Nota kaki beruang DL - Assalamualaikum and selamat sejahtera. For now, layan dulu Semua Untukmu. Nanti Hadirnya Cinta Terindah menyusul. Since just tinggal dua bab nak share kat sini, rasa cam berat hati je. Apa pun, hope semua enjoy masa baca SU ni. Hope sudi tinggalkan kritikan membina. I need your comments to help me improving my writing skills. Thanks in advance.
BAB
3
Ayat
terakhir Emir membuatkan Syazana, Elly dan juga Maisarah menelan air liur.
Terasa dengan kata-kata Emir. Kalaulah mereka tahu dari awal lagi siapa Emir,
sudah tentu mereka tidak akan berbual-bual di hadapannya.
“Jangan
saya ada dekat sini je baru nak buat kerja. Tak kiralah saya ada ke tak, kerja
kena jalan,” sambung Emir seolah-olah mengerti apa yang difikiran oleh gadis
bertiga itu.
Buat
beberapa saat, dewan sayap barat itu sunyi sepi. Nampaknya tak dapatlah mereka
bersenang-lenang seperti dahulu.
“Sebelum
bersurai, just for peringatan, semua pengurus sila ambil tahu perkembangan
anak-anak buah masing-masing. Pastikan semua buat kerja. Kalau ada yang tak
betul, tegur. Bukannya tolong back up.”
Emir
menjeling Nazhan yang sedang berdiri tidak jauh daripadanya. Nazhan lengkap
berkot hitam manakala dia hanya mengenakan t-shirt polo berwarna merah dengan
sepasang seluar dockers panjang hitam. Formal atau tidak, tolak ke tepi.
Asalkan kerja jalan!
Setelah
sesi membebel Emir tamat, pekerja-pekerja BaySide Chalet yang berada di dalam
dewan segera bergerak ke pintu utama untuk keluar. Emir sempat berpesan agar
sesiapa yang berada di dalam dewan tersebut menyampaikan apa yang dipesannya
kepada rakan-rakan sekerja lain yang sedang bertugas.
Setelah
kesemua pekerja keluar daripada dewan itu, Emir turut keluar. Dia ingin
mengambil udara segar sambil berjalan-jalan di tepi pantai.
“Macam
mana, Encik Emir? Selesa ke servis dekat sini?”
Emir
merenung ke arah Nazhan yang sedang tegak berdiri di sebelahnya.
“Bolehlah
tahan. So-so. Cuma, kalau customer pesan makanan tu tolong hantar cepat sikit.
Takkanlah bila customer dah tergolek pengsan sebab lapar baru makanan sampai?
Nasib baik aku tak mati kebulur semalam. Dekat setengah jam baru makanan
sampai.”
Nazhan
menggaru kepala. Bagaimana dia ingin memberitahu Emir bahawa kafe terletak jauh
sedikit daripada Keli Suite? Pasti dia yang akan dimarahi nanti. Bukannya dia
sendiri tidak tahu akan hal itu.
“Kafe
dengan Keli Suite jauh, Encik. Kalau
macam bilik-bilik lain, sepuluh ke lima belas minit makanan dah sampai dah.”
Emir
menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Kau
ni pun satu. Aku ingatkan cerdik. Naiklah basikal hantar makanan tu. Janganlah
kedekut sangat. Balik-balik basikal tu korang buat sewa. Korang tak tau ke
bukan semua orang rajin nak naik basikal jalan-jalan dekat sini. Lagipun
basikal tu bukannya guna minyak pun. Tak membazir pun aku rasa,” balas Emir.
Nazhan,
Nazhan. Lembab jugak kau ni, kutuk Emir dalam hati.
“Kalau
macam tu, nanti saya cakaplah dengan budak-budak kafe. Err.. saya nak sambung
kerja dulu Encik Emir.”
Emir
mengangguk sebelum mengatur langkah ke pantai. Kelihatan ramai kanak-kanak dan
orang dewasa yang berada di pantai dan tak kurang juga dengan yang sedang mandi
laut. Di sebelah kanan pantai ada bot-bot yang diikat pada pancang-pancang yang
dicucuk berdekatan dengan sebuah jeti kayu. Nampaknya keadaan chalet BaySide
itu begitu meriah dengan pelancong dari dalam dan luar negara.
Emir
membongkok sebelum hujung kaki seluarnya dilipat separas betis. Selipar yang
dipakainya tadi sudah ditinggalkan di tepi. Dia berdiri bercekak pinggang
sambil melihat ke laut yang membiru.
Telefon
bimbitnya dikeluarkan dari dalam kocek seluar. Sempat dia mengambil beberapa
keping gambar menggunakan telefon bimbitnya. Rugi dia tidak membawa DLSRnya
bersama semasa keluar tadi. Fedora hat di kepala dibetulkan sebelum langkahnya
diatur ke arah tempat pengunjung-pengunjung bermain bola tampar pantai. Sudah
lama rasanya dia tidak bermain bola tampar.
Kelihatan
ada lima orang jejaka lengkap beruniform pekerja BaySide Chalet sedang bermain
dengan gembiranya. Emir berdehem apabila kehadirannya bagaikan tidak disedari
lima jejaka itu.
