AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Sunday, September 2, 2012

Tapi Bukan Aku 21


“ENCIK, hari Ahad ni Encik free tak?” soal Rania sambil matanya menatap wajah Irfan yang sedang sibuk menyuap Spagetti Bolognese ke mulutnya.

“Kenapa? Nak ajak saya dating?” tanya Irfan.

Rania menjeling Irfan. Irfan tergelak. Rania kembali menyuap Meatballs Fettuccine yang masih tinggal separuh.

“Saya free. Kenapa?”

“Saya nak jemput Encik datang rumah saya. Ada kenduri,” jawab Rania.

Irfan mengangkat kening.

“Kenduri apa? Awak nak kahwin?” tanya Irfan lagi.

“Encik ni.. cuba jangan banyak tanya. Datang jelah. Lagi satu Encik jemput sekali Azli dengar Shamer, eh? Saya tak ada masa nak jumpa diorang. Satu lagi! Ajaklah Dato’ dan Datin. Jangan lupa,” omel Rania.

Irfan tersenyum mendengar rungutan Rania. Nasib baiklah Rania ni comel, gumam hati Irfan.

“Nanti saya SMS alamat pada Encik. Encik datang lepas Isyak ya. Bukan Maghrib. Isyak,” tambah Rania.

Irfan tersenyum mendengar perkataan demi perkataan yang dituturkan Rania. Dia mengangguk tanda faham.

“Cepat sikit makan. Saya nak pergi solat Jumaat,” ujar Irfan.

“Baik, bos!” sahut Rania.


“MASUKLAH, Kak. Rumah Nia kecik je,” pelawa Rania.

Nabila masuk ke dalam rumah itu dengan senyuman. Setiap pelusuk rumah itu diterokai dengan pandangan matanya. Kemas dan teratur.

“Okeylah. Akak suka rumah macam ni,” balas Nabila. Dia duduk di ruang tamu.

Rania menekan butang pada badan alat kawalan jauh penghawa dingin. Suis televisyen juga dihidupkan.

“Nia tidur dekat ruang tamu je. Tak apa ke?”

Nabila menggeleng perlahan.

“Tak apa. Akak pun selalu tidur dekat ruang tamu.”

Rania tersengih. Dia berjalan ke dapur. Lalu dua biji gelas, jus oren Peel Fresh, roti dan jem Nutella dibawa ke ruang tamu.

“Kalau Akak nak makan, Akak tengoklah apa yang ada dekat dapur tu. Lepas tu kalau Akak nak solat, solat dalam bilik ni. Telekung dengan sejadah ada dekat dalam,” ujar Rania.

Nabila mengangguk.

Rania menuangkan jus oren ke dalam gelas. Sekeping roti dikeluarkan dari plastik lalu jem Nutella disapu di permukaan roti yang putih. Rania melipat kepingan roti itu sebelum menyuakan ke mulutnya. Nabila ikut melakukan perkara yang sama.


“AKAK.. Akak buat apa tu?” tanya Rania. Dia berjalan menuju ke dapur. Nabila sedang sibuk memasak.

“Akak masak.”

“Akak masak? Akak masak apa?” tanya Rania.

“Akak tengok ada ayam. Akak masaklah sambal ayam. Kejap lagi masaklah ni,” balas Nabila.

Rania teruja. Inilah kali pertama nasi dimasak di dalam rumahnya ini. Dia membantu mengeluarkan pinggan dan gelas, lalu diletakkan ke meja makan. Ais sejuk juga dikeluarkan. Nasi yang siap dimasak diangkat ke ruang makan. Rania menekan butang on pada televisyen.

Nabila datang ke bahagian depan dengan menatang dua biji mangkuk. Ada sambal ayam dan juga sup ayam dan kentang. Rania dan Nabila duduk bersila di lantai. Mereka makan dengan penuh berselera.

“Bestkan kalau pandai masak,” ujar Rania. Dia sibuk mencuci pinggan mangkuk.

“Kenalah tahu masak. Kalau dah kahwin nanti, takkanlah nak makan dekat kedai je.”

Rania tersengih.


