AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Sunday, August 26, 2012

Tapi Bukan Aku 20


“TENGAH hari ni awak lunch dengan siapa?” tanya Irfan. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan Rania. Rania sibuk menaip kertas-kertas kerja.

“Hmm.. abang saya datang. Dia nak ajak saya keluar makan. Dah lama tak keluar makan dengan dia,” balas Rania sambil matanya masih melekat pada skrin komputer.

“Kalau macam tu, tak apalah. Jangan lewat keluar. Nanti sakit perut pulak,” pesan Irfan. Dia bangun dari duduknya.

Rania tersenyum mendengar pesanan Irfan.

“Ya, Encik. Saya tunggu abang saya call. Encik makanlah dulu.”

Irfan mengangguk dan berlalu keluar. Makan tengah hari bersama Azli dan Shamer agaknya.
Rania mencapai telefon bimbitnya yang baru sahaja berdering, menandakan ada pesanan yang masuk.

‘Nia, Abang dah ada dekat bawah ni. Abang tunggu dekat kafe yang Nia cakap semalam tu.’

Rania lekas-lekas mengemas mejanya ala kadar sahaja. Dia bangun dan menuju ke pintu lif.


KELIHATAN Ameer sedang duduk di sebuah meja di Berries Cafe itu. Rania berjalan ke arah Ameer.

Sorry, Abang. Nia lambat sikit. Lif ramai sangat orang,” sapa Rania.

Ameer tersenyum mendengar kata-kata adiknya itu.

“Tak apa. Abang pun baru je sampai. Abang order tembikai laici Nia. Nia nak makan apa-apa tak?”

Rania pantas menyedut jus tembikai sejuknya. Terasa nyaman apabila jus itu mengalir melalui tekaknya.

“Tak naklah. Nia nak beli sandwich je. Kenapa Abang nak jumpa Nia?” soal Rania.

“Hmm.. fasal Danny.”

Dengar sahaja nama Danny disebut, terus kelat wajah yang tadinya manis.

“Abang tak marahkan Nia. Abang nak tanya je. Nia ada masalah dengan Danny ke? Masalah apa? Sampai dia tak tahu Nia dah kerja dekat sini.”

Rania merenung wajah abangnya dalam-dalam. Dia baru sahaja ingin melupakan soalan yang ditanya Ameer pada Darlina.

“Habis tu Abang beritahu dia Nia kerja dekat sini?”

Ameer mengangguk. Rania kecewa dengan tindakan Ameer. Dia membuang pandang ke sekitar ruang kafe. Kelihatan seorang lelaki melambai ke arahnya. Spoilkan mood je. Baru nak marah, rungut Rania dalam hati. Sebuah senyuman terukir tanpa dipaksa.

“Nia..”

Rania kembali memandang ke arah abangnya.

“Abang tak tahu nak buat macam mana. Abang kesian tengok Danny. Dah lama dia cari Nia. Abang pun beritahulah dia hal sebenar.”

“Kenapa Abang tak tanya pada Danny sendiri apa salah dia? Kenapa tanya Nia? Danny lebih tahu,” balas Rania.

“Abang dah tanya.”

“Apa kata dia?” tanya Rania.

“Dia kata Nia cemburu tengok dia keluar dengan kawan perempuan dia. Nia terserempak dengan dia dekat mall dengan perempuan tu, kan? Itu just kawan dia, Nia. Kawan. Dia sendiri yang beritahu Abang,” ujar Ameer.

Rania terkejut dengan cerita Ameer. Dia kemudiannya tersenyum sumbing sebelum mengangguk.

“Habis tu Abang percayalah cakap dia?”

“Danny tu kawan Abang. Sejak kecil lagi Abang dengan Danny berkawan. Nia pun tahu tu. Takkanlah dia nak tipu Abang,” balas Ameer.

“Abang lebih percayakan kawan daripada adik Abang sendiri? Dia kawan sejak kecil Abang, tapi Nia adik kandung Abang. Darah daging Abang. Takkan Abang lebih percayakan dia daripada Nia?”

Ameer terdiam mendengar soalan adiknya. Soalan yang sama ditujukan oleh Darlina tempoh hari

“Nia.. Abang takkan..”

