AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Friday, September 28, 2012

Kau Terindah (당신이 귀중한)


BAB 4

“TAKKANLAH Pak Cik kejam sangat nak bagi kamu kerja dekat ladang Pak Cik,” ujar Tuan Kim kepada Woo Hyun.

Secara jujurnya, lega benar Woo Hyun apabila mendengar kata-kata Tuan Kim sebentar tadi. Jadi, kebimbangannya hanyalah sia-sia sahaja. Pandai betul ibu bapanya berbohong.

“Kamsahamnida, Pak Cik,” ucap Woo Hyun menunjukkan rasa terima kasihnya.

Tuan Kim tersenyum. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya kepada Woo Hyun. Dia tidaklah begitu kejam biarpun Eun Seo sendiri yang menyuruhnya memberikan kerja berat kepada anak saudaranya ini. Dia begitu sayangkan Woo Hyun. Walaupun Woo Hyun agak nakal dan kebudak-budakan, Woo Hyun sudah dianggap sebagai anak sendiri.

“Yeobo!”

Woo Hyun tersenyum apabila mendengar bapanya saudaranya itu memanggilnya isterinya ‘sayang’ biarpun walaupun umur bapa saudaranya itu sudah menjangkau lima puluh tahun. Tidak seperti ibu dan bapanya. Mereka terbiasa membahasakan diri dengan nama masing-masing sahaja.

Selang beberapa saat kemudian, Puan Kim datang ke ruang tamu.

“Ne, Yeobo,” ujarnya.

“Tolong tunjukkan Woo Hyun bilik dia. Saya nak balik ke pejabat ni,” ujar Tuan Kim.

Isterinya tersenyum lalu mengangguk.

Tuan Kim bangun semula daripada duduknya.

“Woo Hyun, buat sementara ni, kamu duduklah dekat rumah dulu. Buatlah apa yang patut. Nanti bila dah sedia nak kerja, beritahu Pak Cik. Jangan risau. Buat rumah ni macam rumah sendiri,” ujar Tuan Kim sambil menepuk bahu Woo Hyun.

Woo Hyun tersengih lalu mengangguk. Pergerakan suami isteri itu ke pintu diperhatikan dengan ekor matanya sahaja.

“Woo Hyun, mari,” panggil Puan Kim.

Woo Hyun mengangkat beg pakaiannya lalu dia mengikut Puan Kim dari belakang.

“Woo Hyun, bilik kamu dekat sebelah bilik Hyung Joon. Kalau ada apa-apa, panggil Hyung Joon,” ujar 
Puan Kim sambil menunggu Woo Hyun di depan sebuah pintu bilik

“Okey, Mak Cik,” balas Woo Hyun tersenyum. Tangan kanannya juga diangkat, menunjukkan isyarat tabik kepada ibu saudaranya itu.

Puan Kim tersenyum. Pintu bilik itu dibukanya perlahan-lahan. Di hadapan mereka, ada sebuah bilik yang kemas tersusun. Ada sebuah katil jenis komtemporari tanpa kaki di bahagian tengah bilik itu. Bilik itu dicat dengan warna hitam dan putih. Warna hitam dan merah digabungkan pula pada bahagian katil. Di sisi kiri dan kanan katilnya ada pintu gelongsor yang menghubungkan bilik itu dengan beranda yang di bina di sekeliling rumah. Di bahagian tepi pintu gelongsor di bahagian kiri itu, terdapat meja komputer. Dan bahagian kanan  bilik pula terdapat almari pakaian dan pintu bilik air.

Bilik ini tidak jauh bezanya daripada rumah Woo Hyun sendiri. Cuma, biliknya di Seoul lebih besar sedikit. Apabila memikirkan ibu dan bapanya, Woo Hyun berdecit.

“Kenapa, Woo Hyun?” soal Puan Kim kehairanan.

“Oh? Oh.. Anie-yo,” jawab Woo Hyun, menyatakan dia tidak apa-apa.

“Woo Hyun, bilik ni disambung dengan bilik Hyung Joon. Tu, bilik air tu. Jadi, kalau kamu nak guna bilik air, kunci dua-dua pintu. Takut ada orang masuk ikut bilik Hyung Joon,” ujar Puan Kim ramah.

Woo Hyun menundukkan kepalanya kepada Puan Jang sambil tersenyum.