IRFAN memeriksa telefon bimbitnya. Ada pesanan ringkas daripada Rania. Alamat rumah Rania dibaca perlahan-lahan. Dia duduk di sofa ruang tamu.

‘Jangan lupa bentang karpet kuning.’

Butang merah pada alat kawalan jauh televisyennya dicapai. Siaran KBS menjadi pihannya untuk ditonton. Iklan saja yang disiarkan sejak tadi. Akhirnya komputer riba di atas meja dicapai lalu dihidupkan. Sistem di komputer dan televisyen disambungkan sekali. Televisyen menjadi ouput manakala komputer riba itu bertindak sebagai projector.

Transformers The Revenge of The Fallen dipancarkan di skrin televisyen. Irfan tersenyum sendiri. Sudah lama dia tidak punya masa untuk menonton filem kegemarannya itu. Kini, dia dapat berehat di rumah dengan senang hati. Telefon bimbit ditangan bergetar menandakan ada pesanan ringkas yang tiba.

‘Tak nak. Bentanglah sendiri. Haha :P’

Irfan mencebik membaca pesanan Rania itu. Kemudian, butang reply ditekan.


“NIA mesej dengan siapa tu? Senyum sampai ke telinga,” tegur Nabila.

“Dengan Encik Irfan. Nia jemput dia ke rumah Nia Ahad ni. Merepek je dia tu,”  balas Rania.

“Nia dengan Encik Irfan tu dah lama kenal ke?” soal Nabila. Dia duduk di sebelah Rania.

Rania menoleh, mencari wajah Nabila. Nabila.. dia seorang wanita yang cantik dan lembut. Tutur katanya juga lembut dan sopan. Pasti mana-mana lelaki yang memandangnya akan jatuh hati. Rania kagum dengan Nabila. Dalam kelembutannya, ada ketegasan yang tersembunyi.

“Tak adalah. Nia pun baru je kenal dengan Encik Irfan. Kenapa? Kak Bella suka dekat Encik Irfan ya?” tanya Rania kembali. Telefon bimbitnya diletakkan ke lantai.

“Akak suka Encik Irfan? Tak adalah. Akak tanya sebab Akak tengok Nia rapat betul dengan dia,” balas Nabila.

“Rapat? Hmm.. rapat dekat office je kot,” jawab Rania.

Nabila tersenyum mendengar jawapan Rania. Nabila mengeluarkan selimut, bantal-bantal dan comforter alas tidur mereka ke ruang tamu. Melihatkan Nabila yang bersusah-payah mengemaskan tempat tidur mereka, Rania bingkas bangun dan membantu Nabila. Adanya Nabila di rumah itu, Rania tidaklah kesunyian.


SETELAH hampir sejam dalam perjalanan, Rania dan Nabila sampai di villa milik Tuan Haji Ihsan.

“Selamat datang ke Ihsan’s Villa,” gurau Rania. Nabila hanya tersenyum mendengar gurauan Rania.

Rania memarkirkan keretanya di bahagian letak kereta villa itu. Mujurlah villa Tuan Haji Ihsan dilengkapi dengan tempat letak kereta khas. Garaj itu dibina di sebelah kanan villa mewah itu. Muatlah meletakkan lima hingga ke enam buah kereta.

“Besar jugak rumah Nia ni, ya?” ujar Nabila apabila mereka sudah keluar daripada kereta.

“Ini rumah Atuk Nia. Nia mana ada rumah la,” sahut Rania sambil tersengih. Beg berisi pakaian Nabila dikeluarkan dari kereta. Seperti biasa, Nabila hanya akan tersenyum mendengar gurauan Rania.

“Assalamualaikum!” laung Rania.

“Jom masuk, Kak!”

Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Kedengaran suara orang bergelak ketawa datang daripada dapur. Rania meninggalkan beg Nabila di ruang tamu lalu mereka bergerak ke dapur.

“Kak Alin!”

Tubuh Darlina dipeluk erat, dan beralih pula kepada Zarina dan ahli keluarga yang lain.

“Kenalkan, ini Kak Bella. Rakan sekerja Nia. Kawan baik Nia dekat office. Kak Bella, ini kakak Nia, Kak Alin. Ini Mak Su, Kak Sarah, Kak Salmah, Mak Long, Tasha, Mira, Auntie Salina, Auntie Izzah and Dhia. Ramai lagi yang belum datang ni.”