“Encik
Emir.. err.. sorry. Kami tak perasan Encik datang sini tadi,” pohon Idlan
apabila matanya terpandangkan Emir sedang berdiri di tepi gelanggang itu.
“Dah
habis shift ke?” soal Emir serius.
Kelima-lima
pekerja itu menganggukkan kepala mereka serentak.
“Encik
pandai tak main bola tampar? Kita main tiga lawan tiga,” ujar Juan,
memberanikan diri mempelawa Emir bermain bola tampar bersama mereka.
Emir
tersenyum sinis. Idlan, Azam, Yusri dan Shahir menjegilkan mata mereka ke arah
Juan. Berani betul si Juan mengajak mamat kerek ni main sama-sama. Macamlah dia
nak.
“Err..
sorry Encik Emir. Kalau Encik tak nak main..”
“Tunggu
apa lagi? Jomlah mula!” ujar Emir sambil mengambil posisi di dalam garisan yang
dilukis menggunakan kayu. Laju sahaja dia memotong kata-kata Shahir.
Shahir
dan Juan mengambil tempat masing-masing. Begitu juga dengan Idlan, Azam dan
Yusri. Bola tampar yang ringan itu mula berterbangan di udara.
“LEA,
tak ke chalet ke hari ni?”
Azzalea
menggeleng. Makan hati dia dengan sikap acuh tak acuh Nazhan melayannya. Penat
dia mengayuh basikal menemui sang kekasih pujaan hati, namun Nazhan sibuk
dengan telefon bimbitnya. Apabila ditanya dia asyik menghantar pesanan ringkas
buat siapa, dia hanya menggelengkan kepalanya. Balik-balik jawapannya adalah
kawan.
Angin
sepoi-sepoi bahasa yang menampar pipinya yang lembut bagaikan membantu
meredakan rasa bengangnya terhadap Nazhan.
Nek
Limah berjalan mendekati cucunya yang sedang duduk di pangkin, di bawah pohon
jambu air. Kasihan Azzalea. Sepatutnya di umur begini dia berada di universiti
bersama-sama dengan teman sebayanya. Bagi Nek Limah, dialah punca sang cucu
tidak meneruskan pelajaran. Risaunya dia pada Nek Limah hanya Tuhan sahaja yang
tahu.
Nek
Limah melabuhkan duduk di sisi Azzalea. Kelihatan beberapa orang jiran tetangga
lain juga sibuk berbual di halaman rumah masing-masing bersama ahli keluarga.
“Macam
mana agaknya Lea kalau Opah tak ada nanti, ya? Siapa yang nak jaga Lea?”
Soalan
Nek Limah membuatkan Azzalea tersentak. Hatinya mula terasa pedih mendengar
soalan neneknya. Terasa ingin menangis pun ada.
“Opah
janganlah cakap macam tu. Biar Lea pergi dulu sebelum Opah. Lea tak nak hidup
kalau Opah tak ada,” balas Azzalea sebak.
Nek
Limah mengusap kepala Azzalea. Sungguh dia bimbangkan keadaan Azzalea. Umur Nek
Limah sudah menginjak ke angka tujuh puluh tiga tahun ini. Sudah tua-tua
begini, banyak penyakit yang datang. Apabila memikirkan keadaan Azzalea yang
bakal hidup sendiri di bumi ini apabila dia sudah tiada nanti, hatinya walang.
Siapa yang akan menjaga Azzalea kelak?
“Opah
dah tua, Lea. Kalau ada orang yang jaga Lea bila Opah dah tak ada nanti,
legalah hati Opah. Tapi Lea tahu, kan? Dah tak ada yang nak mengaku saudara
bila Papa Lea meninggal dulu. Opah pun dah tak ada harta nak bagi pada Lea,”
balas Nek Limah.
Air
mata Azzalea gugur jua. Selama ini, langsung dia tidak pernah terfikirkan hal
itu. Hatinya dirundung pilu apabila neneknya sendiri yang meluahkan kata-kata
itu. Ya, Nek Limah benar. Sejak ibu dan bapa Azzalea meninggal dunia, semua
saudara-mara melarikan diri. Mengaku saudara pun tidak, inikan pula datang
menjenguk.
“Opah,
jodoh pertemuan dan ajal tu Allah je yang tahu. Opah janganlah cakap macam tu.
Sedih Lea. Kalau Opah tak ada, Lea dah tak ada orang lain dalam dunia ni,” ujar
Azzalea. Air matanya semakin laju mengalir.
Nek
Limah yang mula dihimpit rasa bersalah memeluk cucu kesayangannya. Semoga
umurnya panjang, doa Nek Limah dalam hati. Agar dia dapat melepaskan Azzalea
apabila cucunya itu sudah tahu berdikari kelak.
NAZHAN
mengatur langkah mendekati si gadis yang sedang berdiri berpeluk tubuh,
menghadap laut. Rambutnya yang panjang dan lurus berterbangan apabila ditiup
bayu yang berhembus kasar.
“Assalamualaikum,”
sapa Nazhan.