“Haa.. Mak Cik, dekat atas tu ada apa? Kenapa saya tak nampak tangga nak naik ke atas?” soal Woo Hyun sambil menunjuk arah atas. Biasalah, dia jarang ke rumah ini.

“Oh.. itu rumah kita jugak, tapi Mak Cik dan Pak Cik dah sewakan. Sebab tu tak ada tangga. Oh, ya! Woo Hyun, nanti kamu tolong tengokkan suis lampu bilik air dengan lampu dapur rumah atas tu, ya? Pagi tadi, budak yang sewa tu beritahu lampu tu dah terpadam. Mak Cik lupa nak call technician. Apa kata kamu je yang tengokkan. Boleh?” soal Puan Kim kepada Woo Hyun.

“Boleh, Mak Cik! Tak ada masalah,” balas Woo Hyun ceria. Sudah lama rasanya dia tidak melakukan kerja-kerja seperti ini. Sungguh, ini memang bidangnya.
“Kalau macam tu, Mak Cik keluar dulu. Nanti Mak Cik bagi kunci. Kamu rehatlah dulu. Bila makan tengah hari dah siap, Mak Cik panggil, ya?”

Woo Hyun menundukkan kepalanya sekali lagi sebelum Puan Kim keluar. Baiknya keluarga Hyung Joon hyung, fikirnya. Walaupun hidup mereka dilimpahi kesenangan, namun mereka masih hidup bersederhana. Memang patut pun dia menggelar Hyung Joon sebagai ‘hyung’. Hyung Joon tua tiga tahun daripadanya.
Woo Hyun mencampakkan dirinya ke atas katil. Tilam yang empuk seakan-akan mengucapkan selamat datang kepadanya. Woo Hyun tersengih sendiri sebuah dia memejamkan mata.


IRIS berjalan perlahan setelah turun dari bas. Jam baru sahaja menunjukkan pukul empat petang. Beginilah kebiasaan Iris. Dia akan menaiki bas ataupun subway untuk ke tempat kerja. Ada kalanya pemandu Tuan Kim yang akan menghantarnya ke tempat kerja. Biasalah, dia tidak mahu menyusahkan Tuan Kim. Jadi, pengangkutan awam menjadi pilihannya.

Kawasan perumahan di Gangnam merupakan kawasan yang paling elit berbanding dengan bandar-bandar lain. Begitu juga dengan taraf kehidupan di Gangnam. Gangnam dilabelkan setaraf dengan Beverly Hills di California. Kebanyakan syarikat rakaman penyanyi-penyanyi da pelakon-pelakon di negara itu berpusat di Gangnam. Mereka juga tinggal di Gangnam. Begitu juga dengan syarikat-syarikat gergasi lain, termasuklah Samsung, LG dan syarikat-syarikat lain.

Bandar yang begitu pesat membangun ini adalah bandar yang menempatkan Seoul National University yang merupakan universiti terbaik di Korea Selatan. Terlalu banyak tempat untuk dikunjungi. Apabila hujung minggu menjelma, Iris akan menghabiskan masa di sekitar Gangnam mahupun kawasan pinggir bandar. Di sanalah tempat dia merasakan cara hidup tradisional orang Korea. Dia akan bermalam di hanok village demi memahami cara hidup orang Korea. Yalah, dia hanya perantau. Dia harus menunjukkan sikap yang baik kepada masyarakat tempatan. Hanok bermaksud rumah tradisional Korea.

Setelah lima belas minit berjalan, Iris tiba di hadapan pagar vila mewah keluarga Kim. Iris masuk ke dalam rumah dan memanjat anak tangga apabila mendapati tiada orang di luar rumah itu. Kedua-dua buah kereta milik Tuan Kim dan Hyung Joon terletak elok di bahagian garaj. Nampaknya mereka sudah pulang. Perlahan-lahan Iris membuka pintu rumahnya. Seperti biasa, sunyi dan sepi.

Iris berlalu ke dapur untuk minum. Nampaknya lampu masih belum dibaiki. Lampu di dapur rumah itu akan menyala secara automatik apabila ada seseorang yang masuk ke dapur itu. Begitu juga dengan lampu di pintu hadapan.

Selesai minum, Iris berjalan ke bilik air. Butang kemeja longgarnya dibuka dari atas, satu persatu. Iris menolak daun pintu. Matanya membulat apabila mendapati seorang lelaki sedang berdiri di dalam bilik air itu. Lelaki itu juga nampak terkejut.