“Abang kenal Nia. Abang tahu Nia takkan merajuk sampai macam ni kalau salah Danny sekecil kuman. Kalau dia keluar dengan perempuan lain pun Nia tak kisah. Seriously Nia tak kisah. Sebab Nia percayakan dia. Tapi sekarang, salah dia lebih besar daripada apa sekalipun. Terpulang pada Abang nak percayakan siapa. Dia atau Nia,” potong Rania tanpa menunggu Ameer menghabiskan kata-katanya. Rania menahan dirinya agar tidak menangis di situ.

“Apa maksud Nia?” soal Ameer.

“Nia nak balik office dulu. Nanti kirim salam dengan Atuk, Pak Su, Mak Su, Kak Alin.”

Rania menarik tangan abangnya dan bersalaman dengan Ameer. Langkah laju segera diatur, meninggalkan kafe itu. Ameer kelu di tempat duduknya. Apa maksud Rania?


IRFAN menolak pintu bilik Rania. Jam baru sahaja menunjukkan pukul satu empat puluh minit petang. Kelihatan Rania sedang duduk meneliti fail-fail di hadapannya. Irfan berdiri di hadapan Rania.

“Eh, Encik! Tak perasan pulak saya,” ujar Rania.

Irfan meletakkan beg plastik di atas meja Rania sebelum berlalu ke biliknya. Rania hanya menghantar langkah Irfan dengan rasa hairan.

Beg plastik pemberian Irfan dijenguk isinya. Ada salad buah-buahan dan dua bungkus sandwich. Rania tersenyum sendirian memandang Irfan yang sudah pun duduk di mejanya. Rania menyuap sandwich tuna ke mulutnya. Agaknya Irfan nampak apa yang berlaku di kafe tadi.


DARLINA menyusun baju-baju yang baru siap direkanya. Lega rasanya apabila semua pelanggan sudah mengambil tempahan. Bulan ini saja sudah lebih dua puluh pasang baju yang direkanya sendiri mendapat tempahan.

“Hai, Alin!”

Darlina mengetap bibir. Benci mendengar suara yang memanggil namanya. Meluat!

“Alin, you tak dengar ke I panggil?” tanya suara itu lagi.

“Nak apa datang sini? Bising-bising. Orang takut nak datang nanti. Ingat ada zoo pulak kat sini,” balas Darlina sinis.

Dia berjalan ke arah meja kerjanya. Pensel dan kertas dicapai lalu rekaan baju dilakarkan walaupun idea kering apabila berhadapan dengan Liliana si gedik. Malas dia menatap wajah Liliana yang tersengih macam kerang busuk.

“Zoo you cakap? Punyalah cantik, you samakan dengan zoo. Teruk betul,” rungut Liliana. Dia mengikut langkah Darlina hingga ke meja.

“Kau nak apa? Nak tempah apa? Kalau tak ada sebab, baik kau balik. Idea aku hilang bila tengok muka kau,” ujar Darlina.

Liliana menjeling geram. Menyampah dengan layanan Darlina terhadap dirinya.

“You kenapa nak marah-marah I? Marah sebab boyfriend adik you lari dekat I?”

Darlina berhenti melukis. Penselnya dihempas ke meja.

“Kau memang tak tahu malu, kan? Datang sini buat kecoh. Apa kau nak?”

Darlina sudah bangun daripada duduknya. Dia berjalan mendekati Liliana. Nana dan Fira datang menghampiri majikan mereka apabila terdengar suara Darlina yang sedikit meninggi. Liliana yang kecut perut berpura-pura tenang.

“You ni kenapa Alin? I cakap benda yang betul you nak marah-arah pulak."

“Keluar dari kedai aku! Keluar!”

Darlina menunjuk ke arah pintu. Geram dengan Liliana yang tidak tahu malu.

“Kak Alin.. sabarlah,” ujar Nana, cuba menenangkan Darlina.

“Marahlah adik you tu. Marah I buat apa? Dia yang tak tahu jaga Danny,” rungut Liliana.

“Kau tak ada maruah ke? Kau tu perempuan. Kalau ya pun kau dah miang sangat, kahwin! Jangan malukan mak bapak kau!” marah Darlina.

Liliana mengetap bibir. Matanya bulat merenung Darlina.

“Apa kata kalau Cik Liliana keluar dulu? Balik. Kak Alin nak berehat,” usul Fira.

“I tak takutlah dengan you, Alin. You jangan nak kaitkan Mommy dan Daddy I! Kenapa you tak salahkan adik you? Kalau dia baik sangat, Danny takkan cari I!” jerit Liliana.