Rania memperkenalkan saudara-maranya kepada Nabila. Nabila hanya tersenyum dan bersalaman dengan mereka semua.

“Duduklah, Bella. Nia selalu cerita fasal Bella dekat saya,” ujar Darlina. Dia tersenyum sambil menepuk-nepuk lantai di sebelahnya.

“Atuk mana? Rindu dekat Atuk,” ujar Rania setelah dia duduk.

“Kak Nia ni, rindu Atuk je. Kami ni tak rindu ke? Dahlah jarang jumpa,” rungut Natasha.

Mereka yang berada di situ ketawa mendengar rungutan Natasha.

“Mestilah rindu. Tapi Kak Nia lebih rindu pada Atuk,” balas Rania.

Natasha mencebik mendengar jawapan Rania.

“Atuk dengan Abang Ameer pergi tengok menu katering. Nasib baik kenduri kecil je. Ni nak tunggu Alin punya kenduri lepas raya nanti. Masa tu baru tak menang tangan,” ujar Zarina.

Darlina mula tersipu-sipu apabila hal kendurinya dibangkitkan. Dia sendiri tidak sabar hendak berumah tangga. Tetapi, dia tidak dapat dinafikan ada rasa gelisah dalam hatinya memandangkan banyak kerja rumah yang dia masih tidak tahu, terutamanya memasak. Dia dan Ezral baru sahaja tamat mengambil kursus perkahwinan. Lega rasanya apabila memikirkan hal itu sudah selesai.

“Ina dah nak dapat anak, Alin dah bertunang. Tunggu masa aja nak langsung. Nia tak ada lagi ke?” usik Puan Maznah, Mak Long mereka.

Rania hanya tunduk apabila soalan itu ditanyakan padanya. Entah mengapa, dia pula tersipu-sipu malu.

“Nia ni tunggu si Danny. Ya tak? Suruh dia cepat-cepat hantar rombongan. Nanti dikebas orang si Nia ni. Lawa. Siapa tak nak,” sambung Auntie Salina.

Mendengar sahaja nama Danny disebut, senyuman di bibir Rania mati. Nabila yang berada di sebelahnya berasa hairan. Selama ini Rania memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai teman lelaki, kini soal perkahwinan Rania dibangkitkan. Dan nama bakal pengantin lelaki adalah Danny. Maknanya Rania sudah berpunya. Wajah Rania yang tersenyum sumbing menarik perhatiannya. Apakah maksud senyuman itu?

“Alah, Auntie. Kalau Alinlah, sesiapa je yang datang meminang Nia dulu, Alin terima aje. Baru Danny tahu,” sampuk Darlina. Sengaja ditekan perkataan sesiapa.

Mereka yang lain hanya ketawa mendengar celoteh Darlina.

“Bella, dekat office tu ada ke yang berkenan dengan Nia ni? Kalau ada, suruh aja hantar rombongan,” celah Zarina sambil mengukir senyum.

Mendengar sahaja soalan yang diajukan oleh Zarina, Rania membulatkan mata.

“Mana adalah, Mak Su. Mana ada orang suka Nia,” balas Rania.

Zarina mencebik mendengar jawapan anak saudaranya itu. Rania tersengih.

“Siapa kata tak ada? Nia ni, sekali petik sepuluh yang datang. Tapi dia aja yang tak layan,” jawab Nabila. Sengaja dia mengusik Rania.

“Akak! Mana adalah,” rajuk Rania.

Suasana di dapur itu kembali gamat dengan gelak ketawa.

“Siapa yang suka pada Nia ni? Ada jemput dia datang ke mari? Nak jugak Auntie tengok siapa gerangannya,” sahut Auntie Izzah.

“Mesti handsome, kan? Kak Nia ni cantik,” sampuk Dhia.

Nabila tersenyum mendengar soalan-soalan yang ditanyakan padanya.

“Ada. Nia takkan lupa jemput dia punya. Tengoklah esok,” balas Nabila.

