu. Pintu kediaman mewah itu diketuk. Sekali,
tiada jawapan. Dua kali, masih tiada jawapan. Setahu dia, suite ini sudah ada
tetamu. Jadi, dia perlu meminta kebenaran untuk masuk. Takkanlah dia mahu redah
tanpa meminta izin?
“Siapa
dekat dalam? Housekeeping!”
Sekali
lagi pintu diketuk. Tetapi kali ini ketukan itu lebih kuat, sama seperti
jeritannya. Masih lagi tiada jawapan.
“Tarik
nafas.. lepas.. fuh!”
Azzalea
memulas tombol pintu dan membolos masuk ke dalam suite yang diberi nama Keli
itu. Ada sebuah bagasi yang terletak di atas katil. Di sebelah pintu masuk ada
sepasang sneakers. Lelaki? Azzalea menelan air liur. Menyesal pula dia
menawarkan diri untuk membantu Khalish dan Athirah sebentar tadi.
Setelah
hampir seminit membatu, Azzalea membuat keputusan untuk meneruskan kerjanya.
Lagi cepat siap, lagi bagus. Segera selimut, cadar dan sarung bantal berwarna
kelabu diletakkan ke katil. Azzalea mengalihkan bantal-bantal yang berada di
atas katil sebelum meletakkan bantal-bantal itu ke sofa. Baru sahaja dia ingin
mengalihkan bagasi milik tetamu di bilik itu, telinganya menangkap bunyi pancuran
air dari dalam bilik air. Semoga dia tidak akan dihadapkan dengan pemandangan
yang tidak elok.
“Beratnya
beg dia! Letak batu ke apa?” rungut Azzalea apabila di gagal mengangkat bagasi
hitam itu.
Akhirnya
bagasi itu diseret perlahan. Apabila bagasi itu sudah mendekati bucu katil,
bagasi itu jatuh menghempas lantai. Azzalea ternganga. Isi perut bagasi itu
terburai di depan mata. Dia mula memarahi dirinya sendiri kerana terlalu cuai.
Dengan
berat hati, dia mencangkung di lantai. Wajahnya digosok-gosok kasar dengan
tapak tangan. Bagasi hitam yang terlangkup di lantai ditelentangkan. Baju-baju
yang bersepah di lantai masih elok terlipat. Mudahlah kerjanya ingin menyusun
kembali pakaian-pakaian yang terkeluar daripada bagasi. Satu demi satu pakaian
disusun kembali ke tempatnya.
“Awak
buat apa tu?”
Sergahan
itu membuatkan Azzalea terduduk di lantai.
Bulat
mata Emir apabila boxernya sudah bertaburan di atas lantai. Dengan rasa marah,
seluar-seluar pendeknya dikutip sebelum disumbat ke dalam bagasinya semula.
Bagasinya ditarik ke tepi sebelum dia berdiri di hadapan Azzalea.
“Awak..
awak buat apa dekat sini?” soal Emir sambil bercekak pinggang.
Kebisuan
gadis di hadapannya membuatkan Emir mengecilkan matanya.
“Awak
nak curi boxer saya?”
Tuduhan
melulu penghuni bilik itu nyata membuatkan Azzalea menelan air liur. Dasar
orang gila! Hoi, tak hinginlah aku nak curi underwear kau yang bercorak entah
apa-apa tu! Namun, kata-kata itu hanya berlegar di fikirannya sahaja
memandangkan dia bukannya sesiapa di chalet itu. Hanya seorang tukang cuci
sahaja di situ. Tidak mungkin dia sanggup menjatuhkan reputasi chalet tersebut.
“Tak,
Encik.. Err.. sa.. saya.. err.. nak pasangkan cadar je.. dalam bilik.. ni,”
balas Azzalea dengan suara yang tersekat-sekat.
Emir
berpeluk tubuh. Ada senyum sinis di bibirnya.
“Kau
ingat aku nak percaya? Huh! Perempuan zaman sekarang ni banyak yang gatal. Contohnya,
kau!”
Hilang
sudah bahasa awak dan saya dari mulut Emir. Kau dan aku pula yang digunanya.
Azzalea
pula mati kutu. Dia mencangkung sambil menekur lantai. Perasan betul la mangkuk
ayun ni. Nak je aku humban dalam laut.
“Kau
kenapa? Dah macam kura-kura je aku tengok.”
Tawa
Emir pecah juga akhirnya. Kelakar melihat keadaan si gadis yang berada di hadapannya
duduk mencangkung dari tadi.
Azzalea
bingkas berdiri dan bercekak pinggang. Ini sudah lebih! Berani dia samakan aku dengan
kura-kura?
“Kelakar
ke? Aku tak rasa kelakar pun! Oh, ya! Kau ambil ni, pasang sendiri! Kau ingat aku
nak curi boxer kau? Dah la corak heart shape. Kau tahu tak itu jambu?” balas Azzalea.
Kali ini dia pula yang ketawa. Bukan main besar tawanya.
Emir
menggenggam buku lima. Nasib baik perempuan!
“Nah!
Kau pasang sendiri. You know what, aku tak kerja dekat sini tahu? So, aku punya
sukalah aku tak nak tolong siapkan tempat tidur kau ni. Buat sendiri!”
Selimut
dan cadar yang terlipat elok dicampak ke arah lelaki itu. Kini dia pula yang berpeluk
tubuh apabila selimut dan cadar itu selamat mendarat di muka si katak puru. Huh!
Emir
terkejut apabila melihat kelakuan si gadis itu.
“Hello!
Siapkan kerja kau ni dulu sebelum kau berambus!” jerit Emir apabila Azzalea sudah
pun melangkah ke muka pintu.
“Ada
aku kisah?” balas Azzalea selamba.
Emir
bercekak pinggang. Terasa ada api yang sudah keluar dari lubang hidungnya.
“Kura-kura
gila!” jerit Emir sekali lagi apabila kedengaran Azzalea ketawa dari luar. Sakit
benar hatinya saat ini. Siaplah kau, budak kura-kura!
1 comment:
Best!
Post a Comment