“Neon.. nugu ya?”

Pertanyaan bermaksud awak siapa dalam gaya bahasa tidak formal itu terkeluar dari mulut Iris.

“Geu.. geunyang.. na..” lelaki itu tidak menghabiskan ayatnya. Tergagap-gagap dia apabila melihat butang baju Iris yang sudah terbuka separuh.

Itu.. cuma.. saya..? Iris tunduk, mencari arah pandangan mata lelaki itu jatuh.

“Yaaaaaa! Pervert!” jerit Iris kuat.

Serentak itu juga lelaki itu tersedar. Matanya bulat melihat Iris yang sedang marah. Dia berlari keluar daripada bilik air itu apabila Iris sudah berlari meninggalkannya.

“Where are you going, pervert?” soal Iris bengang. Penyapu di tangan dihayun-hayun demi mengejar langkah lelaki itu.

Lelaki itu berada di ruang tamu, terkepung dengan sofa-sofa dan Iris. Tangannya diangkat, tanda menyerah.

“Mianhae-yo. Saya cuma..”

“Apa maaf-maaf? Jugullae?!” jerit Iris lagi. Jugullae bermaksud, ‘kamu nak mati?’ Tidak formal, dan biasanya diucapkan ketika marah. Tetapi ianya biasa digunakan ketika bergurau.

Lelaki itu terus berlari apabila Iris datang mendekatinya.

“Hey, jangan lari, si gatal!”

Iris berlari mengejar lelaki itu. Lelaki itu berpaling ke belakang. Terkejut dia apabila mendapati penyapu itu sudah berada kurang daripada dua inci daripada mukanya. Setelah berpusing dua kali di ruang tamu itu, lelaki itu berlari lintang-pukang keluar. Tidak berkasut, dia berlari menuruni anak tangga. Iris juga sudah semakin mendekat.

Apabila Iris tiba di anak tangga terakhir, dengan tidak sengaja, dia terjatuh. Tersembam mukanya mencium rumput.

“Agasshi, gwaenchana-yo?” soal lelaki itu, cuba mendekati Iris. Agasshi bermaksud cik dan gwaenchana-yo pula ialah, kamu tak apa-apa?

Iris jadi semakin berang apabila lelaki itu cuba memegang lengannya. Segera dia bangun dan mengejar semula lelaki itu. Mereka berlari satu pusingan di halaman vila itu sebelum keluarga Kim keluar.

“Iris! Woo Hyun! Kenapa ni?!” jerit Puan Kim kerisauan. Mengapa dahi Iris berdarah.

Lelaki itu segera berlari ke arah Puan Kim dan menyorok di belakang Puan Kim.

“Mak Cik! Dia.. dia.. dia mengintai saya!”

“Mana ada!” laung lelaki itu daripada belakang.

“Bertenang Iris. Ini anak saudara Mak Cik dari Seoul. Mak Cik yang suruh dia naik atas, tolong periksa lampu. Woo Hyun, kamu tak beritahu Iris ke kamu siapa?” soal Puan Kim.

“Saya dah cuba nak cakap, Mak Cik. Tapi, dia dah kejar saya dengan penyapu tu. Macam mana saya nak cakap?” soal Woo Hyun kembali dalam keadaan termengah-mengah. Hebat sungguh gadis kecil ini mengejarnya. Senak perut Woo Hyun apabila berlari seperti orang gila.

Penyapu di tangan Iris terlepas. Alamak, malunya, getus hati Iris.

“Tapi, Mak Cik, dia tengok Iris nak tukar baju tadi!”

“Hah? Bila? Awak yang bukak baju tak tengok kiri kanan. Awak pakai baju lain dekat dalam kemeja awak tu. Apa masalahnya? Lagipun tak ada apa nak tengok pada awak tu. Tak menarik.”

Woo Hyun keluar daripada menyorok di belakang ibu saudaranya.

“A.. apaa? Apa awak cakap?”

Iris diam apabila melihat Woo Hyun bercekak pinggang membalas renungannya. Akhirnya, Iris meninggalkan Woo Hyun dengan keluarganya dengan perasaan yang mendongkol. Woo Hyun? Sudah tentu dia tersenyum kemenangan.

No comments: