AUTHOR'S WORDS

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Note - These stories are not related to anybody. Kalau ada yang sama, tak disengajakan. Hohoho. 100 percent from my thoughts, my imagination. Copy right reserve goes to me. :) Nama dan watak, fictions. I got the photos from Google before I'm using it as my novels' cover. Thank you and credits to the owners of the pictures. :)

21, a daughter, a little sister. And I have a big dream :')

Selamat membaca~ ;)

Monday, August 26, 2013

Makluman Pemergian DL (13.3.1991 - 26.4.2013)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Saya Ija (Cik Rimau). Saya kakak kepada Dylea Lee (Ila). Untuk makluman semua pembaca blog ini, adik saya Ila telah pun meninggal dunia pada 26 April 2013 (Jumaat) akibat demam panas. Saya tak dapat nak cari password blog and emel arwah. Tak dapat nak maklumkan lebih awal. Saya dapat log in blog ni secara kebetulan sebab arwah tak sign out kat google chrome. Sampai sekarang masih lagi tak dapat tau apa password. 


Kepada semua pembaca setia novel arwah, untuk makluman, novel-novel hasil karya arwah akan dipindahkan ke blog saya. Arwah teringin sangat nak jadi penulis novel. Untuk menunaikan impian arwah, saya akan cuba sambungkan mana-mana novel yang terbengkalai. Saya akan sambung upload mana-mana novel yang dah disiapkannya (yang belum upload lagi). Sekiranya masih berminat nak sambung baca novel-novel di sini, silakan singgah ke blog saya di alamat bilahatiberbisik89.blogspot.com .. Hope usaha saya untuk tolong siapkan karya ciptaan arwah ni dapat menarik perhatian penerbit-penerbit yang berminat untuk tolong terbitkan karya arwah. Semoga dipermudahkan. Amin...


Dan di kesempatan ini, saya sebagai kakak arwah memohon maaf sekiranya sepanjang arwah berblogging, menulis novel arwah ada menyinggung perasaan sesiapa. Sekiranya terdapat sebarang persamaan dengan kehidupan sesiapa seperti yang digambarkannya di dalam novel dan menyinggung perasaan sesiapa, dipohon agar dapat memaafkan arwah. Saya harap peminat-peminat karya arwah sudi untuk menyedekahkan al-fatihah untuk arwah dan mendoakan supaya arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah. Amin..