Rania menjegilkan matanya apabila mendengar jawapan Nabila. Siapa pula yang sukakan dia? Setahu dia, hanya JJ Ketua Seksyen Sumber Manusia sahaja yang sukakan dia. JJ ataupun nama sebenarnya Johan Azmin bin Jamaluddin. JJ selalu sahaja menghantar bunga kepadanya biarpun tidak dilayan. Akhirnya, bunga-bunga itu hanya digunakan untuk menghias tingkat pejabatnya sahaja. Tetapi tidak pula Johan itu dijemput ke mari.

Mereka sibuk menyiapkan door gift yang berupa jeli, gula-gula, kerepek dan mufin. Esok barulah mereka akan membantu menghidang dan menyediakan makanan. Tempahan makanan hanya dihantar dalam periuk-periuk besar sahaja. Jadi, tuan rumah yang harus menghidang makanan itu semula. Sesekali, kedengaran keluarga besar itu ketawa sambil sakat-menyakat antara satu sama lain.


RANIA menggosok-gosok dagunya dengan tapak tangan. Dia duduk sendirian di bahagian depan rumahnya. Kawasan itu juga sudah dibersihkan. Hanya tinggal dia buah kerusi sahaja. Bimbang ruang dalaman rumah tidak muat menampung tetamu, bahagian beranda depan dibersihkan. Mungkin berfungsi untuk menempatkan tetamu. Kata Atuk, mungkin lebih ramai tetamu yang datang memandangkan rakan-rakan perniagaannya akan datang.

Rania mengeluh. Lampu-lampu jalan terang-benderang menyirami bumi. Kelihatan villa-villa dan banglo yang turut dibina di kawasan itu juga masih terang. Baru pukul sepuluh, bisiknya sendirian. Dia sebenarnya risau. Risau Danny akan datang ke rumahnya esok. Dia pasti Ameer sudah menjemput Danny. Terasa berat hatinya untuk bertemu dengan Danny. Dia tidak benci pada Danny, cuma dia masih kecewa dengan Danny.

“Nia, apa duduk sorang-sorang ni?” sapa Tuan Haji Ihsan.

Rania tersenyum melihat datuknya yang berjalan menghampirinya. Rania menggelongsor ke bahagian tepi kerusi yang didudukinya, memberikan ruang untuk Tuan Haji Ihsan duduk. Tuan Haji Ihsan duduk di sebelah cucu kesayangannya.

“Nia tak duduk dalam ke? Itu haa.. semua orang tengah berborak, makan-makan. Nia buat apa dekat sini?” tanya Tuan Haji Ihsan lagi.

Rania tersenyum, cuba menyembunyikan kegelisahannya.

“Tak ada apa-apa, Atuk. Nia nak tengok langit. Dekat rumah Nia, susah nak tengok langit. Tak ada beranda,” balas Rania.

“Nia ada masalah ke? Selalunya, Nialah yang paling riuh. Ini tiba-tiba aja senyap,” duga Tuan Haji Ihsan.

“Tak adalah, Atuk. Saja je. Dekat dalam tu orang asyik usik Nia je. Sakat Nia bila nak kahwin. Baik Nia lari dulu.”

Selain daripada sibuk memikirkan kebarangkalian kehadiran insan bernama Dannial Harris ke rumahnya malam esok, ini juga adalah satu sebab mengapa Rania duduk sendirian seperti sekarang. Penat dia menjawab telahan mereka yang bermacam-macam itu.

“Tak apalah, Nia. Suruhlah Dannial datang hantar rombongan ke mari. Lagi cepat lagi bagus.”

Rania tersenyum. Kelat rasanya air liur yang melepasi tekaknya tika ini. Bagaikan ubat Paracetamol tersekat di kerongkong. Pahit.

“Atuk, katakanlah Nia tak nak kahwin dengan Danny. Macam mana? Ini kalau je. Misalan,” ujar Rania tiba-tiba.

“Kalau tak ada jodoh, kita nak buat macam mana? Tapi Unce Mus Nia tu nak Nia jadi menantu dia. Terpulanglah pada Nia. Nia tak nak kahwin dengan Dannial?”

Rania menggeleng perlahan. Menidakkan dengan luaran, walhal dalam hatinya menjerit mengatakan ya.