“Jangan nak buruk-burukkan adik aku pulak,” sinis sahaja Darlina bersuara.

Liliana mengangkat tangan. Baru sahaja penamparnya ingin hinggap di pipi Darlina, tangan seorang lelaki terlebih dahulu menangkap tangan Liliana.

“Don’t you dare to make any trouble with my fiancee!”

“Ezral..”

Pegangan tangan Liliana dilepaskan. Ezral berjalan menghampiri Darlina.

“Are you okay, Alin?”

Darlina hanya mengangguk perlahan. Liliana mencapai tas tangannya yang sudah berada di lantai. Pantas kakinya dihayun mmeninggalkan butik Darlina. Kakinya dihentak-hentak pada permukaan lantai.

“Okey ke?” tanya Ezral.

Darlina mengangguk, mengiakan. Hatinya sahaja yang tidak dalam keadaan baik. Darlina mengukir senyum terpaksa demi menjaga hati Ezral. Dia tidak mahu Ezral susah hati kerana masalah yang dihadapinya.


“KAK BELLA, boleh tak masuk bilik saya sekejap?”

“In a minute,” balas Nabila.

Hari ini Tengku Azhar tidak datang ke pejabat memandangkan hari ini ada kerja luar bersama dengan Dato’ Mukhlis, Tan Sri Fadhil dan Datuk Malik. Mereka harus ke kilang syarikat yang terletak di Shah Alam.
Beberapa minit kemudian, kedengaran pintu bilik Rania diketuk dari luar.

“Masuk!” panggil Rania.

Nabila masuk ke dalam bilik Rania.

“Kenapa Cik Rania nak jumpa dengan saya?” soal Nabila.

“Akak duduklah. Janganlah panggil cik. Panggil aje Nia.”

Nabila tersenyum mendengar pelawaan Rania. Dia duduk di hadapan Rania. Rania yang sibuk mengira jumlah pelaburan dari luar negara berhenti. Dia menumpukan perhatian pada Nabila.

“Eh, kenapa dengan bibir Kak Bella ni? Lebam,” tanya Rania kehairanan.

Bahagian bawah bibir sebelah kanan Nabila membiru. Bagaikan baru dipukul seseorang.

“Tak ada apalah. Akak terlanggar pintu bilik Dato’ malam semalam. Akak balik lewat.”

Rania mengangguk.

“Kak Bella, nanti Akak tolong check fail ni sebelum hantar ke Dato’. Saya takut ada missing letters or typing error.”

Rania menghulurkan fail plastik nipis lutsinar kepada Nabila. Nabila hanya menyambut fail di tangan Rania dengan sebuah senyuman.

“Hari Ahad ni Kak Bella kemana-mana tak?”

“Ahad? Tak. Kenapa?”

“Macam ni.. Mak Su Nia nak buat kenduri kesyukuran sebab kandungan dia dah sampai lima bulan. So, nak buat kenduri doa selamat,” ujar Rania.

Nabila mengangguk. Dia berkira-kira sendiri.

“Tapi Akak tak tahu dekat mana rumah Nia,” balas Nabila.

Rania tersenyum mendengar kata-kata Nabila.

“Akak boleh tidur rumah Nia. Bolehlah kenal-kenal dengan family Nia. Akak dah banyak tolong Nia dekat office ni. Lagipun Akak tak kemana-mana, kan?” soal Rania lagi. Dia sudah banyak termakan budi Nabila. Nabila banyak membantunya. Kini, biarlah dia yang membalas budi Nabila.

“Kalau macam tu, okeylah. Akak pun tak ada buat apa-apa dekat rumah,” jawab Nabila.
Rania tersenyum kegembiraan.

“If so, Jumaat ni Akak tidurlah rumah sewa Nia. Sabtu baru pergi rumah family Nia. Or Akak nak Nia jemput Akak hari Sabtu?”

Nabila berfikir sejenak.

“Akak tak kisah. Tapi boleh jugak kalau Akak tidur rumah Nia Jumaat ni. Tak adalah Nia kena jemput Akak. Lagipun housemates Akak semua balik kampung,” ujar Nabila jujur.

Rania tersenyum gembira apabila pelawaannya diterima oleh Nabila.

2 comments:

Anonymous said...

best3... sambungan nya jgn lmbt sgt... xsbar nak tggu...

afie_safiyya said...

akak buat novel eh? da keluar ke?