Gadis
itu menjawab salam Nazhan, namun tiada suara yang keluar. Hanya mulutnya yang
terkumat-kamit, menjawab salam itu.
“Kenapa
Lea duduk sini sorang-sorang? Opah mana?”
Azzalea
tidak segera menjawab. Kata-kata Nek Limah tadi masih melekat di benaknya. Satu
keluhan terlepas dari mulutnya.
“Lea
fikir apa ni? Tak nak share dengan Abang?”
Azzalea
tersenyum tawar.
“Tak
ada apa-apalah. Lea fikir, bilalah nak jadi kaya? Kalau Lea kaya, Lea boleh
hantar Opah pergi haji. Lepas tu belikan rumah besar untuk Opah. Lea nak cari
orang gaji ramai-ramai. Nanti tak payahlah Opah susah-susah nak masak, nak
basuh kain. Opah goyang kaki je dekat rumah,” jawab Azzalea lurus.
Nazhan
tersenyum.
Azzalea
menjeling Nazhan dengan ekor matanya. Selepas menghantar tuala-tuala chalet,
Azzalea berjalan ke pantai di kawasan chalet itu sebelum dia duduk berdiri
mengenang nasibnya.
“Lea
cubalah kerja dekat sini. Who knows Lea boleh jadi jutawan satu hari nanti?”
gurau Nazhan.
Azzalea
berdecit perlahan.
“Lea
tak nak tinggalkan Opah sorang-sorang dekat rumah. Kalau kerja dekat sini,
masuk pagi balik malam. Tak naklah. Lagipun Lea takut nak balik sorang-sorang.”
Nazhan
menyeluk kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluar. Dalam dia ada rasa
bahagia dan dilimpahi kesenangan, ada juga orang lain yang hidup dalam serba
kekurangan.
“As
long as Abang ada dengan Lea, selagi tu Abang takkan biar Lea rasa sunyi,
alone. InsyaAllah,” ucap Nazhan tulus.
Azzalea
dapat merasakan ada air yang mengalir di pipinya. Mengapa perlu dia hidup di
atas belas kasihan Nazhan? Dia tahu dia hanya seorang adik sahaja pada
tanggapan Nazhan. Sebaliknya dia sudah lama menyukai Nazhan. Semenjak dia
berada di tingkatan tiiga lag dia sudah menyukai Nazhan. Namun, perasaannya itu
hanya disimpan sendiri. Disebabkan sikapnya yang happy-go-lucky dan gila-gila
itu yang membuatkan Nazhan sukar menebak apa yang tersirat di hati Azzalea.
Bunyi deringan telefon bimbit Nazhan
mengganggu keheningan yang baru tercipta.
“Abang
ada dekat chalet lagi ni. Erin dah sampai ke?”
Azzalea
mengerut dahi. Erin? Abang? Nazhan tidak punya adik perempuan memandangkan dia
adalah anak bongsu dalam keluarganya. Ah, mungkin juga sepupunya atau
saudara-maranya yang lain, fikir Azzalea.
“Erin
dah ada dekat sini? Kenapa tak beritahu Abang? Okay, I got it. Erin tunggu
dekat receptionist counter. I’ll be there.”
Klik.
Talian segera dimatikan.
“Lea,
Abang ada hal lagi ni. Hmm.. if ada apa-apa, cari Abang. Take care,” ujar
Nazhan, meminta diri.
Ingin
sekali Azzalea bertanya siapa yang menghubungi Nazhan sebentar tadi, namun dia tidak berani. Siapa dia untuk
bertanyakan hal itu? Hanya anggukan sahaja yang menjawab kata-kata Nazhan.
Setelah
berada di tepi pantai itu buat beberapa minit lagi, Azzalea terasa ingin
pulang. Langkah kaki diatur berhati-hati ke tempat dia melatakkan basikal.
NAZHAN
berjalan pantas menuju ke arah kaunter penyambut tetamu. Bibirnya mengukir senyum
apabila anak matanya menangkap bayang seseorang. Gadis itu berdiri membelakanginya
sambil melihat-lihat di sekitar ruang dalaman bahagian khas tempat menyambut tetamu
itu.
“Erin!”
Erin
bingkas bangun dan mendapatkan Nazhan. Baru sahaja dia ingin memeluk Nazhan, Nazhan
terlebih dahulu mengelak.
“Berapa
kali Abang nak cakap, kita ni bukan mahram. Jangan buat lagi,” pesan Nazhan tegas.
Khairina
mencebik. Balik-balik dia asyik ditolak oleh Nazhan. Dia ada masa tiga bulan untuk
berada di chalet ini. Dan masa tiga bulan itu akan digunakan untuk mendekati Nazhan.
“Dah
pilih bilik ke?” soal Nazhan.
Khairina
menggeleng. Bibirnya masih muncung dek kerana rasa kecil hati dengan penolakan Nazhan
sebentar tadi.
“Dah,
jom. As long as you’re here, Abang akan ambil tahu fasal Erin. If ada apa-apa, cari
Abang.”
Khairinna
mengangguk laju apabila ada idea yang sudah melompat keluar dari dalam otaknya.
Dia mengukir senyum gembira.