“Ayah, Nia.. bincang apa ni?” tanya Zarina. Dia duduk di kerusi tiga tempat duduk berhadapan dengan Tuan Haji Ihsan dan Rania.

“Si Nia ni.. tak nak kahwin dengan Dannial,” sakat Tuan Haji Ihsan.

“Atuk ni.. mana ada Nia kata Nia tak nak kahwin dengan dia. Nia tanya ajalah,” balas Rania cepat-cepat. Dia tahu, pasti Zarina akan menyoal siasatnya sebentar lagi kalau dia mengiakan kata-kata datuknya.

“Ayah nak tahu, Bella kata Nia dah ada peminat dekat office. Esok datanglah katanya,” sampuk Zarina.

Rania mengeluh. Geram dengan cerita yang disampaikan oleh Zarina kepada Tuan Haji Ihsan. Zarina ketawa, Tuan Haji Ihsan hanya tersenyum.

“Nia nak ambil air dekat dalam. Atuk dengan Mak Su nak air apa?” soal Rania, ingi  melarikan diri.

“Apa-apa ajalah, Nia,” balas Zarina sebelum Rania berlalu meninggalkan dua beranak itu.

“Ina.. Rania ada apa-apa masalah ke dengan Dannial? Lain macam aja Ayah tengok dia sejak akhir-akhir ni. Tadi, dia tanya boleh tak dia kahwin dengan orang lain,” tanya Tuan Haji Ihsan setelah bayang cucunya hilang di sebalik pintu.

“Ya? Entahlah. Tak tahu pulak Ina. Biasalah, orang muda,” balas Zarina.

Tuan Haji Ihsan mengangguk-angguk. Selang beberapa minit, Rania kembali dengan dulang di tangan.


“KAK NIA, boleh tak Dhia tidur bilik Kak Nia? Mira dengan Tasha pun nak tidur sini,” ujar Dhia tiba-tiba.

Rania yang sibuk menonton DVD Secret Garden yang dibelinya di YesAsia menoleh memandang sepupu-sepupunya.

“Boleh, tapi tidur atas lantai,” balas Rania selamba.

Sebenarnya, Rania rimas dengan mereka. Sejak dahulu lagi mereka memang suka berkepit dengannya. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Dhia, Mira dan Natasha masing-masing berusia enam belas tahun.

“Kenapa pulak tak boleh tidur dengan Kak Nia dekat atas katil tu?” soal Natasha.

“Malam ni Kak Nia tidur dengan Kak Alin, Kak Bella. Takkanlah nak suruh Kak Bella tidur atas lantai. Kak Bella tu tetamu,” jawabnya. Pandangan kembali tertumpu pada kaca televisyen.

Dhia, Mira dan Natasha mencebik mendengar jawapan Rania.

“Alahh.. Kak Alinkan ada bilik sendiri. Suruhlah Kak Alin tidur dengan Kak Bella,” kini giliran Mira pula yang berkata-kata.

Rania menggeleng dengan gelagat mereka bertiga.

“Mana boleh macam tu. Kak Nia memang nak tidur dengan Kak Alin and Kak Bella. Kalau korang tidur dengan Kak Nia, tak muatlah katil tu. Kalau nak tidur dekat katil Kak Nia jugak, Kak Nia tidur dengan diorang dekat bilik Kak Alin.”

Malas Rania mengiakan kata-kata mereka. Dia sudah serik dengan mereka. Habis barang-barangnya dan barang-barang Darlina digunakan mereka apabila mereka tidur di rumah itu. Adakalanya mereka akan mengunci pintu almari sebelum meninggalkan bilik mereka. Bimbang ada barang yang hilang.

“Nia, jom tidur,” ujar Darlina. Dia baru sahaja masuk ke bilik itu dengan Nabila.

Nabila menghilang ke bilik air. Darlina sudah pun berbaring di katil. Rania bangun dan menutup suis televisyen sebelum ikut naik ke katil.

2 comments:

afie_safiyya said...

akak nanti novel ni dah dipasarkan gtau eh fb saye : KETAM BOLA

Dylea Lee said...

Eh, belum lagi la Afie. Trying to complete this novel, baru try nak hantar kat publishing company. Btw, thanks for reading! ;)